HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Menjawab soalan : Kenapa Tiera kena duduk sabah pulak?




Sebenarnya dah lama sangat nak tulis ni, tapi tak cukup masa.. Hmm nak tunggu cukup masa, tunggu ada masa sampai bila. Kena cari masa tu!


Harini saya share ye.. 


Ramai sebenarnya pelik dan keep asking, kenapa duduk sabah? Macamana boleh stay sana berbulan, mana keluarga awak tiera bla bla bla. Ye kadang bertubi-tubi soalan yg sama..




Kisahnya begini, selepas spm saya cuba cuba mencari kerja sementara menunggu keputusan keluar. 


(Saya spm pada tahun 2006, ada kelas peralihan kan lewat setahun)


Pergi interview sana sini ikut kawan-kawan, semua orang dapat. Eh dah kenapa aku sorang tak dapat haha..

Muka zaman2 selebet hehe
Sek.Men.Arab.Jaim.Assaiyidah Khadijah Merlimau,Melaka


Jadi frust duduk rumah je lah. Nak di jadikan cerita, along saya (Nazihah) seorang cikgu, baru sahaja berkahwin ketika itu terpaksa posting di semporna, sabah. Dan ofcourse, suami nya tak dapat ikut sebab.. suami beliau kerja TNB dan sabah mana ada TNB kan, yang ada Sabah Electricity. So kesedihan melampau la along ku, maka dia ajak saya teman kan beliau. 



Dengan meletakkan namaku sebagai seorang pembantu (maid,orang gaji. Kurang asam kan haha) maka dapat la saya ikut.. 
Free la tiket tu. Dan itu lah sesungguhnya kali pertama saya merasa naik kapal terbang :')


Ini along saya

Sampai sana, waktu di semporna. Rumah sewa beliau alamak.. macamana nak cakap ea.. 


Bayangkan masa along tidur ada tikus gigit kaki, ha boleh faham tak rumah macamana? Jadi kami pon ke KK.. untuk along buat permohonan atleast tukar ke KK mcm ok sikit kot.. Eh ke dia nak mintak tukar semenanjung kot, tak ingat la yang ni, apa yang pasti, memang perlu diuruskan di KK.. So ok ni ya perjalanan nya.. 



Dari semporna, kena ambil satu van untuk ke airport tawau. Dari tawau, amik flight ke KK. Alhamdulillah kali kedua naik kapal terbang yeayy.. penerbangan MAS pulak tu, tajaan kakngah (kak ainul) RM160 hehe.. Toceh!



Sampai kat kk, rupenya along ada kawan menetap kat situ. Kawan sama sama belajar masa dekat MMU dulu.. Kak sya :)



Kak sya kahwin dengan abang iwan dan abang iwan ni kawan along juga waktu di MMU, dan beliau adalah orang sabah. 



Jadi ini lah detik-detik saya berkenalan dengan keluarga yang sangat baik hati ni.. 



Awalnya plan begini. Kami ke KK kejap uruskan then balik semula ke semporna. Tapi entah macamana, kata along, tiera stay di KK tapi dia balik semporna kejap. Sementara tunggu jawapan rayuan beliau. Risaunya nak duduk rumah orang, abang ipar (suami along) tak setuju.. sebab ye lah tak nak susahkan orang. Mesti orang tak selesa kan ada tetamu luar tinggal bersama.



Tapi keluarga ni sangat baik, saya tinggal di sana dan uncle (daddy) offer saya untuk berkerja di kolej beliau. (Ketika itu beliau adalah CEO di situ) . Saya berkerja sebagai seorang telemarketer. Dan saya di beri satu telefon bimbit company (kolej) punya. 


Dan perjalanan saya di sabah adalah sebagai seorang pekerja di sebuah kolej di KK. Tak tahu nak kata macamana, saya sangat bersyukur di beri peluang untuk merasa banyak pengalaman manis pahit. Yang pahit itu saya ambil pengajaran dan tolak tepi. Contohnya beg saya dicuri di tandas, dua hp saya hilang. Hp yang kak ainul bagi dan hp kolej punya, duit gaji RM600 habis. Itu betul2 satu pengajaran, jgn pegang hp,purse dan masukkan dalam beg masa ke toilet. Tingkah laku kita di perhatikan. Pencuri tunggu masa je kalau-kalau kita lalai. Tu antara yg pahit la, yang manis sangat banyak.. 



Cerita pengalaman berkerja boleh di lihat di sini ya




Mummy dan novia, rindu suara halus mummy :')
Daddy yang pemurah
Bercuti di kundasang.
from left abg azfar, sherry kesayangan, I yang tudung putih dukung iffah, jojo in green, little novia dan remyzen

Celebrate birthday sherry.. Hyatt Hotel. huwaaa pink nya haku! haha masa kat sana memang balik balik pakai baju tu je. kikiki.. Ada 2 tshirt cheetah baru beli guna duit gaji, yg pink ni dengan hijau belang putih. pakai lah ulang2 haha


Dan di sabah sesungguhnya kali pertama tiera pakai jeans dan tshirt.. percaya tak? Selalu baju kurung je.. zaman sekolah mmg pakaian tiera keluar rumah baju kurung huhu


Staff paling muda ketika itu, Athirah Tieramiessyou laa hehe. Ramai panggil saya budak kecik.  hehe. Tu pon baju kurung yg selalu ku pakai ulang2 haha
Mereka buat surprise di hari terakhir tiera berkerja di sana, sebab result spm dah keluar. ok yang berdiri paling kanan itu la abg iwan, suami kak sya. Kak sya gambar yg awal2 tiera tunjuk kat atas tadi. Ni geng2 department > Marketing. 



More pictures here ya > TIERA in SABAH




So clear dah ye macamana saya boleh ke sabah.. Yeah, been there for more than 4 meaningful months.. dan Ya allah I'm so blessed dapat kenal sebuah keluarga yang sangat baik. Dapat pengalaman berkerja macam orang besar, meeting, outstation dan sebagainya. 



Kak sya yg selalu jaga saya..bila saya food poisoning makan bakso abag iwan dan kak sya bawak saya ke klinik, kak sya masakkan bubur. Terharu sob3.. 


Sherry, yang pada awalnya saya ingat sombong dan keras (kuat), tp dia sangat manja dan comel sebenarnya hehe. Kami ada rantai dan loket tanda persahabatan kami.. Ni dia .. 




Janet yang takut nak mandi gelap, farhana yang gila-gila, kak ana. 
Kak ana (orang gaji) yang selalu berkongsi cerita, masak, mengemas.  byk lagi la kalau nak sebut, remy jojo, kak jijah. kawan2 kerja kak sue, grace, vickter. Ramai lagi. 




moga Allah beri saya kesempatan utk happykan mereka pulak nanti..tp masih belum berkesempatan nk ke sabah lagi.. Inshallah one day.. pasti.. 



Buat keluarga sabah yg baik hati.. 
Tiera mintak maaf andai ada salah silap sepanjang di sana.. Percayalah sesuatu, tiera sangat mentah ketika itu (ngee) Banyak benda tak matang lagi. Tak faham. Kalau mana mana tingkah laku tak menyenangkan ke, apa apa la yang tak best. Tiera mintak maaf sangat2.. Tiera sentiasa doakan utk semua.. Allah je tahu betapa tiera tak pernah lupa jasa kalian tiap seorang. 




simpan lagi sms dari mummy. 

Monday, 23 april 2007. 
8:44 am 


"Tq juga memeriahkan suasana dlm rumah mummy. U take care ya. Jangan ambil hati daddy sering marah2 bila keluar malam dan balik lewat. for y, on good.."  


- shery, janet, ni masa chinese new year kita keluar sama, remember? Berlari2 kita nak balik hehe. Tiera dgn baju kurung nya, kita berpimpin tgn berlari tengah-tengah 'pasar' malam tu.. (Pasar la kot? hehe ala ala jonker walk melaka). Daddy ambil berat akan hal anaknya :)




sms dari sherry
Monday , 23 april 2007
9:07 pm


"Hugs tho far apart. We'are actually together bah, just like last time, when we are in the same room. Me & kak ana here will nvr stop thinking of you" - malam sebelum tiera blk semenanjung.. kami baring nangis sama sama. memikirkan yang esok, kami takkan bersama lagi.. Hehe mcm budak kecik. Miss that moment so much. 



Sekarang, masing-masing dah dengan kehidupan masing-masing.. Tapi doesnt mean kita lupa each other kan.. :') 


Inshallah dalam perancangan nak jumpa mereka. Inshallah. 


Till then, bye. 

Jangan lupa anda yang tinggal di sabah mahupun sarawak, do follow Geng Jutawan Spa punya instagram ya,  kalau perlukan rawatan kecantikan pada harga berpatutan, atau tercari-cari satu projek/bisnes untuk tambah pendapatan, boleh contact mana mana beautician kami di sana. 




ig : Geng Jutawan Spa_ Sabah Sarawak




***kusam kan muka dulu2, tak rajin makan vitamin c dan minum esp lagi, biasalah hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...