Menghitung setiap satu kesyukuran adalah perkara yang tiera sangat suka buat. Sebab apa? Ia akan buat tiera rasa sangat tenang dan bahagia. 😊
Bersyukurlah, walau sekecil-kecil perkara. Penglibatan tiera dalam dunia bisnes cukup banyak mengajar tiera bermacam benda. Dan bila tiera duduk duduk fikir kan. Apa aku buat selama ni, untuk apa aku buat semua ni? Sampai bila?
Tiera jelas dengan semua ini. Penting sangat untuk kita JELAS dengan apa yang kita buat. Kita sangat di tuntut untuk set kan matlamat, untuk apa aku buat semua ni. Barulah kita tidak mudah putus asa, kita tidak senang senang menyerah kalah. Dan kita akan tetap bertahan hingga kita berjaya capai semua matlamat kita. Sebab kita dah nampak jalan, kita tinggal nak buat buat dan buat bagi jadiiii je. Tu je!
Doing business is not easy guys. Berniaga bukan perkara yang mudah. Ia sangat challenging but trust me, ada sesuatu yang sangat berharga dapat kita rasai. Seronok dan puas walau pun susah!
Dalam berniaga, tidak ada istilah dah berjaya boleh duduk relaks. Tiera tak rasa ada penghujungnya. Sebab dia macam ni lah senang cerita, ia tidak akan habis, tetapi ia berubah berubah seiring dengan perjalanan kita. ada level level cabaran dan penat dia.
Contoh tiera sekarang berbanding dulu. Dulu penat jugak, sekarang? eh penat jugak? haha. Tapi.. tapi.. level penat dulu lain.. level penat sekarang lain pulak.. dulu penat, dan banyak benda belum kita dapat. Sekarang masih berpenat, tapi dah macam macam kita berjaya dapat! Berjaya capai! Alhamdulillah!
Cabaran waktu nak start dulu, lain. Cabaran bila dah sampai takat ni pun, tetap ada.. cuma berlainan lah.
Sebenarnya tiera kenangkan beberapa figure jutawan di malaysia ni yang up until now masih berusaha keras dalam terus membawa bisnes mereka ke satu level yang lebih tinggi.
Sebagai contoh. Aliff syukri, Vivy Yusoff. Cuba fikir balik, dah kaya kan.. kenapa masih perlu berpenat? kenapa masih perlu berkerja dan buat macam macam? Pernah tak korang fikir benda ni?
Pasti mereka ada matlamat tersendiri. Semua orang nak kaya. Tapi nak kaya sampai tahap mana? Semua orang nak duit banyak, tapi nak duit banyak untuk apa? Mesti ada punya impian demi impian. Impian itu sekiranya besar, maka kita sanggup lakukan apa saja asalkan kita dapat jadikan impian kita itu, menjadi realiti. So ask your self, nak kaya, nak duit banyak, sampai tahap mana? Sampai tahap boleh buat apa dengan duit tu?
Untuk income tiera so far dengan shakleee alhamdulillah dah 5 angka, dan memang jujur pendapatan bila dah besar, yang nak bayar pun besar hehe. Rumah yang kita beli, kereta yang kita beli, elaun bulanan ibu ayah, bayar bibik, gitu gini kejap je RM10K boleh habis. Bakinya, ada banyak lagi tabung lain untuk kita isi. Jadi wajarkah untuk tiera merasa selesa?
Ya, tiera boleh selesa dengan semua ni dan tak perlu lagi kerja kuat. Tapi sebab tiera ada beratus lagi impian untuk tiera capai. Bukan impian tiera je, impian orang orang tersayang di sekeliling tiera juga 😊 Jadi RM10K, RM20K, RM30K. Tak cukup untuk orang yang punya beratus impian. Setuju?
Don't simply say, kau dah kaya. Apa lagi kau nak?
Cabaran dalam bisnes ni besar. Tengok macam Leeyana Rahman, berjaya dah bawak bisnes baju dia ke satu level yang agak membanggakan, tapi tup tup orang tiru design dia pulak. Siap jual harga lebih murah dari yang beliau letakkan. Tengok telekung siti khadijah, berapa banyak orang ciplak dan jual siti khadijah versi murah dan tiruan? Semua ni korang rasa boleh buat mereka pening kepala tak? Dah tentu lah.. tapi pasti mereka akan cari jalan bagaimana untuk solve mana mana problem, macamana nak fokus, macamana nak upgrade lagi kualiti produk, marketing dan sebagainya.
Mana mana bisnes pun, sama je. Ada cabaran tersendiri. Yang penting, bila teruji. Ada halangan dan cabaran. Face it. Tempuh dan rempuh sekuat hati. Tiera selalu bayangkan satu peperangan, 😂
lari, tempuhhhhhhh .. Ha macam ni lah ibaratnya bila nk berjuang dalam dunia bisnes ni. kena kuat semangat. |
Video avengers sempat ku rekod sikit masa berdating dengan suami haritu sebelum puasa hehe dlm cinema ni. Part ni sedih, tapi korang tengok macamana muka tu bila pertahankan sesuatu. Haa macam tu lah bila nak bertahan dalam bisnes ni. Kena kuat! Bertahan!!
Untuk tajuk entry tiera kali ni.. Tiera sebenarnya nak share, betapa kuatnya kesan bila kita bersyukur ni.. Sepanjang tiera dalam shaklee, tiera rasa bersyukurlah salah satu benda yang buat rezeki tiera makin murah dan lebat.
Masa dapat customer awal awal dulu, walau untung tak banyak tiera tetap bersyukur.
Masa dapat bonus shaklee RM25 pun tiera happy. sebab dapat guna untuk belanja abang tiera nasi kukus, dapat belikan ibu topup RM10. Hehe syukur walau pun student, dah boleh belanja ibu n abang hehe.
Masa start naik supervisor, bukan senang nak effective pada bulan bulan seterusnya. Target 2500guv, kadang kadang dapat 1500 uv. Target naik rank, sekali effective je pada rank lama. Frust? memang frust. Tapi lepas dah closing, redha, let go, kaji balik, dan BERSYUKUR. Sebab memang lah tak capai apa tiera nak, tapi ada banyak benda lain tiera dapat dalam usaha nak capai target, cth anak bisnes yang baru. semangat baru, idea baru. Atau mungkin dapat beli supplement atau skincare yang ramai orang tak dapat beli, tapi aku dapat! Haa ni semua tiera fikir dan bersyukur.
Tiera tak easily give up dan katakan bisnes ini bukan untuk aku. Ok cukuplah sampai di sini. Struggle oo tiera time nak stabil even rank supervisor dulu. Tapi tak sia sia berapa tahun tiera bertahan. Sekarang struggle untuk effective supervisor tu takde dah. Dah struggle level lain pulak.
Lihatlah apa impian dah dalam genggaman sekarang. Walau mungkin tiera tidak selaju orang lain. Tapi inilah dia shaklee. cepat atau lambat, kita pasti dapat. Asal jangan stop je.
Pernah nama tiera cenonet je keluar majalah shaklee, tu pun dah rasa nak lompat macam apa. Happynya lahai..
Hingga sekarang.. tiera terlalu bersyukur. Walau di uji dengan bermacam dugaan. Walau masih berpenat berusaha in this bisnes, Tiera dapat rasa satu persatu benda baru. Dapat nikmati satu persatu manisnya perasaan bila berjaya capai impian..
Harini menulis blog, 2 perkara terbesar tiera sangat syukurkan (terbesar dan terbaru la kiranya)
1) Macam tak percaya dapat beli audi idaman di usia 29 tahun dan rasa sangat honoured dapat jemputan dinner audi.
2) Macam tak percaya finally merasa bisnes class Malaysia Airlines.
Faham tak apa perasaan tiera? Pergi sekolah, berniaga nasi lemak. rumah kena potong eletrik, berpanas, siapkan homework guna lilin. Macam macam, tapi faham tak bila kita dapat capai satu persatu kejayaan.. impian demi impian.. faham tak macamana perasaanya? huhu
5 tahun nak masuk 6 tahun dah tiera dalam bisnes shaklee ni. Tiera cakap sekali lagi, ianya TAK MUDAH. Tapi sangat berbaloi untuk di usahakan.
Thanks Allah, Thanks Shaklee.
Dapat beli rumah
Dapat anak setelah hampir 3 tahun menunggu
> boleh klik Hadirnya satu nyawa menghuni rahimku
Dapat bawak ibu ayah dan suami umrah dengan pakej yang mahal
cantikkan? hotel kami betul betul sebelah masjidil haram |
dapat settlekan hutang ptptn
eh macam macam lah! Terlalu banyak! Tiera teramat amat bersyukur dan tiera harap kesyukuran ini tidak buat tiera berhenti berusaha. Inshallah akan tetap terus berusaha.
Tiera bukan kejar nama, bukan kejar pangkat, tapi kejarkan impian. Tapi impian tu nak dapat kena ada duit, so senang cerita tiera kejarkan duit.. demi mencapai impian demi impian. 😊 thanks for reading guys.
love,
athirah tieramiessyou
No comments:
Post a Comment