HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Punca Bengkak Susu Cara Mengatasinya




Bengkak susu? Sakit! Ia menandakan keadaan di mana susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari miss B. Atau boleh jadi pengeluarannya tidak efektif. Apabila miss B tak di kosongkan dengan baik mengikut waktu yang sesuai, saluran akan mula tersumbat. Mula sakit, terasa ada ketulan. Nak tahu apa punca? Baca bawah ni 👇




1) Lepas bersalin, lambat mulakan penyusuan kali pertama


Lambat memulakan penyusuan lepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan miss B



2) Poor latching. Lekapan hisapan bayi tidak betul 


Lekapan kalau tak betul, akan menyebabkan susu tak dapat di keluarkan secara efektif. so boleh terluka atau bayi sendiri tak puas nak menyusu nanti.


3) Penyusuan atau pengepaman tidak kerap


Haa dah jadi ibu kena rajin tau. Jangan malas malas. Allah beri rezeki pada ibu untuk ada susu, jadi bila ada kena kerap kosongkan, baru penghasilan baru akan terjadi sebab kosong dah, ada 'tangki' dah. Kalau tak kosong , nak isi kat mana nanti? Jarak masa untuk antara sesi mengepam yang terlalu lama akan menyebabkan saluran tersumbat. Sesi mengepam yang bagus adalah setiap 2-3 jam sekali.  Kalau tak mengepam maksudnya sesi penyusuan tu sendiri, jadi kalau baby tidur pon kejutkan ya. Kalau tak bangun jugak atau baby taknak, haa pam je la. Dan waktu malam tu jangan la pulak tidur je, set alarm untuk bangun pukul berapa untuk susukan atau pam.



4) Terlalu menetapkan masa menyusu di setiap belah miss B


Sebenarnya kan, memang kena susukan bayi dua dua belah, tapi masa di sebelah penyusuan, bagi je sampai bayi lepaskan. Then baru tukar belah lagi satu. Kerap menukar (switch sides) semasa penyusuan akan menyebabkan susu tak dapat keluar sepenuhnya dari setiap miss B. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu dan lagi, sayang nanti sebab bayi tak dapat kandungan lemak (hindmilk) dalam susu yang cukup



5) Tertinggal sesi mengepam - skip pumping session


Bagi yang berkerja di luar, bila busy sangat mungkin akan terskip jugak sesekali. so ini boleh sebabkan bengkak susu. Secara fitrahnya badan si ibu dah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi - sekerap 1-2 jam sekali. juga ikut jadual pam yang kita set. Dah ada memori ni, waktu tu badan akan hantar signal seperti miss B rasa berdenyut-denyut atau susu keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot miss B mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika tak mengepam, saluran akan membengkak dan tersumbat. 



6) Pam susu - breast pump 


Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu, boleh menyebabkan susu tak keluar dengan baik.




TIPS MENGHILANGKAN / MENGATASI BENGKAK SUSU



1) Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian miss B.  Masa mandi buat urutan membulat juga, tekan kuat sikit bahagian yang ada ketulan. 



2) Isi air panas dalam botol storage susu. golek golekkan di bahagian ketulan.


3) Lakukan urutan dari atas ke bawah


4) Susukan bayi sekerap mungkin. Sambil golekkan botol air panas tadi di bahagian ketulan

5) Kalau bayi kenyang taknak susu, pam lah sekerap mungkin sampai ketulan atau bengkak tu surut. 2 jam sekali dengan sedutan rendah. 

6) Elakkan minum ais atau air sejuk buat masa ni ya. Tak yah minum langsung la k. minum air suam 1 gelas 300-350 ml setiap 1 jam.


7) Saluran susu yang bengkak atau berketul, akan menghalang aliran susu untuk keluar dengan laju. Sebab tu slow je susu keluar masa pam. Kuantiti perahan pon jadi sikit. sabar. 


8) Makan Lecithin Shaklee. eh kenapa? ok menurut doktor jack newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang duktus susu dari tersumbat. Dalam susu ada lemak kan? perasan kan kalau nak basuh botol.. rasa lekit berminyak, kesan lemak susu lah tu. So lecithin kurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. Lecithin kan fat emulsifier 😊 jadi korang boleh buat backup la, pastikan ada lecithin sebotol ok.. time travel ke apa bawak jugak. 

mana nak cari? whatsaapp je tiera ok? nanti tiera tolong dapatkan untuk korang. ni my no 019-4120913



Apepon, jangan lupa bahawa hisapan bayi lebih hebat dari breastpump, ia mempunyai kuasa sedutan yang sesuai untuk melancarkan semula aliran susu. kerapkan direct feeding is good 👍






sekian perkongsian. moga bermanfaat. 

xoxo,
athirah tieramiessyou

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...