Ini bukan laman web Honda ye. Ini blog tiera hihi.. anda ada impian? percaya pada kuasa mimpi?
Saya seorang yang suka berangan sejak kecil. Macam-macam saya angankan, impikan. Berangan, memang mudah. Tapi untuk percaya bahawa kita BOLEH dapatkan, itu yang payah.
Saya akui, banyak angan-angan, cita-cita, impian saya terkubur bila saya mula memikirkan, logik ke? Mustahil..mustahil..
Tapi sejak saya buat projek spa bergerak dan shaklee. Banyak dah yang mengubah persepsi dan pandangan saya tentang angan-angan. tentang impian.
Saya di minta oleh mentor saya untuk tulis impian saya dan lakarkan vision board saya.
Saya tulis saya nak kereta, saya nak melancong, saya nak bonus RM3K. Saya nak bg ibu (ayah) RM500...
Tulis dan saya tampal.. saya tgk hari2...
Income saya lepas tu lebih RM3k.. saya mula layak dapat bonus kereta dari shaklee setiap bulan. Saya dapat bagi parents setiap bulan RM800...Saya dapat pergi honeymoon ke beijing dgn duit belanja cash RM5K duit shaklee ye... tahu kan lepas konvo mmg saya tak kerja kat mana-mana..saya buat shaklee shj!
Okay berbalik pada kisah mimpi. Ini vision board adik saya, Muhammad Aizuddin.Ini, ada dalam mimpi adik saya tahun lepas...
Ogos 2013 |
Kakak saya (mentor shaklee saya) yang buatkan.. I mean aizuddin bgth apa yang dia nak capai, kak ainul tlg buat googlekan gambar, buatkan, print dan bg dia.. Aizuddin bwk VB (vision board) dia kemana saja, buh dalam file..dia tampal jugak VB dia ni.. masa tu.. dia masih di Kolej Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Nak tahu mana satu dah di capai?
Walau bukan universiti Madinah.. dapat jugak kan? :)
Masa Aizuddin habis je study kat kelantan, aizuddin balik melaka.. Entah macaman..dia di minta untuk menjadi imam utk solat ketika itu.. satu lagi impian beliau tercapai..paling buat kami terharu.. bila aizuddin yang laungkan azan satu hari tu.. gema satu taman air molek dengan laungan azan adik sendiri. Terharu, itu suara adik aku :'(
Saya pernah tulis 3 org yang saya kagumi di sini
>>> 3 orang yang saya kagumi >> anda baca anda akan faham, mengapa saya kagum dengan dia :)
Next..ibu....
Oh... kisah-kisah kami ada di sini suka duka bersama. Boleh klik. Ingat lagi time raya ibu amik tempahan kuih.. penat tau..lepas sahur, solat, terus buat kuih.. Lenguh-lenguh tangan ibu..kami tukang sapu-sapu kuning telur, tabur choc rice.. Uli, cetak kuih semua ibu..Ingat lagi, sambil uli2 tepung ibu selalu sebut..
"Nanti korang dah besar...ibu relax je..setiap bulan pergi melancong anak-anak ibu bawak..."
Itu impian ibu.. Ibu selalu cakap yang indah-indah je, ibu bagitahu kami kata-kata itu doa. Kita mmg kena jaga apa yg kita perkatakan, apa yang kita fikir. Sebab semuanya adalah...doa...
Ibu tak ajar kami mengeluh.. ibu ajar kami utk pasang impian tinggi-tinggi...
Sekarang, memang ibu relax...Alhamdulillah.. Insyaallah nti saya pon nak bawak ibu ayah bercuti ke luar negara... Saya nak tulis dan tampal.. Nak bawak ibu ayah, mak & ayah mertua pon saya teringin nak bawak melancong... :)
Umrah tahun lepas |
ke sabah |
legoland |
pullman |
Dubai |
Next... kakngah punya vision board.. haaa ni dia mentor shaklee guwe..hehehe..
September 2013 kakngah buat ni.. nak tahu apa yang tercapai pd tahun 2014? |
Katanya nak dapatkan trip ke luar negara tajaan shaklee 2015. tak payah tggu 2015. 2014 lagi dia dah dapat... |
kalau melancong sendiri, kena keluar duit makan sendiri kan? melancong dengan shaklee.. shaklee bg kita duit makan setiap hari tu.... |
Imej & nama islam di amerika syarikat! |
Jadi macamana kita sekarang? Masih takut bermimpi? Seronok tengok orang lain capai impian masing-masing?
DAO kata jgn syok sendiri tengok kejayaan orang tanpa kita buat apa-apa supaya kita pun dapat capai impian kita.
Saya nak buat VB saya yang baru! Saya nak letak semua impian saya.. I know dengan shaklee..saya boleh capai semua.. Terima kasih Allah sebab temukan saya dengan shaklee.. Allah dah tunjuk jalan. Kita tinggal nak usaha dan doa je.
Susah ke senang tu? :)
Jom tulis impian kita! Jom buat vision board. Jom!!!!
p/s : banyak sangat cabaran nak tulis entry kali ni.. apapun alhamdulillah finally siap... fuh... ok masa untuk saya tulis impian saya dan tampal.. bye jumpa lagi.
M.Tiera,
work-at-home-wife
2 comments:
congrats kat adik u tiera :)
thx isz :)
Post a Comment