Hari tu saya ada tonton segmen motivasi pagi di tv3, Doc Azizan Osman bercerita..Ada satu kisah, tentang bersyukur. Kisah ini berlaku pada zaman nabi Musa alaihissalam.
Ada seorang miskin, datang kepada nabi Musa a.s. Dia bertanya, "wahai nabi Allah, aku ni orang susah.banyak benda yang aku tak mampu nak beli..aku tak tahu macam mana untuk aku perbaiki diri sendiri..."
gambar sekadar hiasan
Kemudian nabi Musa menjawab, "wahai tuan, banyak-banyakkan bersyukur dahulu.." Balas orang miskin tadi " kenapa aku perlu bersyukur sedangkan aku sedang susah sekarang?"
Nabi Musa tetap berkata "bersyukur banyak-banyak dahulu.." Si miskin tadi pulang ke rumah dengan perasaan yang tidak puas hati. Kerana yang dia inginkan bagaimana untuk menjadi kaya-raya, bukan lah jawapan "bersyukur itu"
Kemudian datang pula seorang yang kaya (lebih sedikit berharta dari si miskin yang tadi). Bertanya lah si kaya kepada nabi Musa, "Ya nabi Allah Musa, aku ingin hidup lebih kaya lagi.Apa yang patut aku lakukan?Aku mahukan ketenangan.Kaya dan tenang.."
Jawab nabi Musa, "wahai orang kaya,banyakkan bersyukur dahulu.." ya, sama seperti apa dikatakan kepada si miskin tadi!
Orang kaya itu menganggukkan kepala dan berkata "baik.aku akan banyakkan bersyukur.." Jadi si kaya tersebut pulang ke rumah dan mengira, setiap satu nikmat yang diterima. Nikmat nafas, nikmat kelipan mata, nikmat telinga mendengar, nikmat mulut bercakap, nikmat lidah merasa, nikmat kaki melangkah.
Beberapa hari kemudian, rezeki si kaya bertambah dan bertambah melimpah ruah, dia menjadi semakin kaya dan lebih kaya.
Tetapi si miskin tadi menjadi semakin miskin dan miskin.
Apa yang dapat kita pelajari dari kisah ini? ya, bersyukur itu penting! Tidak kira apa jua keadaan kita, bersyukur adalah 'akar' untuk kita hasilkan 'pokok' yang baik,subuh,ranum buahnya.
Bersyukur adalah sebab untuk kita mendapat rezeki yang lebih banyak dari dulu. Ingat Apa kata Allah, Lainn-syakartum-la aziidannakum- sekiranya engkau bersyukur, akan aku tambah lagi.
Dan ini membuatkan saya terpanggil untuk mengimbas kembali zaman kesusahan saya satu ketika dulu sehingga sekarang, yang mana sekarang ini bukan lah saya seorang yang terlalu kaya, tetapi jauh jauh lebih baik dari dahulu.
Saya tidak mengatakan saya datang dari keluarga yang miskin/susah, tapi saya boleh katakan saya pernah lalui kesusahan seumpamanya.
Ayah saya dahulu seorang pegawai di sebuah bank. Kemudian dia berhenti untuk menjalankan perniagaan. Ayah kemudian membuka sebuah syarikat dobi (laundry) dan juga menjadi contractor untuk projek-projek pembangunan dsb. Ibu pula seorang direct seller syarikat pinggan mangkuk.
Gambar gembira kami :) Waktu ni balik kampung arwah nenek
Tidak perlu rasanya saya bercerita lebih tentang perjalanan perniagaan ibu ayah saya. Cukup lah sekadar anda tahu dunia perniagaan amat risiko sekiranya kita tidak/terlepas untuk menggunakan kuasa ilmu dan tindakan.
Saya dan 8 adik beradik lain membesar dalam keadaan yang agak senang sebenarnya. Alhamdulillah. Tinggal di sebuah rumah banglo.. Ayah pun pernah ade 3 kereta serentak pada satu waktu. ngam ngam memenuhi garage panjang di rumah kami. Honda Accord (putih), Fiat Ulysse (hijau) dan van Toyota. Pernah pergi sekolah ayah hantar, sorang ustaz pernah tegur saya "whoaaa ayah awak bawak fiat tu.."
Saya budak lagi waktu tu, mana faham market harga kereta waktu tu. So tak rasa apa. Biasa-biasa.Yang saya tahu, semua kereta ayah saya best, selesa. Tu je.
Tapi itu masa tingkatan peralihan & tingkatan satu. Bermula tingkatan dua, di situ lah ujian bermula. Di situ saya faham banyak benda. Mula saya menghargai apa yang saya ada selama ni.
Saya, kanan. Sewaktu rombongan sekolah ke rumah tradisional melaka. Di sebalik senyuman itu, tak siapa tahu cerita derita saya
Jual nasi lemak demi mendapatkan duit tambang ke sekolah
Ada sedikit masalah dalam perniagaan.
sewaktu senang, lupa untuk membuat simpanan :')
Saya ingat lagi..satu hari ayah saya tak berapa sihat, ibu pulak kelihatan penat sekali, mana tak nya, setiap hari bangun seawal 4 pagi untuk menyiapkan nasi lemak, supaya saya dan adik saya boleh bawa ke sekolah dan jual pada kawan-kawan. Percaya tak?
Sekolah saya jauh..Rumah di Air Molek sekolah pulak di Serkam, sangat jauh.. Ibu memang tak nak anak anaknya sekolah di sekolah kebangsaan biasa.. Macamana pon mesti sekolah agama. Along sewaktu tingkatan 4 & 5 di kolej islam, kakngah dan Aimi di Sek.Men.Arab Sharifah Rodziah. Abang boy dan abang amir di Sek.Men.Arab.Jaim.Al ahmadi, saya dan aisyah Sek.Men.Arab. Assaiyidah Khadijah. Manakala dua adik lelaki di Sek.Men.Tahfiz Alquran di jasin.
Itulah ibu, walau apa halangan dan cabaran, akan di usahakan juga agar anak anak dapat masuk sekolah agama yang diyakini dapat memberi didikan agama buat kami. Kerana ibu yakin, jika kami faham islam dengan baik. kami akan jadi manusia yang baik dan bijak. Itu yg ibu percaya.
Okay, untuk saya dan aisyah. kami je yang tak duduk di asrama, yang lain semua asrama sebab laaagi jauh sekolah mereka dari rumah. Saya perlu naik 2 bus untuk sampai ke sekolah. Dari Air molek - Alai , Alai - Serkam (sekolah).
Pergi RM1.50, balik RM1.50. jadi sehari RM3. Tapi kami tiada duit, setiap hari RM3, sebulan dah RM60! tu baru saya sorang. Tambang adik saya aisyah tu lagi? itu baru tambang. yuran itu ini, duit buku bagai, abg saya 2 orang yang duduk asrama lagi? kakak saya 2 orang waktu itu dah di universiti.. adik saya kecik kecik bersekolah.
Allah.. waktu tu Dia je tahu betapa susah nya hidup kami... :'( Duit hasil jualan akan di tolak RM3 utk tambang saya, RM3 lagi asiyah.. lebihnya pusing modal beli kacang, cili, telur, timun..
Di saat orang lain beg nya penuh dengan buku, saya & aisyah? Penuh dengan nasi lemak dalam beg.. Buku untuk semua subjek di tangan. Bila naik bus tak dapat tempat duduk, kelam kabut jugak, mana nk pegang buku, mana nak pegang tiang, bus gerak punya la laju, dengan selekoh kiri kanan lagi. menggigil-gigil kaki ni menahan badan yang sarat dengan bebanan berat buku+nasi lemak+kacang dari terjatuh..
Oh ye, kami jugak bawak kacang goreng yg pedas tu. RM0.50 sen ibu letak harga sebungkus..kacang ni berat tau.. sorang bawak 50 bungkus..Malam-malam kitorg pack dalam plastik sama-sama, staple kan..msukkan beg siap2..
Bila malam saya susah nak tidur sebenarnya, bahu saya sakit.. sakit sangat.. Bila pergi klinik, doktor kata saraf saya ni 'penat'. Kalau boleh jangan angkat barang berat2 sangat.. Tapi doktor tahu apa..dia tak tahu saya kena jugak bawak semua tu setiap hari.. kalau tidak mana nak dapat duit tambang pergi sekolah?
Tapi kami tak merungut sikit pun... Saya dan aisyah selalu berbual..kalau kita rasa susah. ibu ayah mesti laagi susah kan?
Satu hari ahad yang tenang...
Ibu ajak ke belakang rumah, ayah pulak kurang sihat waktu itu (siapa tahu rumah saya tu mesti dapat imagine, ade satu sungai kat belakang..ade banyak pokok pisang kat situ,waktu tu itu, belum ada jambatan, tempat jogging yg cantik mcm sekarang. semak je penuh)
Saya, aisyah & ibu ke sana sebab nak ambil daun pisang, buat bungkus nasi lemak...Tiba-tiba..masa nak melangkah satu longkang besar tu, ibu terjatuh..paap!!!
(air mata tak berhenti mengalir ketika menulis ni)
Saya sedih tengok keadaan ibu terjatuh depan mata saya! Saya jerit "ibu..!!!" Saya dapat kan ibu..saya bersihkan daun daun yang melekat pada baju ibu.. Saya tanya "ibu..ibu sakit tak.." Ibu masih kata ok,ok,ibu ok.. tapi saya tahu sakit tu..pinggangnya diurut berkali kali..kakinya nampak membengkak.
Saya sebak...sebak sangat.. sebab nak pastikan saya ke sekolah, ada duit tambang lah ibu buat semua ni. semua sebab saya, sebab nak saya ada ilmu, sebab nk saya pergi sekolah.sebab saya!!! ye, sebab kau tiera!!
Maka saya berjanji dengan diri sendiri, saya nak ibu senang bila saya kerja nanti. detik dalam hati.. "orang janji bu..orang nk buat ibu senang nanti..orang nk tunaikan apa je permintaan ibu..orang janji bu.."
(Ibu itu merujuk ibu & ayah ye. Saya selalu mention ibu sb biasalah yang lebih banyak meluahkan perasaan, berbual dgn kita adalah ibu. ayah ni kan lelaki, biasa la lelaki kan kurang gemar berkongsi masalah,selalu simpan sorg2 je huhu. But I know deep in his heart, dia juga sedih. Dia buntu sebenarnya)
Dan banyak lagi ujian lain. Eletrik pernah kena potong. kami tidur dalam keadaan gelap & panas. Buat kerja sekolah guna cahaya lilin.. tak cukup dengan tu..ada lagi, tiba-tiba ada pemeriksaan mengejut (spotcheck) kat sekolah.. kantoii jual makanan kat sekolah. Mana boleh.. langgar peraturan.. Sekolah dah sediakan kantin, pelajar mesti membeli dari kantin.. Sebab dikhuatiri terjadinya kes-kes keracunan makanan dan sebagainya..
'Perniagaan' kami terhenti di situ...terasa hilang punca rezeki untuk perbelanjaan sekolah...ikhtiar yang lain di usahakan..jual nasi goreng untuk pelajar asrama waktu prep (malam), jual nasi lemak tepi jalan dan macam-macam lagi,
(senyum)
Percaya tak penah satu hari, ibu puasa sunat..Tapi kami takde makanan..cuma ada beras.. Tahu kami makan apa? Ada pokok betik kat belakang.. Ibu ambil betik dan masak dengan kuah santan. Tapi Sedap jugak hehehe...
Saya tak kisah pun makan macam tu.. Tapi saya tak sampai hati tengok ibu yang makan lauk begitu.. Sabarlah ibu..ayah..tunggu anak anak ibu besar..ye? Bertahan lah wahai insan yang amat saya sayangi...
Konvo & kerja
Alhamdulillah. Berkat doa ibu,ayah. saya dapat sambung belajar di Uitm Shah alam. Jurusan Undang-undang. Eh takde lah, cita-cita saya bukan nak jadi lawyer sebenarnya. Saya nak jadi dentist. Tapi rezeki belajar kos ni..mcmn eh nk ckp rase bila kita buat law, kat hati dentistry..Jadi takde semngat.Bila takde semangat langsung buat law, semua jadi half heartedly. :'(
Tapi tang tu nanti la saya ceritakan di entry yang lain..
Saya konvo tahun lepas bulan lima. 12 mei 2013. Misi mencari kerja pun bermula...
Pada awalnya nak cari kerja just because itu adalah perjalanan hidup kita. Kan? Dah belajar, dah grad, cari kerja pulak la. A real purpose kenapa kena cari kerja tak nampak dengan jelas.
Sampai lah saya mendapat tekanan yang hebat. Ibu,kak ngah & lain-lain suruh saya kahwin cepat. Dosa kata mereka berhubung selalu tanpa ikatan yang sah.. Lepas tu dapat pulak surat ptptn, berapa jumlah 'hutang belajar' saya. Arghh , duit nak kawen lagi, nak byr hutang lagi, impian nak bg ibu ayah duit stp bulan lagi, cita-cita nak honeymoon oversea lagi.. mana aku nak cekauuu....stress!!!
Saya isi permohonan di portal SPA, saya submit resume ke jobstreet. Saya cari kerja-kerja kosong di surat khabar.
SPA > tiada jawapan
JOBSTREET > dapat panggilan interview dari Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd. 2 - 3 kali dia call walaupun saya dah cakap saya tak boleh pergi, jauh.. mula lah fikir adakah ini takdir ku, menetap di jb lepas ni?
PTPTN > Saya dapat email, pggln temuduga di PTPTN. yeayy! Saya ke damansara untuk sesi temuduga Pegawai Undang-undang (kontrak) Sempat berborak dengan candidates yang nak temuduga jugak. Apa je kita borakkan? tu pon nanti dalam entry lain. Hampir semua mengeluh takde masa untuk anak2... Hmm.. dan saya tak dapat post tu, sebab saya tak sambung LLB lagi.. kena ada LLB baru boleh. Yelah nak kena draft agreement bagai.. mana cukup ilmu BLS je.. Tapi kalau dapat keje situ pun susah, bus awam takde. sewa rumah mahal.
Last-last tension punya pasal, saya boleh pergi interview kerja kedai cermin mata?? haha. Entah apa-apa. Konon alasan "dari x buat apa-apa kat rumah, baik aku kerja mana-mana kejap.."
Kena masuk kerja pukul 10 pagi, balik 10 malam, gaji RM900. Lepas tu nak hadap boss yang akan arah itu ini.. nk hadap customer complain marah2 sb kualiti cermin mata ke servis ke apa ke...Sanggup ke untuk RM900? TAK!!! (nangisss)
Saya digelakkan oleh abang ipar saya, abang dzuha. (suami kakngah saya, ainul) . Katanya, kalau hang buat shaklee betul-betul kat rumah hang leh dapat 4-5 ribu, sanggup hang keluaq untuk rm900.. dan dia terus gelak dan gelakkan saya.
Geram pulak rasa. Ok takpe saya bertekad. Saya akn cuba buat shaklee betul-betul. Buat shaklee betul-betul bukan bermakna jual, jual jual je banyak-banyak. Tak!
Tapi maksud tu dapat difahami dengan betulkan niat.. dengan niat, baru kita akan tahu apa maksud
"buat shaklee betul-betul' tu.." . Dengan niat yg baik, baru kita dapat hasil yang baik.
Niat nak kahwin? Allah mudahkan lagi jalan, murahkan lagi rezeki. Sebab Allah suka pd mereka yg berusaha mendapatkan hubungan yg halal & barakah bukan?
Niat nak tolong orang supaya sihat? Kita tak kan tengok list produk shaklee, terus aim nak jual, walau tanpa ilmu. Kita akan berusaha cari ilmu nutrisi, study jenis sesuatu penyakit, punca, vitamin apa yang boleh bantu untuk mereka berikhtiar... bukak file itu bukak file ini. Tanya mentor yang berpengalaman macam-macam. Mintak pendapat doktor.. hadirkan diri untuk majlis-majlis ilmu kesihatan ke. Kita tak kan jemu mencari ilmu..
Niat nak bantu orang supaya mempunyai pendapatan lebih? Kita akan polish sifat kepimpinan kita. Kita sentiasa ajar, turunkan ilmu, kongsi info dengan downline kita, spend masa buatkan jadual, spend masa utk consult & coach melalui macam2 cara, whatsapp, facebook.
Niat nak bawak ibu ayah pergi haji? kita akn letak target pakej haji plg mahal utk mereka.Kan? Hotel yg dekat bagi memudahkan ibadah haji mereka. Mula lah kita study sistem pengiraan bonus shaklee betul2. usaha yang macam mana kita boleh dapat duit banyak ni banyak ni. Berapa ramai orang kita dah tolong untuk dapat income lebih RM10,000.
Dan macam-macam lagi.. Pernah dengar kan, niat ibarat surat. ia akan sampai ke tempat yang di alamatkan. Salah alamat, salah la tempat surat tu akan sampai. Saya dengar dari penulis buku dan motivator, ateh zuhairi :)
Siapa saya hari ini?
How shaklee has transformed my life
Bukan lah siapa-siapa pun. Sama seperti anda, hamba Allah yang kerdil.. Yang sentiasa mengemis kasih & sayang-Nya. Mana mungkin kita boleh hidup tanpa rahmat Allah bukan?
Tapi, saya adalah Athirah yang jauh lebih baik dari yang dulu..Athirah yang lebih confident!
Athirah yang punya cita-cita jauh lebih besar berbanding dulu.. Athirah yang lebih rajin, lebih positif dari Athirah yang dulu.
:')
Saya berjaya kahwin dengan bonus shaklee! Yes 90% perbelanjaan majlis & barang hantaran adalah menggunkan bonus shaklee saya!
Saya dapat honeymoon ke Beijing China lepas kahwin.
Dan kalau dulu saya tak mampu beri apa-apa pada ibu ayah, sekarang saya mampu beri mereka duit belanja setiap bulan lebih RM500.. RM700-RM800 sebulan. Ye masih sikit, target jangka masa pendek saya nak bagi RM1000 sebulan.
Memang, RM700 je? Ok what dari yang bagi RM50-RM100 je sebulan?
Maaf ye. saya bukan mahu mendabik dada. Saya bukan mahu riak. Tapi saya nak semua orang bukak mata.. Bukak mata luas-luas..
Berbaloikah RM100 setiap bulan utk insan yang banyak berkorban untuk kita? Tak pernah ke kita cuba, cuba letak target untuk beri dan beri lebih banyak pada mereka? Tunaikan apa saja impian mereka?
Tidak teringinkah anda?
Ye bersyukur.
Rasa cukup dengan apa yang ada.
Jangan salah guna perkataan syukur itu! "ye aku memang tak banyak duit, aku kerja gaji aku bla bla..Tapi aku bersyukur dan selesa dengan cara hidup aku sekarang?"
Bersyukur la sangat!
Orang yang bersyukur pasti sentiasa ada matlamat untuk jadi lebih baik dari yang semalam.
kalau bulan lepas aku dapat sedekah RM10 je, bulan depan mesti rm100!
Orang yang bersyukur akan guna semua nikmat pancaindera anugerah Allah ini untuk sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada raaamai orang!
Bukan untuk hidup sendiri sendri je, bukan takat lepas bg sikit duit ibu ayah, lepas byr kereta api air, cukup la.
Ingat! Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain dan Allah suka orang berusaha. Man Jadda Wajada. Siapa yang berusaha, dia lah yang berjaya.
Jangan mudah sangat redha, pasrah. Terima ajeee... Kalau berterusan macam tu, tiadalah perubahan dalam hidup kita. Sentiasa di takuk yang lama.
duduk,berfikirlah.
Berapa banyak belanja sekolah tahfiz dapat kita bantu?
Berapa banyak kita mampu sumbangkan kepada rumah anak yatim?
Cukup kah gaji hari ini untuk menolong lebih ramai orang?
Cukupkah gaji hari ini untuk menunaikan apa saja permintaan ibu ayah kita? cukup kah?
Buat yang belum berkahwin..berusahalah untuk kahwin lebih cepat.. Jangan biarkan diri kita solat,zikir,ibadah tapi masaih ada calitan maksiat kita berhubung dengan bukan mahram. Ramai yang tangguhkan perkahwinan atas alasan duit tak cukup lagi untuk majlis idaman.
Buat yang sudah berkahwin pula.. Berusaha lah.. upgrade kehidupan kita.. Bantu pasangan ringankan tanggungjawab dia.. jadi lah seorang yang punya pendapatan tinggi.. lihat anak anak kita.. semat dalam hati untuk beri hanya yang terbaik dan bukan yang ala kadar.
letak la impian yang jauh jauh lebih besar...
Berimpian lah...
untuk mahu beri hanya yang terbaik untuk suami, anak2, ibu ayah kita, masyarakat. Untuk beri yang terbaik, cukupkah kita hidup biasa-biasa dan mengatakan syukurlah aku selesa dengan cara hidup aku sekarang?
Cukup kah?
Berapa simpanan kita hari ini?
Ask yourself.
Cukupkah untuk aku capai semua impian itu dengan hanya meneruskan kehidupan sekarang tanpa perlu buat apa-apa yang extra, yang luar biasa??
Cukup kah???
As for me, cukup lah apa yang pernah saya lalui dulu.. cukuplah..masa untuk saya terus melakukan sesuatu yang extra, bukan biasa-biasa je.
Bergerak lah. bertindak lah.
Saya tidak katakan anda perlu berhenti dari apa yang anda sedang buat sekarang. Apa jua pekerjaan anda, teruskan lah sekiranya ia boleh buat kita beri manfaat pada ramai orang.
Tapi, saya mencadangkan, upgrade la impian kita, berusaha lah untuk menaiktaraf kan kehidupan kita..
Bangun, bertindak, lakukan sesuatu yang extra, berlari lah untuk capai impian kita.
Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan bussiness shaklee.
Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan group yang mengingatkan aku tentang kematian, tentang banyakkan memberi..ttg rezeki yang halal..tentang pentingnya menjaga hubungan dengan engkau Ya Allah.
mentor2 (upline) yang tidak pernah jemu membimbing saya..
Terima kasih.
Saya pernah merasa senang, kemudian tiba-tiba tersungkur, menghadapi bermacam kesukaran.sakit dan pedih rasanya..orang yang melalui kesusahan dari kecil mungkin , mungkin lah pada hemat saya sudah immune dan terbiasa dengan cara hidup dari kecil. Tapi untuk saya tiba-tiba tempuh kehidupan yang tak pernah saya alami sewaktu kecil..ianya sakit.. cukup sakit.
Masa untuk terus berlari mencapai impian saya.
Ibu ayah, tggu ye, orang nak tunaikan apa saja permintaan ibu & ayah. Nak bawak p haji, nak round satu dunia. Tunggu ye!
sekian,
Cukup la aku pernah hidup susah dulu!
Lagu ni khas untuk insan yang banyak berkorban untuk saya.
Semua keinginan akan aku lakukan sekuat semampu ku..
Haaaa, meh kita kongsi resipi pulak. Hehe sedap tau ikan salmon ni, siapa nak diet bagus gak amik salmon, selain untuk mencantikkan kulit , ia juga mengenyangkan. Isi dia pergh padat.. hehe..( I rasa la mencantikkan sebab salmon tinggi kandungan collagen :D )
Tak payah cakap banyak. moh la kita belajar steak ala tiera hahaha saja nak buh gak nama ku dah aku yang masak, letak nama sendiri la..kalau u masak, u letak la nama u pulak k.. haha
Ikan salmon. Untuk I & husband. 2 cukup la :)
2 sudu olive oil
white pepper & black pepper
garam dan bawang putih beberapa ulas
kegemaran saya capsicum! then lemon,timun,tomato utk dimakan bersama
sos lada hitam.
ok tumbuk bawang putih then gaulkan dengan olive oil 2 sudu, black pepper + white pepper 1 sudu kecik, garam sikit. then sapu kat ikan n perap jap 30 minit, buh dlm fridge
panggangkan dalam pemanggang ajaib (ni ayah mentua belikan kat langkawi, best2 hehe)
masukkan capsicum bg lembut sikit.. masukkan time ikan dah masak pon xpe.. saya silap masukkan awal2..tak suka bila capsicum terlalu layu huk3
Hari tu saya ada balik melaka kejap ada urusan penting.
Esoknya balik rumah, husband dah pergi kerja.
Rumah wangi.Kemas.
Dan saya terjumpa kertas & coklat ni belakang laptop..tersenyum saya sorang-sorang
Kita punya sebab sebenarnya untuk tersenyum. kita saja kadang-kadang tak mahu memilihnya sebagai sebab utk kita tersenyum dan bersyukur :)
Ini abang saya, Amir Saifuddin. Dulu, dia seorang perokok. Ya perokok tegar!! Hampir 10 tahun dia merokok! Pulak tu kawan-kawan sekelilingnya merokok sama. Bertambah sukar la untuk menjauhkan diri dari rokok.
Dia mula merokok apabila masuk sekolah menengah, tapi yang betul-betul serius bermula dari umur 15 tahun (risiko duduk asrama tak kuat iman hehe) hingga umur 23. Jadi saya rasa ada manfaatnya kalau saya kongsikan pengalaman abang saya ni, nak bagi semangat sikit pada lelaki-lelaki lain yang ingin berhenti merokok.
Kalau abg saya boleh, kamu pun boleh! Percayalah! Jangan perlekehkan kemampuan diri sendiri, you can do it!!!
Jom kita ikuti kisah abang saya, macam mana ya dia mampu berhenti merokok?
1) Mula banyakkan berfikir
Satu hari, ketika abg amir menonton tv, dia rasa sedikit sesak. Nafas tersekat.. seolah tak cukup oksigen. Allah, susahnya nak bernafas! Bukan lah selalu, sekali sekala tapi ini membuatkan dia terfikir..adakah ia berkaitan dengan tabiatnya yang suka merokok?
2) Makan Coklat
Jadi abang amir mula bertekad untuk berhenti merokok. Tapi dia tak pulak beritahu siapa-siapa. Yang saya perasan, tiba-tiba begitu kerap dia membeli coklat. Banyak dia beli. Dan dia simpan dalam fridge. (Dah la kitorg mmg suka cadbury hehe mmg habis la kena kebas :p). Bila rasa ingin merokok membuak-buak, dia ke dapur, mencari coklat..makan, kunyah dan kunyah coklat kesukaan sampai puassss! Sampai puas! amik kau
3) Tanam rasa benci pada rokok!
Masa tu abang saya bekerja di sebuah cyber cafe. Bayangkan betapa kuatnya dugaan & godaan untuk ditempuhinya..pasti bau asap rokok satu 'ancaman' bagi seorang perokok tegar untuk menahan diri dari merokok..
Ada kala dia tewas juga. Cuma tidak la sampai sekotak rokok dibelinya. Dia beli sebatang rokok, hisap, hilangkan rasa gian.
Tapi pada masa yang sama, abang amir mula mencari kekuatan... Mula rajinkan diri mencari gambar, membaca artikel secara online, apa keburukan merokok. Melihat gambar paru-paru perokok yang hitam di internet, erghh dia mula rasa risau. Bagaimana agaknya keadaan paru-parunya sehingga nafasnya pernah tersangkut? Dia membulatkan tekadnya, aku mesti berhenti merokok! kenapa? Lalu disenaraikan sebab kenapa dia perlu berhenti..
Sebab masa tu abang amir belum ada buah hati :p jadi pasti ibu la dalam mindanya..Lakukannya demi Ibu tersayang.
Semakin hari, semakin tertanam rase benci yang amat pada rokok dek kerana gambar-gambar kesan merokok yang di google nya. Kerana rokok la, duit aku banyak habis!
Kerana rokok lah, paru-paru aku rosak!! (rosak ini andaiannya ketika itu selepas mengalami beberapa keadaan sesak nafas)
Kerana rokok lah, paru-paru aku hitam dan kotor! (bayangannya selepas melihat gambar di internet)
Semua sebab rokok! Aku benci rokok!!! Bencii!!!
3) Enjoy kan diri dengan badminton !
Abang saya ni sangat suka sukan badminton. Boleh la saya katakan itu hobi beliau. Ada masa lapang, badminton, on. Katanya ini jugak sebenarnya salah satu cara untuk dia leka..lupakan tentang rokok. 100%. Tapi ini bagi yang suka badminton la. Bagi yang tak suka mungkin ada hobi lain.
Pergi lah, enjoy.. lakukan hobi anda sekerap mungkin sehingga anda benar-benar boleh lupakan rokok yang 'jahat' dan 'membunuh' tu! Enjoy your hobby! Semakin anda leka, semakin berkurang lah keinginan untuk merokok...Tapi kalau boleh biarlah ianya hobi berbentuk sukan, sesuatu yang aktif dan jangan pulak hobi yang melanggar hukum syarak ye!
Ini lah cara abang saya berhenti merokok. Nampak simple tapi sangat mencabar.. Dan ia mengambil masa hampir setahun untuk dia benar-benar berhenti merokok!
Saya percaya, ramai lagi lelaki di luar sana sebenarnya mahu berhenti merokok, tetapi tidak tahu bagaimana atau merasa terlalu susah untuk berhenti..
Bersama Roslin Hashim p/s : tu saya yg conteng hehe
Berita gembira!!
Cara lebih mudah untuk berhenti merokok dalam masa singkat
Ada cara yang lebih mudah untuk anda berhenti merokok sebenarnya. Yes, dengan shaklee. Masa abang saya berusaha untuk berhenti merokok, saya belum kenal shaklee. Maka tiadalah dalam pengetahuan saya shaklee dapat membantu abang saya, kalau tidak, dah lama saya cadangkan dia makan shaklee! hihi :)
Kak farah senior sekolah saya ada order DTX Complex shaklee untuk abg iparnya. Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sampai sebotol makan pun dah nampak kesannya
A must watch video! Live testimonial dari Encik Hazrin. Rokok tiba-tiba rasa pahit!?? mcmn tu? kenapa??
Kerana Vivix Shaklee bertindak dari tahap sel. ia membuang terus nikotin yang ada pada DNA dan DNA itu sendiri yang menolak nikotin yang tidak natural.
Bila merokok, nikotin masuk, ia menolak!!
Inilah dia, satu terapi membuang nikotin!
Terima kasih Encik Hazrin & Master Salwa atas perkongsian
Mana lagi handsome, masa merokok atau masa tak lagi merokok? :)
Bersama anak-anak buah, sumayyah, ammar & mikael. Bila tak merokok, takde la rasa bersalah utk dekat dgn diaorg, kan? :)
Dah dah la tu merokok.. cuba check bibir tu..lebam? hitam? gelap? Merokok bukan setakat buat bibir anda pucat lebam, tapi gigi juga boleh kuning! eew..Tengok abang saya, sejak berhenti merokok, bibir sekarang nampak fresh, merah. serius tak tipu!
Baru la boleh dengan berani nya menolak pelawaan kawan dengan "sorry no smoking for my wife.." aicewah...
Memandangkan kita sudah menghampiri bulan puasa, ada baiknya bertindak sekarang.. Hapuskan rasa ketagihan merokok yang menyusahkan anda. Bayangkan apa rasanya kena tahan diri dari merokok dari subuh sampai maghrib ye?? Hampir 13 jam anda mahu menanggung rasa ingin merokok yang membuak-buak??
Saya simpati dengan perokok-perokok tegar. Saya tahu, jauh di sudut hati anda sebenarnya anda ingin sekali berhenti merokok, tapi anda tak tahu cara macamana.
"Kalau aku boleh bro, kau pun boleh!"
Nah, hadiahkan diri anda dengan rawatan secara natural, dengan mengambil makanan yang natural, tanpa sebarang bahan kimia, ia bukan hanya utk menahan diri dari merokok, tetapi memulihkan terus!
No problem, u may contact me for further details, harga, cara pemakanan dan sebagainya. Saya mau tolong kamu bah! Cepat sebelum ramadhan menjelang tiba! :)
Alhamdulillah selamat berpindah ke tempat baru. Kalau dulu duduk dekat shah alam, gated apartment ground floor berbilik 3, kali ni berteduh di rumah yg gated/guarded jugak alhamdulillah, dua tingkat. Saya suka sangat sebab ini peluang untuk bakar kalori,turun naik tangga selalu! erk, ok bukan tu yang saya nak cerita.
Yang saya nak cerita adalah tentang air yang saya minum. Dulu masa di shah alam. Saya dan suami boleh dikatakan setiap hari beli air mineral di pasaraya Giant berdekatan . hehe
Ye setiap hari!
Kami tak boleh minum air paip yang di masak sebab walaupun kuman mungkin mati, tapi air tetap berbau dek kerana kandungan ammonia, klorin, segala plumbum karat besi paip dan sebagainya.
Bayang kan air spritzer 1500ml RM2.50 sebotol
(husband saya tak suka brand lain,kurang sedap katanya)
Kalau botol besar yg 6 liter dah RM7.80. Sehari setiap sorang kena minum 3liter air. Boleh bayangkan berapa total kos belanja kami untuk air minum sahaja?
Penghijrahan
Amboi tajuk penghijrahan. hehe. Yelah hijrah, kan perubahan. Kami memilih untuk berubah. Berubah dari segi perbelanjaan air minuman seharian. Sekarang, kami tak lagi beli air macam dulu. Sebab ada satu jug jernih ala-ala kasut kaca cinderella yang mampu menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak bendasing lain! Ini dia, taraaa!!
Pembetulan no tel 019-4120913
Cara menggunakan
Jangan risau tentang bagaimana untuk pasang penapis, nak masukkan air dan sebagainya. Sebab semua manual bergambar, data sheet semua ada! Don't worry :)
Nota cinta buat pemilik water pitcher shaklee hehehe
Quickstart guide, nah siap gambar step by step macam mana nak guna :)
Finish! minum dulu! gulp2
Yang ini datasheet dia
Kita boleh study performance data sheet ni sebum tidur ye hihi
Code : 52116 3 blok karbon (3 kali tukar) yang mampu menyingkirkan plumbum & bendasing lain dalam air paip!
Biskut shaklee! tak lah. Ni la blok karbon tadi.
"Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%..."
Code : 52114 Jug transparent dengan penutup bermeter.
Tadaaa!
Nampak tak meter kat penutup tu. Ia akan bergerak sebaik sahaja anda mengisi air dan menutup lid (penutup) tersebut. Jadi bila genap 80 gelen air ditapis, meter itu akan menunjukkan perkataan "set" , menandakan perlunya menukar blok karbon yang baru.
Tanpa menggunakan batery atau electric supply, best gila kan? :)
Tu housing kit, untuk 'simpan' blok karbon tadi
Code : 52117 Senang sangat! Suka3!
memang jimat! Dah penuh satu jug boleh la isi penuhkan segala jug kosong yang anda ada. Saya isi sekali dalam thermo-pot tu, untuk dapatkan air yang panas dengan cepat hehe (buat teh cinta ke milo kasih sayang ke utk suami haks)
Boleh call/sms saya sekarang kalau nak jugak water pitcher yang best ni! Tapi no 1,2 dan 3 je tau. Yang tengah tu, sekadar hiasan hihi
1 ) Pitcher (jug yg cantik & canggih bermeter itu sahaja ye)
2) Housing kit (bekas untuk blok karbon) + 1 blok karbon penapis tu
3) Filter 3 Pack ( 3 blok karbon untuk anda tukar 3 kali)
Harga? Murah sangat-sangat! Jangan kata ribu, RM400 pon tak sampai! Ada yg RM300 pon tak sampai tau! nak tau whatsapp saya ok? :)
Nak keluar jalan-jalan pun rasa nak bawak pitcher ni letak dalam kereta, hahaha hoverrr kau :p
Info penting untuk dikongsi tentang Water Pitcher !!!!
Ia menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat! • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin! • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka. • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Pilihan Bijak! • Hanya beberapa sen bagi seliter air • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik • Ringan dan mudah dibawa • Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak
KEISTIMEWAAN SHAKLEE SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
Sekian dari saya. Photographer : Athirah, SID 881453 Camera : Handphone HTC One max Lokasi : Ruang tamu hehe
Nak water pitcher, terus ingat Athirah! hehe, Just klik