HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Ahlan Wasahlan Ya ramadhan...



Teka-Teki Imam Al-Ghazali


Imam Al-Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: gunung
Murid 2: bumi 
Murid 3: matahari
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang besar sekali HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Al-Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Dedaun
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan kamu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Imam Al-Ghazali: Apa yang paling tajam di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Al-Ghazali: Itu benar. Tetapi yang paling tajam di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA. Kerana lidah manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai hati saudaranya sendiri.



sekadar renungan bersama...
selamat berpuasa semua..semoga ramadhan kali ini kita dpt meningkatkn lagi ibadah kita dan semoga dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah.
amin.
p/s: byk cara utk kita lakukan ibadah & tingkatkan iman kita lebih2 lg di bulan puasa ni.
  • minta maaf & maafkan org lain.
  • jaga percakapan kita, jgn menyakitkan hati org lain
  • jaga pakaian,jaga aurat.ye btl aurat mmg la kene ttp hari2 walaupon bkn d bln ramadhan.tp x salah kan kalau kita menghormati bulan yg suci ini dgn memakai pakaian yg menutup aurat. mana tahu Allah campakkan hidayah terus, kita mampu berubah? :)
  • bykkan berzikir.sambil2 menyapu sampah lap tingkap dan sbagainya y not kita istighfar atau berzikir dlm hati,kan.,
  • jgn byk ketawa (saya mmg suka ketawa..kene kurangkan sifat playful terlebih ni huhu)
  • byk kan mendownload aplikasi2 ibadah..huhu membantu ni as tazkirah pd diri sendiri...
banyak lg kan..so saya nk ambil kesempatan ni utk mintak maaf pada semua andainya saya pernah buat silap..directly or indirectly..tersakitkan hati ke, terbuat anda n anda rase annoyed ke..saya mintak maaf ye?

with sahabat dunia akhirat pada ramadhan 2009.Saya baru sem 1. Tahun ni cuti sem smpai 4 bulan, not even one day b'posa kt kampus bersama sahabat sy ni...huhu. i really want to treasure this gamba. really.

4 comments:

.. said...

=)
slamat mnyambut bln ramadhan...

Athirah Tieramiessyou said...

terima kaseh & selamat juga.. :)

najmi said...

selamt menyambut ramadhan...tingkatkan amalan2 sunat di bulan yang mulia ini..=)

Anonymous said...

wah!!!trharu2..kih3..thanx 4 treasurning dat picture!!! ~__^ ~sibunga2~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...