HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Dia tengah bercuti dekat Maldives, aku tunggu dia balik :')

Assalamualaikum

Walaupun blog ku habis kehilangan gambar utk 3-4 tahun punya entry gara-gara google photos, tapi mana mungkin aku tinggalkan terus diari kesayangan aku ni. Sedikit sibuk dan tak sempat mencari tukang edit blog semula, inshaAllah nanti blog aku elok semula ok?

Entry kali ni izinkanlah aku menggunakan ganti diri sebagai 'aku' bukan saya bukan tiera. Ada sesuatu yang hendak aku luahkan.

Aku sebenarnya, rindu. Rindu pada satu nama yang teramat berjasa. Suatu ketika dulu, melihat gambarnya cukup membuat aku bersemangat. Apatah lagi berjumpa dengannya, mendengar suaranya, memeluk tubuhnya.

Selalu aku dengar, cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia kan pergi. Harini, aku betul-betul rasakannya, manusia yang aku sayang, sayang yang terlalu-lalu sayang.. seolah telah tiada. telah pergi entah ke mana.. 

Dia yang sekarang, bukan lah dia yang dulu.. Banyak perubahan.. Yang aku sendiri susah nak faham dan ungkapkan.. Semalam, aku mimpikan dia. Aku kejar dia, peluk dia. Dan menangis. Kami borak dan berbual panjang.. Aku tahu, mimpi mainan tidur. Tapi sekurang-kurangnya, rindu aku pada dia terlerai, lepas la jugak dapat jumpa dalam mimpi dalam keadaan dia yang dulu, bukan keadaan yang sekarang. Bangun tidur, eh ada air mata pulak. Ingat tadi taik mata hehe.. :')


Ya Allah rindunya. Kadang bila rasa terlalu sesal dengan kehilangannya, aku pujuk diri aku. Dia ada lah, dekat maldives sekarang tengah bercuti.. Nanti dia balik la..

Tapi sampai satu masa yang lain. Aku sedar. Aku mesti terima hakikat ni.. Aku sedar, yang aku harus merelakan pemergiannya. So okay, I am letting her go   :'(

Pinta aku pada Allah..

Agar Allah sentiasa pelihara insan yang pernah jadi lilin buat kami.. selama ni, tiap hari aku mintak agar Allah beri aku hidayah dan jangan bolak balikkan hati aku setelah diberi aku hidayah, hari ini. Perkara yang sama utk diriku , aku doakan untuk dirinya juga. Aku mintak sungguh-sungguh jugak supaya Allah kirimkan pahala berterusan buatnya, kerana sesungguhnya sampai hari ini aku masih amalkan apa yang di ajar olehnya, termasuk baca yassin setiap pagi, tahajjud, almulk sebelum tidur, bagaimana untuk recharge , pentingnya membuat journal kesyukuran dan  banyak lagi.

Lagu ni, aku tujukan khas untuk dia. Tapi mungkin tak boleh play kalau bukak guna smartphone, guna laptop mungkin keluar. Dengarlah, mana tahu kau pun suka.. :)



Ok lah, dah luahkan yang terbuku. Masa utk kembali fokus. Tanggungjawab menanti. Wahai guru yang aku sayang, semoga Allah mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menjagamu dirimu, keluargamu dari segala perkara yang tidak elok. 

Bersyukur lebih susah dari Bersabar

Bersyukur kadang kala lebih tinggi makamnya dari bersabar. Ramai orang dapat besabar, tapi belum tentu yang bersabar itu dapat nikmat bersyukur.

Sebab apa?

Syukur bukan sekadar lafaz alhamdulillah, tp ianya merangkumi apa yang kita perlu lakukan. Itu namanya benar-benar bersyukur. Dalam bersyukur, ada tugas, ada tanggungjawab iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah beri ke jalan Allah.

Nikmat yang kita dapat, perlu di tadbir, di urus, dan digunakan di jalan yang betul.

Sebagai contoh:

Sebut alhamdulillah tapi tak solat? Benarkan bersyukur? Jika benar bersyukur, gunakan nikmat kaki,tangan,badan untuk melawan nafsu malas dan kerjakan solat.

Banyak lagi contoh nikmat yang lain yang boleh kita fikirkan.

Manusia, mudah lupa diri bila mendapat nikmat,  menggunakan nikmat tersebut di jalan yang sia-sia, atau lebih berat ke jalan maksiat.

Macamana pulak dengan sabar? Tak ada tugasan dalam bersabar, cukup menahan perasaan. Dalam bersabar, tak ada bahaya menyalahguna nikmat Allah ke jalan yang salah, tapi yang dituntut hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah dan berbaik sangka. Kebanyakan manusia paling senang utk tahan  sungguh-sungguh perasaan dan sebut "nak buat macamana, sabar je lah.."

Berbeza dengan syukur tadi, ada tindakan yang perlu di lakukan, jika benar-benar bersyukur.

Anda boleh sabar untuk menanggung kemiskinan, tapi jika anda bersyukur, anda akan gunakan nikmat anggota badan untuk berkerja dan berusaha menjadi kaya.


Rupanya bersyukur itu lebih berat dari bersabar ya.. :')

hish mencabarnya!

Assalamualaikum





Well just a quick update. Lately terasa diri begitu matang sekali haha.. Matang ke?



Entahlah, siapa yang kenal saya memang tahu saya ni dulu playful sangat, kesan dia tak ada ke - seriousness - san  maka apa yang di hasilkan pun, kurang bagus. Apa-apa yang dilakukan secara main-main pun pasti result dia pun main-main lah. 



Dari zaman belajar, masalah tiera adalah > too playful. 



Sampai madam pernah tegur.. Katanya dia risau dengan tiera. Dia suka tengok tiera happy, cheerful, bubbly, tapi kalau terlalu banyak main.. bahaya..



Sejak akhir-akhir ni kepala saya ni makin kerap fikir tentang prestasi, sikap diri sendiri, tentang bisnes, tentang anak-anak bisnes, macam-macam. 




Tengah makan, tengah mandi, tengah masak. Macam tak ada benda lain nak fikir, asyik yang itu sahaja. 




Whauu seriousnya aku sekarang haha.. Zaman main-main dah berlalu. Tak ada orang suka jadi someone yang terlalu playful melainkan orang tu, tak ada matlamat atau tak jelas dengan matlamatnya. 





Jujur ni, rasa  sangat mencabar bila berada dalam kelompok perniagaan walau pun belum lagi tahap JUTAwan punya perniagaan, (yelah kita ni tahap puluhribuWAN aje)


but I know, bahawa saya sedang mendekatkan diri ke arah itu. Kalau masa kecil-kecilan, masa permulaan dah tak boleh handle, how do I expect nak handle yang lebih besar dari yang ini?




Saya rasa bertanggungjawab kepada banyak pihak..


1) diri saya sendiri

2) keluarga saya

3) pelanggan-pelanggan shaklee dan pelanggan homespa saya

4) Group Sparkle - anak didik saya yang serius berbisnes dalam shaklee

5) Group Info Shaklee Sparkle - mereka yang mendaftar di bawah susur galur saya, tetapi hanya untuk makan sendiri

6) Group yang saya anggap seperti 'pusat' - The Walking Beauty

7) Group Geng Jutawan Spa (GJS)

8) Group Pra-Jutawan Spa iaitu group di mana saya menempatkan mereka yang sertai TWB projek ni, yang masih newbie. Baru lagi dan dalam pemerhatian sebelum di transfer masuk ke GJS


Cabaran dia?


Saya kena bijak uruskan masa saya supaya semua dapat saya attend dengan baik dan teratur walau saya begitu busy dengan housechore dan rutin bisnes saya. 



Saya kena bijak beri tunjuk ajar memandangkan setiap yang menyertai kumpulan saya, terdiri dari pelbagai latar belakang, pelbagai generasi, iyea, gen X ada (34-46 tahun) gen Y pun ada (33 tahun ke bawah). Ada yang kita explain kat whatsapp ayat simple terus faham. Ada yang kena kita lukis baru dapat tangkap. Ada yang memang kena ulang berkali-kali baru faham. (no offence ya, saya dulu pun macam tu, sangat bodoh dalam bisnes). Tapi itulah namanya kehidupan, kena sentiasa belajar. Dan saya sangat suka ajar secara live kalau peluang itu ada. Saya suka whiteboard hehe



Saya kena kuat dan tak mudah give up supaya saya sendiri boleh bagi motivasi dan kekuatan pada anak-anak bisnes saya. Anak-anak bisnes yang baru atau lama. Semua manusia biasa, ada masa begitu fragile macam kaca, senang retak, mudah pecah. Dugaan kecik, terus down bagai nak mati, kalau dugaan besar lagi la hehe. Biasalah, terutamanya kalau yang baru-baru join tu, faham sangat.. Don't worry korang akan biasa dan jadi makin kuat kalau korang tempuh jugak sampai berjaya. Unless you stop tengah jalan, then you wouldnt know macamana cara nak jadi kuat. Sebab formula nak jadi kuat dan hebat, kita tak boleh sekadar dengan tips dari orang. 


Tapi kena rasa sendiri, kena lalui. Then you will be able to create your own formula walau rata-rata formula nak berjaya ni lebih kurang sama je, tapi setiap satu insan atas muka bumi ni mesti ada extra formula masing-masing. 




Kena alert, kena peka, kena sabar dengan bermacam kerenah, kena macam-macam lah! Mencabar betul dunia ku hari ini berbanding duniaku yang dulu.





I have to admit, dunia perniagaan memang mencabar, banyak benda kena fikir sendiri. Kena buat keputusan sendiri. Tapi hasil dia manis.. 




Alhamdulillah bisnes saya ni bukan lah saya sorang diri. Tak keterlaluan rasanya kalau saya katakan saya bekerja secara berjemaah, walau hasil bisnes, duit dan bonus adalah kepunyaan masing-masing tapi sebab kami dalam satu team selalu bertukar pendapat, berkongsi idea, kongsi masalah dan motivate each other, maka saya dapat rasakan, aura berjemaah itu. 




Suatu ketika dulu saya selalu katakan diri saya ni bodoh tak punya apa, rasa macam "semua benda kau tak tahu then apa je yang kau tahu..?"


harini suka untuk saya sebut.. I am facing a lot of difficulties and challenges but I know, semua ni buat saya jadi lebih bijak, lebih kreatif, lebih hebat!



Harapan saya, saya nak jadikan diri saya dan semua anak-anak bisnes saya.. puak kaya dan berjaya!


kaya,berjaya,bertaqwa.

Inshallah. 



Lega dapat luahkan semua. 
fuh. 



Sekian, 
Salam duha


thank you dao!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...