HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kusus Spa The Walking Beauty 2018



Secara purata, para wanita melayari beberapa laman web sebelum menyertai kursus spa. Saya faham semua ni.. Kita nak pastikan kita dapatkan kursus spa terbaik, pada harga terbaik. Tapi mengapa berpenat mencari beberapa sedangkan ada SATU saja yang terbaik? 

Lain kali kalau nak belajar spa, periksa dulu TWB 😆


Wah dah macam iklan Trivago! hehe Assalamualaikum dan hai awak yang tengah baca, terima kasih sebab sudi bukak dan baca perkongsian saya. Jangan pergi dulu, habiskan baca ya sebab anda mungkin sangat memerlukan apa yang saya kongsikan ini. 




Cantik tak uniform ni? 
Inilah uniform rasmi untuk beautician spa The Walking Beauty 💖


Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ni, 5 tips untuk memilih kursus spa terbaik untuk anda sertai. 

1) Modal yang okay dan berbaloi

2) Pastikan ada jaminan dan proven result bahawa memang ada dah orang yang sertai sebelum ni berjaya buat duit dengan ilmu kursus spa tersebut

3) Fleksibel. Anda boleh set kan tarikh, masa dan tempat yang sesuai. Malah tiada halangan jika anda nak bawak anak. Maklum lah kadang kadang kita ni takde orang pulak nak tolong jaga anak. 

4) Simple dan tidak renyah. makan masa berhari hari. Biarlah simple dalam masa berapa jam boleh habis menuntut ilmu one to one practical tapi hasilnya effective, hebat, berkesan dan memuaskan!

5) Dipercayai dan ada ongoing coaching. Habis training pun masih ada ilmu berterusan secara online. orang panggil support group. 



Dan anda nak tahu tak, Kursus Spa The Walking Beauty menepati semua tips ini!


Bukan sahaja memenuhi semua 5 di atas tetapi siap ada bonus tambahan iaitu percutian ke >>> PARIS ! untuk tahun 2018. 



Cuba anda fikir, mana lagi nak dapat kursus spa, yang lepas anda register je, settle training terus boleh buat duit sebab barang - barang dah lengkap anda dapat? ye LENGKAP ! 




Skincare yang dapat pulak.. fuh.. bukan skincare biasa biasa.. Tapi YOUTH SKINCARE !



Mana korang nak dapat skincare yang menggunakan bahan bahan selamat dan bebas 2500 bahan kimia merbahaya.. 

Mana korang nak dapat skincare yang menjalani 8 tahun penyelidikan sebelum di pasarkan?

Mana korang nak dapat skincare yang ada 8 paten? Di TWB lah! TWB guna YOUTH SKINCARE wei, exclusive sungguh!




Bukan itu sahaja, dari segi akademik setiap beautician akan dapat sijil membuktikan kita memang dah pernah belajar dengan TWB. jangan tak tahu TWB adalah antara servis yang ramai mahukan! Jadi satu kebanggan bila anda ada sijil sudah belajar dari TWB 😊




Feel free untuk lawati instagram saya tieramiessyou beauty house ya. saya kongsikan macam macam termasuk lah bukti bukti penting yang pasti akan buat anda lebib yakin, mengapa kursus spa TWB adalah yang terbaik.


Jadi berapakah harga pakej kursus spa penuh The Walking Beauty? Lihat di bawah


-
-
-
-
-
-
-
-
-







Belajar 5 rawatan kecantikan dan teknik dapat customer, dapat satu lagi extra tambahan advance course bagaimana untuk bermula dan untuk setup. dapat barang barang lengkap. memang berbaloi kan? Terus start je habis training.. fuh.. 


cadangan saya, bagi yang mampu, ada modal sejelupuk. Boleh terus ambil pakej rm1999. jika tiada modal, ayuh sertai satu pintu kecil RM99. Anda akan dapat ilmu ilmu basic spa dan layak untuk dapat penjimatan hingga hampir RM1700!!! 


tak kisah mana satu pilihan anda. saya sentiasa membuka pintu untuk menyambut penyertaan anda. 


hubungi atau whatsapp saya 

Puan Athirah
019-4120913

Ahli The Walking Beauty
Pemilik home & mobile spa TBH

atau boleh klik 



sekian terima kasih 😊


Dicerai dan hilang pergantungan, wanita ini BANGKIT..!!!







Hidup tidak selalunya indah.. Langit tak selalu cerah... 


Siapa sangka,  rumahtangga yang di bina selama 11 tahun atas dasar kasih sayang, cinta, suka sama suka, akhirnya retak jua. 


Puan Nur seorang surirumah sepenuh masa, mendedikasikan dirinya, masanya untuk keluarga tersayang. Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu dengan sepenuh hati. 


Namun benarlah kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kita seharusnya melakukan persediaan kalau kalau terjadi apa apa yang tak di ingini. Puan Nur tidak berkerja dan bergantung harap pada suami 100% untuk segala perbelanjaan isi rumah.


Apabila hubungan suami isteri ini goyang, rumahtangga mereka di uji dan mereka bercerai. Puan Nur hilang punca pendapatan! Mereka berpisah dalam keadaan beliau tidak di beri hak nafkah!


Buntu, beliau cuba mendapatkan secicip rezeki melalui bisnes online emasnya, tapi berapalah sangat yang beliau dapat. kadang kadang untung RM15, kadang-kadang RM30, ada masa langsung tak ada! 


Puan Nur menjadi semakin kusut, bingung. Mula jadi seorang yang pendiam. Down. Kurang keyakinan diri.


Hari-harinya berendam dengan air mata. Tiada duit untuk di beri pada anak buat belanja sekolah. Pernah satu hari ketika mengambil anak dari sekolah, motor tak dapat bergerak. minyak motor habis!



Bulan berganti bulan, kehidupan puan nur tersangat lah struggle. Beliau cuba pula menjual aiskrim 1 malaysia. Tapi sambutan menyedihkan. 


Hingga satu hari, Puan Nur mengambil keputusan untuk menyertai Projek Buat Duit Hari-Hari TWB melalui adiknya yang sudah pun sedia kala menjadi ahli TWB The Walking Beauty . Sebagai seorang adik, apa yang semampunyalah dapat di bantu sikit demi sikit, namun mengajar orang lain bagaimana menangkap ikan lebih bagus bukan dari terus menerus memberi ikan?


Perkongsian adik kepada Puan Nur saat saat beliau mula menjalankan servis mobile spa beliau




Menakjubkan. Kalau dulu hidupnya penuh dengan air mata, kesedihan, tak ada duit, tapi selepas menyertai TWB, Puan Nur mula mempunyai wang hampir SETIAP HARI !


Bayangkan sehari paling kurang beliau boleh memperolehi RM60, itu kalau basic facial. Kalau pakej penuh spa? Boleh dapat RM200 per customer. Sehari baru. kalau sebulan? Dah boleh menyamai gaji orang berkerja di pejabat!



Alhamdulillah.
Hasil pendapatan menjalankan servis spa bersama TWB.
Keuntungan 100% milik beautician tu sendiri!
Puan Nur sangat gembira. Sebak di dada.
Dapatlah bayar duit sewa rumah RM300
topup handphone, beli makan. :')


Hari hari puan nur sekarang sangat bermakna. Tiada masa untuk menangisi apa yang menimpa dirinya. Beliau BANGKIT dan membina keyakinan diri, membina masa depan yang lebih cerah. sekarang puan nur sedang sibuk untuk mengumpulkan duit buat persiapan raya nanti. mahu konvoi beramai ramai bersama adik beradik dan keluarga.



Begitulah kisah seorang wanita yang diceraikan lalu memilih untuk bangkit dan melupakan kisah lama. Usah di persoal mengapa kita di uji sebegini rupa, boleh jadi Allah sedang berbicara dengan kita soal sabar. Soal redha. Tarbiah Allah itu indah. Di sebalik sesuatu kejadian, pasti ada hikmah tersembunyi. Kita hanya perlu sabar, tunggu dan lihat apa hikmah di kemudian hari. Yang penting, usah berputus asa dan kuatlah. Air mata wanita terlalu berharga untuk di sia siakan menangisi lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sapu air mata dan teruskan melangkah. Allah sayang kita semua. percayalah.








Mahu bangkit seperti puan nur? Mahu ubah kehidupan dan prepare kewangan yang baik untuk diri sendiri? 


Ayuh sertai kami. 





Saat Magika Bersama TWB





Harini terasa nak share.. apakah saatnya yang tiera rasa sangat magik bila bersama The Walking Beauty




Pembabitan tiera dalam TWB sudah hampir tiga tahun alhamdulillah. Dan terlalu banyak perkara magik lagi ajaib berlaku dalam hidup tiera sejak join TWB ni. Pelik, tapi ia benar benar berlaku.


Sebelum tiera cerita, anda yang membaca ni kena bayangkan dulu.. bayangkan kehidupan cinderella yang miskin, baju tampal tampal dan tak menarik.. tiba-tiba berubah menjadi seorang princess , puteri yang sangat cantik, dengan baju gaun mewah lagi luxury. (eh mewah dan luxury bukan sama ke maksudnya haha)


Itulah perumpaannya.. bila join twb... ibarat cinderella yang tak menarik tiba-tiba berubah menjadi seorang cinderella yang sangat cantik dan menarik!




Magiknya bersama TWB.. dari kurang keyakinan diri, boleh jadi yakin dengan diri sendiri!


Magiknya bersama TWB.. dari tak punya apa boleh mula merasai bagaimana rasanya bila berjaya memiliki dan mencapai impian kita satu persatu!

Magiknya bersama TWB.. dari rasa diri ini seorang diri.. terus rasa kita tidak bersendirian. Kerana kita punya keluarga yang sangat besar! 


Magiknya bersama TWB. Dari rasa diri ini umpama tak berguna tak tahu apa, terus rasa sayang kat diri sendiri yang punya ilmu hebat dan serba boleh melalui ilmu ilmu yang diperolehi dari TWB!


Tiera sewaktu baru mula bergiat aktif dengan Home & Mobile Spa setelah menjalani sesi training dengan TWB




Dengan ilmu spa TWB, Tiera dapat ramai sangat client spa sampai duit tabung spa tiera sangat banyak, dan kemudian anniversary perkahwinan tiera dan suami tiera dapat belikan suami hadiah jam sunto yang berharga hampir RM500 guna duit spa sahaja! tanpa usik duit gaji tiera dalam shaklee 😊

Tak lama lepas tu, mula jadi trainer pulak.. ajar orang lain macamana tiera berjaya buat duit banyak dengan ilmu spa twb

fuh magik kan, dulu student kini trainer 😃

saat magika terhebat,bila muka kau dulu hitam gelap gelita kini cerah bak hari yang gelap kini sudah cerah.. aku adikmu dan engkau abanggg 😹 #twbEffect haha

Terima Kasih The Walking Beauty
kerana beri saya peluang untuk merasai banyak saat saat magika yang tak pernah saya sangka saya boleh dapat. Tambahan pula saya rasa lebih cantik lepas join TWB

haha malunya cakap macam ni 🙈


oklah salam sayang, salam jumaat dan jemputlah tengok video video ahli TWB pergi trip luar negara setiap tahun ni! muahx


TWB in Melbourne Australia


TWB in Perth

TWB in Maldives

Tahun  ni inshallah, TWB in paghihhh (Paris! yeayy)

bertambah tambah lah saat magika bersama twb lepas ni 😌

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...