HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Resipi Ikan Bakar Portugis

Hai korang salamalaykum!





Haaa korang mesti pernah makan kan segala bakar bakar ala portugis ni? Tiera pernah makan dekat midvalley, bukan takat pernah tapi memang suka dan selalu makan! 


ada ikan tenggiri, sotong, ikan pari, macam-macam. memang sedap! Ni yang selalu makan kat mid





So bila mengidam, tekak macam teringin je,  I decided untuk masak sendiri hehe. Nah share, persediaan untuk dua orang.



Bahan-bahan mudah yang amat :




- ikan kerisi x 2 ekor (terpulang nak ikan apa)
- bawang besar x 3 biji 
- bawang putih x 4 ulas
- sedikit belacan 
- cili kisar (terpulang nak banyak mana)
- asam jawa
- garam gula cukup tak perlu ajinomoto ok! 
- limau nipis ke, limau sambal ke mana mana boleh
- bendi jangan lupa, tiera lupa nak beli!





1) Goreng belacan

2) Masukkan belacan goreng tadi dalam blender, sekali dengan bawang putih, bawang merah, sedikit air, kisar.

3) Masukkan dalam kuali panas, kacau dan kacau sampai air kering, kemudian masukkan minyak. 


4) Bahan kisar tu di goreng dengan minyak sampai garing, kemudian masukkan cili kisar, kacau kacau sampai garing, pecah minyak.


5) Perasakan dengan garam & gula, kemudian masukkan sedikit air asam jawa. kalau tengok gambar yang tiera makan dekat midvalley dia buat macam berkuah kan, so kalau nak macam tu boleh lebihkan air asam jawa. Yang tiera buat kurang sikit kuahnya. First time buat kan.. hehe tapi still sedap tau! :)


ok dah siap sambalnya....




Ikan dah dicuci bersih right? lumur sedikit garam, dan letak dalam aluminium foil ni.. lkemudian boleh la letak sambal kita tadi... letak pulak bendi dipotong serong dan tipis, letak sambal lagi. 


Kemudian tutup, gulung-gulung tepi, balut..



Dah balut kemudian, letak dalam pemanggang ajaib. Kalau takde pemanggang ajaib, any kuali ke frying pan ke would do. Tak payah la nak susah hati kena order pemanggang ajaib kat go shop pulak! hahaah :p 


yang penting kena tutup ya



Di atas api yang sederhana besar, letak ikan kita yang dah di balut tadi, tutup dan biarkan dalam 10 minit. Nanti alumunium foil tu akan menggelembung macam ni





Siap! Perahkan air asam limau atas ikan, pergh serius aroma dia.. wallaaa!




Ready untuk dimakan bersama nasi putih panas-panas! fuh...
ni kitorang makan at bawah depan tv sebab nak tengok cerita syurga nur tv3 semalam hihihi



Senang je kan.
Boleh la korang cuba ok!


Next tiera share singapore chili crab pulak ok :)


Inshallah




Love,
Athirah Tieramiessyou
Pengasas Tieramiessyou Beauty House,
Natural home &  mobile spa.

Since when I don't like competition?

Hai assalamualaikum.



wah lama nya tak blogging!



Okay lah, ini just a simple update, nak kasi warm up sikit sebelum start menulis blog semula! hehe


Actually baru baru ni sejak buat bisnes spa tanpa kedai, homespa, mobile spa, macam ramai tanya 

"eh tiera dah buat spa la. dia tak buat shaklee lagi ke?"



hey hey hey... Athirah and Shaklee are as one ok! mana boleh dipisahkan.. haha hari-hari makan kot. Shaklee is part of my life. Tak lupa, tak tinggal, cuma sharing saya mulai sekarang lebih ke arah bisnes spa yang mana produk-produk yang saya gunakan adalah produk-produk shaklee jugak.




Alhamdulillah. Saya masih mendapat order tak putus-putus, dari customer baru mahupun customer lama. Masa nak raya haritu lagi lah, dia punya peluh nak settle order dah macam peserta cross country competition tau. haha ok ini over.  ( cross country tu merentas desa daaa... :p )
Tapi memang i got quite many orders hari tu, siap kawan suami pon selit order. I'm glad and happy with what I am doing right now. 




Bussiness is challeging yet fun. Ada fasa frustrating (itu biasa) sampai masa ia adalah sangat-sangat rewarding. 



Bercakap soal bisnes, sebenarnya anda yang pilih untuk berada dalam bidang ni kena kuat la, tak kisah apa jenis bisnes yang anda buat, cabaran dan saingan tu pasti ada. Ada je suara-suara yang akan buat anda rasa semacam. kan? Kalau situasi saya contohnya :



"ish tak nak la buat shaklee, dah ramai sgt buat.." 



Kiranya tak suka saingan tinggi la kot? hehe rezeki Allah bagi. usaha je la. Allah tahu mcmn nk bagi.. as for me, lagi tinggi saingan, lagi syiok apa.. lagi gigih otak mak ligat berfikir haha. insyallah situasi ini menjadikan kita seolah di trained menjadi lebih baik dari masa ke masa. 





I always ask my self, eh tiera since when you dont like competition haa...ada saingan baru best, baru la ada warna warni di aidilfitri tak gitu (hish dia over lagi joyah ni)




Korang yang sebut banyak saingan, anak-anak shaklee aku yg baru join laju je dapat ahli2 baru siap free membership lagi. hehe



(nak cakap diri sendiri kang, kata eleh boleh lah kau dah dua tahun, ha so I share kisah anak-anak bisnes yang baru 1,2,3 bulan join. . amacam, aci? hehe )



Customer pon boleh tahan.. jgn risau bah. Back to basic, jaga hak Allah, hormat mentor, belajar dan belajar, cari pengalaman dan keep going bebeh!




Seronok bisnes ada mentor ni, macam saya, tiba-tiba my mentor bentangkan idea #thewalkingbeautyproject. Oh my, what a pleasent surprise! how I love bab bab kecantikan ni... σΎŒ΄




Kita start la beb jom. Be active and productive, tak mau lemau lemau nah. Siapa yang ketinggalan tentang projek the #walkingbeauty ni, boleh follow my update dekat fb atau follow je instagram saya 






ok till then bye! nanti kita kongsi-kongsi kisah hari raya k.. video raya sabtu lepas. hehe jumpa lagi!


p/s : ini bukan dubsmash ok. memang lagu kat radio hehe. its not the video sgt nak ambil, but our moment together :)


Stuffed Bell Peppers

Salam alaik , yuhuuu!!




This time saya nak share resipi Stuffed Bell Peppers yang saya buat hari ni.. Jom tengok cara saya buat :)


Capsicum.. potong yang atas hati hati ye. buat penutup :)

Bersihkan biji :)

Ok next prepare utk nasi goreng. Kita nak stuff dalam capsicum tu.. 
Saya tak guna Mix veges tu tau. Saya guna lobak dan jagung potong sendiri.. lagi fresh, lg sedap, lagi manis. kenapa SAYA TAK GUNA yang MIX VEGES FROZEN tu ye?


Sebab.... saya ada share di facebook tempoh hari.. kalau ada yang terlepas, meh baca meh







So saya sangat-sangat sarankan pada anda.. cukup-cukup la makan makanan segera atau frozen food dengan kerap. Sekali sekala teringin takpela. Tapi elakkan lah dari terlampau kerap.. banyak garam gula pengawet. Rendah nutrisi.. makan shaklee lg syok haha



ok kita sambung ye. 



Nasi goreng dah siap goreng. Bell peppers kita dah siap basuh. now masa untuk sumbat kan
Resipi nasi goreng :

bawang putih 10 ulas di tumbuk dengan cili padi
saya mmg suka letak byk garlic. sedap hihi. bonus, garlic bantu tingkatkan antibodi badan :)

tumis.
kemudian masukkn lobak dan jagung.
tambah garam.
masuk kan nasi.
kemudian tomato cery
siap!

seriously.. jagung sangat manis dan segar berbanding yang frozen tu
Ikan salmon pulak kita potong kiub. saya panggang siap-siap. 

Resipi ikan salmon panggang boleh tengok post saya yang ini > Steak Salmon


Masukkan nasi dalam bell peppers kita. letakkan ikan salmon yg kita potong kiub tadi. kemudian sapu sikit minyak zaitun atau minyak masak kat luar bell peppers/capsicum kita dan bakar kejap. 



Kui kui kui
ok jug jernih yang cantik tu adalah penapis air portable yang saya sangat-sangat suka!
Saya guna, saya suka, dan ofcourse saya jual jugak.

letak kat mana mana pon boleh, mudah,  cantik, air bersih bebas bau. tadah je air paip pulak tu! jimat masa tenaga hehe.

alaaa nak cakap banyak pon tak best.
awak boleh tengok sini details saya explain pasal water pitcher ni...
> Penapis Air Cinderella



hehe saje buh nama cinderella since dia jernih mcm kasut kaca cinderella :)

Jemput makan
Nak gigit terus boleh
Makan guna sudu  pun boleh. aroma bell pepper tu meresap ke nasi perghhh...wallaaaa
Tak semestinya nasi tau.. awak boleh stuff apa je dalam capsicum/bell pepper ni daging ke, kentang ke.. ikut la kreativiti  k :')




Ok sekian. 
Jemput follow instagram saya ye. Dan juga ig home/mobila spa saya :)



Insyallah anda boleh rasa facial special dari tiera.. Produk 100% semulajadi , kulit muka bersih licin lembut rasa nak pegang tak nak lepas je...hehe

dan urutan muka yang boleh buat anda tertidur lena..  Mesti puas hati :)


DAN.. kalau nak jadi anak didik saya.. macam mana jalankan bisnes spa tanpa kedai dan modal rendah.. boleh contact saya ok? :)



Athirah
019-4120913



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...