HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kesusahan mengajar kita mengejar kesenangan




Kadang-kadang macam terusik jugak dalam hati ni bila tengok sesetengah kawan tiera. Tak buat apa pun, tak kerja keras macam kita yang berbisness ni pun tapi apa yang dia nak semua dapat. Rasa macam.. banyaknya duit dia..




iphone 6 plus, 128gb, RM4100 mcm tu tiera beli siap insuran. hasil bisnes alhamdulillah dapat lah beli tanpa perlu berlapar ikat perut, atau pinjam orang dan sebagainya. tapi ada je yang dapat pakai tanpa perlu kerja keras tau. terdetik jugak dalam hati. senang je dia dapat ek? aku kerja keras buat bisnes bagi income besar dan dapat beli.huhu


Ada jugak dapat melancong luar negara senang senang je. tiera maksudkan negara europe la. kalau setakat negara asia ni tiera tak heran sangat, sesiapa boleh pergi sebab tak la semahal belanja nak ke italy ke, london ke, paris ke. Ni kitorang nak p paris ni pun melalui projek spa The Walking Beauty. Tapi depa ni senang senang je eh dapat p 😅



Then I realized.. I was not born with the silver spoon, tiera bukan anak orang kaya. Tak macam diorang, apa nak boleh dapat macam tu je. Bisik tiera pada hati, takpelah, itu rezeki diorang, bahagian diorang. Bahagian tiera, ada yang lain. kan 😉


Pernah je sebenarnya tiera luahkan rasa tiera tentang ini pada kak ngah tiera kak ainul. Dia cakap apa tau


"tiera.. kita tak tahu hakikat cerita setiap orang. Ada yang nampak kaya, tapi rupanya dalam bank. kosong akaun dia. kesian kan, nampak kaya tapi pokai.. Dan ada yang sebab mak ayah dia memang kaya, tapi sampai satu masa mungkin dia akan terfikir jugak, atau rasa malu. sampai bila nak bergantung harap duit mak ayah..biarlah. fokus kehidupan kita.."



Bila kak ngah cakap macam ni baru tiera ingat.. kisah seorang kawan law tiera dulu. dia cantik, free hair. speaking berhabuk. Anak orang loaded jugak lah. Anak tunggal pulak tu. eh dah la banyak nau hint aku bg kan 😛


Hingga satu hari. tiera terkejut tau. Dekat rumah sewa dia makan maggie! sebab duit dah habis . Dia memang jenis makan tempat mahal, beli hang bag mahal.. sampai kawan tiera lagi sorang kata  (depa serumah)


"haa makan lah beg mahal kau tu.."  😅


Takdelah, just terfikir, dia kan anak orang kaya, kenapa dia tetap melalui fasa tu eh? fasa poket kering terpaksa makan maggie. kalaupun dah habis belanja beli itu ini, mintak jelah lagi duit kat mama papa dia kan? kenapa terpaksa makan maggie je setelah berbelanja sakan? betul lah kan. Tak perlu cemburu atau rasa "untungnya jadi dia.."

kita tak tahu cerita di balik semua yang kita nampak dengan mata kita ni.



Yang pasti,  tiera tak nak dah ada rasa macam tu. Tiera sedar tiera bukan orang senang, dan tiera sangat hargai segala kesusahan yang tiera  pernah lalui. Sebab apa, kesusahan tu lah yang mengajar tiera mengejar kesenangan. Tiera dah bosan hidup biasa biasa. Hidup berkira kira eh cukup ke, eh cukup ke. Tiera nak hidup luar biasa. Tiera nak kebebasan kewangan tanpa perlu berkira kira. Tanpa perlu fikir dua tiga kali. Ibu ayah nak apa? just name it. Tiera dapatkan.



Kesusahan mengajar tiera erti kehidupan. Dan buat tiera jadi kuat :)

Setiap satu kejayaan ada harga yang perlu di bayar. There is no freebies untuk hidup kaya.

Kita kena latih our bloody brain muscle to find solutions untuk apa jua cabaran dalam mencapai kejayaan, bukan cipta alasan.


Setakat harini apa yang dah tiera kecapi, walau belum sepenuhnya 101 impian yang di tulis, tapi sekurang kurang nya banyak sangat dah tiera capai.


Segala air mata, penat lelah tiera berbisnes almost 4 tahun ni..

It pays. It does. Alhamdulillah 😊








Berusahalah seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi. Yelah kalau tak usaha, duit habis awal macamana, nak hidup 1000 tahun ni lama tau. hehe Dan beramallah seolah olah esok tiada lagi. Seolah olah esok kita akan mati dan tidak punya masa lagi nak bersuka ria membuang masa membuat dosa.



Sekian coretan hati aicewah.


Love,
athirah tieramiessyou

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...