HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Pengalamanku : Hamil setelah hampir 3 tahun

Assalamualaikum 


Maaf tertangguh-tangguh tiera nak share. Harini alhamdulillah Allah izinkan tiera fokus untuk menulis pengalaman dan tips tiera  hamil, apa antara usaha tiera lakukan untuk dapatkan zuriat setelah hampir 3 tahun perkahwinan kami. 


Peringatan. Entry ini sangat panjang jadi pastikan anda punya masa untuk membaca dengan relaks, tenang dan penuh penghayatan ya 😊




JANGAN MAIN-MAIN CAKAP BELUM NAK ANAK LAGI




Kami bernikah pada 31 januari 2014. Manakala majlis resepsi kami pulak adalah pada 1 februari 2014. Masa kami baru berkahwin, entah kenapa dua dua laki bini cakap benda yang sama, nak spend masa berdua dulu dan belum nak anak lagi. Kononnya target setahun tak payah ada anak lagi, nanti masuk tahun kedua baru nak ada anak. Sekali amik kau, total 3 tahun terus Allah tahan rezeki anak tu. huhu



Sepanjang tahun pertama perkahwinan kami, bila ada je orang bertanya dah pregnant ke, tiera tak rasa apa, malah dengan bangganya jawab 

"ooh kitorg memang plan tak nak ada anak dulu setahun ni.."

Kenapa bangga? Entah lah. Tiera rasa itu gaya pasangan moden sekarang. Relaks lah. Kita pasangan moden kan. katanya (gaya azwan ali) . Moden lah sangat 😷


So memang setahun tu kami bahagia dengan cara kami. Sebarang soalan tentang anak langsung tak mengusik hati kami sebab dah set dalam kepala, setahun ni relak relaks dulu lah.. Tapi ingatlah. Setiap apa yang kita fikir, kita rasa, kita cakap. SEMUANYA ADALAH DOA. Berulang kali cakap tak nak anak dulu kan, maka Allah kabulkan lah doa tak dapat anak. Takut tak? So buat yang bakal berkahwin atau baru berkahwin, remember ya. Jaga apa yang kita fikir, kita rasa, kita cakap. Semuanya merupakan satu doa.


Sebenarnya merancang kehamilan tak salah pun. Lagi pulak macam kami, bukan lah plan sampai makan ubat perancang dan sebagainya. Tak. Jalani kehidupan macam biasa je pun. 


Tiera ada baca buku penulisan Ust Pahrol Mohd Juoi, Nota Hati Seorang Lelaki. Bila sebut tentang planning, bukan sekadar merancang tak nak anak. Nak ada anak ramai itu jugak di namakan merancang kehamilan. Pernah jugak tiera dengar satu rancangan kat tv, Dr Harlina katakan kenapa penting merancang kerana sekiranya tak ada perancangan, baby yang 'datang' tu unplanned, bila unplan ia akan jadi unintended dan akhirnya menjadi unwanted. Tu yang ada kes dera bayi dan sebagainya. Topik ketika itu kalau tak silap tiera sebab banyaknya kes anak anak yang tidak di sayangi, kes dera etc. Point kat sini, jangan lah sensitif atau pantang sangat dengar perkataan planning atau merancang kehamilan ya πŸ˜… Tak salah pon kalau kita letak di tempat yang betul.


Tapi.. kalau planning tu tak salah, maka kat mana silap kami? Haa dua yang tiera nampak. 


1) Kami suami isteri bukan plan pun sebenarnya. Tapi saja saja, betul tak? Apa reason utama tak nak ada anak lagi? Tak ada! Saja saja je!


2) Sandaran pada Allah tu tak ada. Nak sandarkan pada Allah ni berkait dengan no 1 atas tu. Contoh, kalau ada pasangan yang mungkin ada penyakit, tengah menjalani rawatan tertentu ke kemudian merancang tak mahu hamil selagi belum habis rawatan, so boleh lah sandarkan pada Allah. Doa pada Allah, katakan kenapa kita tak mahu hamil pada waktu sekarang dan yang paling penting, andai Allah tetap mahu beri rezeki kehamilan pada saat ini katakan kita tetap akan redha dan bersyukur. Kerana kita yakin perancangan Allah itu adalah yang terbaik. 


Maka lesson learnt dekat sini. Jangan nak suka suka sangat cakap tak nak anak lagi. Kalau betul nak plan, biar bersandarkan kepada Allah. Bukan saja saja tak ada sebab kukuh dan budget moden naaa πŸ˜ͺ



SETIAP YANG BERLAKU BOLEH JADI TEGURAN DARI ALLAH UNTUK KITA


Satu hari tiera di pertemukan dengan seorang kakak di satu majlis hari raya (company suami kerja) . Beliau pun sama lah macam tiera, bukan staff situ tapi isteri kepada staff. Kami makan semeja. Beliau tanya pasal anak dan macam biasalah tiera dengan tenang je jawab yang bukan tak ada rezeki lagi, cuma kitorang memang plan tak nak ada anak setahun ni. Tahu tak apa kakak tu jawab?


"Selalu akak dengar orang cakap plan plan ni, biasa lepas tu memang tak dapat anak langsung.."

Fuh..hambek! dia tembak aku beb! #sakitnyatuhdisini πŸ˜‚ 


Balik tu mengadu kat najmi. Marah rasa. Tapi sebelum tidur tiera mula terfikir.. Macamana kalau betul apa kakak tu cakap? Mungkinkah aku di takdirkan untuk duduk sebelah kakak tu, untuk Allah tegur apa yang aku buat salah, melalui kakak tu? 😫




TERBIT NALURI KEIBUAN




Tahun kedua perkahwinan kami memang dah berpindah dari shah alam ke bangi. Rumah kami dekat je dengan kak ngah tiera, Kak Ainul. Selalu la datang rumah kak ngah. Infact pergi mana mana, memang selalu dengan kak ngah & anak anak beliau sebab selalu jugak kami keluar sama pergi shaklee lah, shopping dekat ioi mall lah, pos barang ke,  sambil melayan tentera-tentera kenit dia tu. hihi. Dan kalau kak ngah ada kelas kelas tertentu, beliau ada jugak hantar anaknya ke rumah tiera, tiera tolong jaga kejap. Pernah jaga maryam. Pernah jugak semua sekali ada sama. Tiera suka masak untuk dorang. Ammar Sumayyah suka betul mee goreng telur auntie πŸ˜‚ Dan bila dorang balik.. rasa rindu.. rasa sunyi 😒 



Lepas tu kan, tiera start suka tengok babies. Rasa comel sangat.. Dan satu persoalan yang selalu muncul dalam kepala tiera.. Macamana agaknya rasa sayang pada anak sendiri tu? kawan kawan selalu update status sedih nak pergi kerja sebab rindukan anak. Macamana agaknya perasaan merindukan anak sendiri? Ni memang tiera tak dapat bayangkan tau. Sama ke rasa macam kita rindu ibu kita masa duk asrama dulu? ke macam rasa rindu dengan suami kita bila berjauhan? 



Serioulsy I have no idea macamana perasaannya. Aktiviti tiera seharian di rumah tak pernah membosankan, sebab tersangat busy. Tak sempat nak bosan pon, buat kelas, update stock, update customer, collect database, update transaksi akaun bank bank setiap satu. call sana sini. Serious weh, tak sempat nak bosan pon. Yang sempat, lapar anytime, berhenti makan. Ngantuk, tidur kejap πŸ˜…  Nanti bangun sambung balik kerja. Rasa perlukan terapi bershopping, roger kak ngah keluar sat. Ni yang indahnya berkerja sendiri tapi... jeng jeng jeng.. dah mula rasa macam.. nak ada suara... kan best kalau penat kerja, stop main dengan baby kejap? Kan best kalau ada penghibur.. 



BERMULA SATU PERJUANGAN UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT


Tiera mula banyak berbincang hal ni dengan najmi. Bila kita nak ada anak, kita nak anak berapa orang, nak lelaki ke perempuan. Najmi macam respon yang, its the time lah untuk ada nak. Dia pon macam suka tengok kawan kawan dia update video anak anak dorang. Tiera tahu, sebab bila dia bukak fb, video yang dia suka play kalau bukan hal hal bola, mesti video budak kecik comel comel.


So banyak lah tiera start google dan baca baca apa antara tips untuk hamil ni. Kena pandai kira kitaran haid dan bila waktu kita subur atau ovulasi sedang berlaku.  Jadi boleh atur masa untuk bersama pada hari tersebut. Apa cabarannya? Kami dua dua busy. Dan najmi selalu tidur awal sebab terlalu letih. Lepas maghrib biasanya dah tertidur dah, solat isyak pon lambat kadang kadang dah tengah malam baru solat. Tiera tak sampai hati tengok, kesian mesti penat. Tambah pulak kadang kadang outstation drive ke terengganu, johor, perak. Penat ooo travel ni. Jadi ikhtiar pertama tiera.. usahakan bagi Najmi sihat, cergas dan kekal bertenaga! Dan bukan dia je, untuk tiera sekali!



Ye tiera bagi najmi minum vivix hari hari. Lepas tu alhamdulillah, memang dia nampak lebih fresh. No more tidur awal. dan selain vivix, tiera jugak bagi najmi minum performance drink orange shaklee tu. Alhamdulillah sangat membantu! 


MASIH  TIADA BERITA GEMBIRA 


Dari bulan januari hingga april 2015. Tiera sangat kecewa bila datang period, again and again. Bermaksud tiada berita gembira, usaha mendapatkan zuriat masih tidak berjaya. Kecewa, tersangat kecewa 😭 Punya lah nak sangat anak, sampai baru lewat period 2-3 hari pon dah buat upt (urine pregnancy test) . makanya, berlambak lambak lah upt tiera dengan hanya satu line.. sedih.. 



Ini yang sempat tiera simpan dan ambil gambar. Yang lain lain, selamat dah masuk tong sampah huhu..

Dan tiera rasa lah, mungkin kami ni kena pergi bercuti kot.. Biar minda ni betul betul free. Dan kita fokus la honeymoon kita ye. 


Bulan 5, birthday najmi. Kami ke Bali. Best, Bali sangat cantik dan terkenal dengan hotel yang di lengkapi dengan private simming pool dalam bilik. Boleh check out gambar gambar kami ke Bali di sini ya > Husband's 26th birthday in Bali

Video pon tiera ada update dekat youtube tiera kalau nak tengok. 
klik sini > Video Bali



Dan bila balik dari Bali.. again.. period.. menangis lagi.. 😒 Dan tiera mula ajar diri tiera untuk redha.. sabar.. banyakkan berdoa.. kali ni, ye, soalan soalan bila nak ada anak dah mula jadi satu soalan yang sangat sensitif untuk tiera.. 


Tapi kita ada pilihan sebenarnya. Nak pilih untuk berkecil hati, anggap orang tak faham atau pilih untuk anggap semua soalan tu adalah tanda orang concern kat kita, ambil berat atau cuba untuk bermesra dengan kita dan jadikan ia satu bahan perbualan. Tiera cuba anggap, setiap kali orang bertanya, itu peluang untuk tiera jawab "inshallah tak lama lagi ada kot...doakan ye" dan peluang untuk tiera berdoa jugak 😊






CADANGAN KAWAN KAWAN DAN AHLI KELUARGA 



Ini namanya buah zuriat. Kawan sekolah menengah tiera merangkap anak shaklee tiera bagi, asiah sahak. Katanya rebus, minum. Bagus untuk kesuburan lelaki dan perempuan dan sebagai ikhtiar untuk hamil katanya. Tapi sampai sekarang dok ada lagi, tak rebus rebus 😁 Ni gambar baru amik ni nak update blog punya pasal πŸ˜…


Next, kakngah dan suaminya abang dzuha belikan madu dan air zam zam. Juga untuk di amalkan sebagai ikhtiar untuk hamil. Madu dah selamat telan, air zam zam dok ada lagi, tak minum minum. Ni dah sah pregnant baru minum πŸ˜… Tak tahu lah malas ke apa. Tapi yang pasti, tak berusik usik air tu. Mungkin rasa sayang nak minum pon ye jugak, air zam zam kot. Rasa macam bila lah aku boleh p umrah ni (tak tahu yang kat malaysia pon dah ada orang jual kalau nak beli lagi hehe)



Dan kemudian, along tiera pulak call. Beri cadangan untuk jumpa doktor pakar dekat Hospital Pantai Melaka. Doktor tu lah yang check along dulu. Along pon 3 tahun jugak menunggu cahaya mata. sekarang berderet dah anak dia πŸ˜€



So lepas along cerita betapa bestnya doktor tu. Ok lah tiera decide nak pergi. Tapi masalah masa pulak. Sah sah la hanya sabtu atau ahad je baru boleh pergi, isnin sampai jumaat najmi kerja kan. So rancangan untuk berjumpa doktor pakar tersebut tertangguh tangguh sampai lah masuk tahun 2016. 


MULA DISIPLIN AMALKAN SET HAMIL SHAKLEE SHAKLEE TANPA GAGAL 

Malas nak scroll cari gambar lain. amik gambar ni je la hehe


Ini memang vitamin wajib kami suami isteri ambil. Vitamin paling basic yang memang badan kita perlukan. Sangat perlukan. Tiera mula disiplin sebab tiera fikir satu je, sebelum aku jumpa doktor pakar, baik aku cuba habis baik dulu ikhtiar ambil supplement shaklee secara konsisten, dan ikhtiar hal hal lain jugak lah. Jadual kesuburan, minum air banyak, bersenam dan sebagainya.



Baru puas hati tau nak jumpa doktor untuk check setelah memang dah usaha tapi tak berjaya. Bukannya usaha langsung tak ada, tapi terus p check doktor. Itu yang ada dalam kepala tiera waktu tu. 



Selain vitamin asas iaitu bcomplex, vitalea dan vitamin c. Kami suami isteri juga mengambil vivix, vitamin e. lecithin. Dan tak dilupakan ESP shaklee. Ini rutin harian kami. Oh satu lagi, alfalfa untuk buang toksin 😊


JOIN PROGRAM DETOKS SHAKLEE





Tiera dan suami memang redha dah dengan ketentuan Allah. Maksudnya, kami akan terus usaha tapi tidak terlalu mengharap. Doa kami pun berubah. Kalau dulu doa mintak Allah beri zuriat, kali ni kami mintak Allah tenangkan hati kami, jadikan kami hamba yang redha dan kami serahkan segala urusan dan ketentuan tentang anak ni kepada Allah sepenuhnya. Maksudnya, kami akur. Bila masa yang terbaik Allah nak bagi, kami akan tetap tunggu. 



So kami join program detoks. Program di mana kita perlu beli set detoks shaklee, kemudian ikot menu menu yang shaklee dah cadangkan hari pertama makan apa, hari kedua dan hari seterusnya. Tujuannya tak lain tak bukan, kami nak kurus dan sihat. Sebab detoks ni macam dia flush away semua toksin dalam badan kita.. maklumlah makan mana jaga sangat selama ni. fast food makan je kan.. kadang teringin nak makan kfc la, carls junior la. 


Bila toksin banyak, nak kurus susah. Nak dapat kulit bersih lawa sihat susah. vitamin vitamin nak bagi kesan pun mungkin ambil masa sebab banyaknya toksin dalam badan yang melambatkan proses penyerapan optimum. Tiera join, najmi pon join sama. 


Apa jadi masa tiera join program detoks? Tiba-tiba period jadi lambat! Eh kenapa? Dah malas dah nak harap pregnant huhu. I mean, takut kecewa lagi kot, tiera cuma cakap 



"Ya Allah andai aku mengandung alhamdulillah, tunjukkan aku.. andainya tidak, lindungi aku dari sebarang penyakit ya allah.."




Dan dalam whatsapp group detoks. Dapat tahu ada beberapa peserta detoks ter-mengandung lepas detoks. Eh yeke! Check check tanya tanya. betul lah! 



Master farihah ter-pregnant lepas detoks, master azrin cuba hamil selama 2 tahun pon, lepas detoks, pregnant! nadia, teman shaklee tiera jugak mengandung selepas detoks, yang mana beliau dekat 6 tahun berkahwin masih belum punya rezeki, tak sangka lepas detoks lekat! 




Jadi sebab cerita cerita ini lah.. tiba-tiba macam harapan tu subur kembali.. Rasa macam mungkin aku lambat period ni sebab..? mengandung jugak kot! Tiba-tiba sakit senggugut datang. Dah lama ok tak senggugut. Tapi lepas detoks. Merasa semula.. Dan akhirnya.. period jugak huhu.. Tapi perasaan ok sikit lah berbanding sebelum sebelum ni.. redha.. cuma tiera perasan, period kali ni darah hitam semacam. Tiera yakin, kesan program detoks. Dia buang habis darah kotor ni. 



Bulan mei 2016 tiera start detoks. Then stop kejap. Bulan ogos 2016 start lagi detoks. Badan rasa best. fresh. ringan. Alhamdulillah. 



SEKALI LAGI SENGGUGUT TERUK, PERIOD TAK DATANG DATANG


Masa ni, 1 november 2016. Busy settlekan urusan pindah rumah baru. October telah berlalu tanpa tiera didatangi period langsung. Tapi sakitnya tuhan je yang tahu. Tiera yang anda kenal begitu ceria ni, tiba-tiba bertukar jadi rimau kelaparan πŸ˜‚ Nak marah je rasa. Semua benda tak kena. Sebab sakit 😩. Betul kan, healthy people are always happy. Sekali sakit, tak happy dah, asyik nak marah je. 


Tiera ada update satu status fb.. boleh baca kat sini 



Dalam status tu tiera luahkan betapa rasa nak marah je, masa tu balik dari tengok rumah setia alam, singgah petronas solat dan masa solat.. perut tiera cramp dan rasa senggugut yang amat. Masuk je kereta, terus menangis. Menangis sebab tak tahan sakit.. Najmi usap kepala tiera, pegang tangan, dan pujuk ajak pergi klinik. Tapi tiera tak nak. Bukan apa, tak nak lah mengada sangat, senggugut je pun siap nak jumpa doktor. Masa tu dah dekat 2 minggu lambat period. Tiera LANGSUNG tak fikir mengandung ke apa. Tiera masih fikir, kesan detoks, dia nak buang toksin dan darah kotor. Cuma bila sakit sangat, tiera cakap kalau nak period, period je la cepat 😫. Dan tiera doa 

"Ya Allah, pertama kali aku rasa senggugut yang terlampau teruk. sakit ya allah, sakit sangat.. ringankan kesakitan aku, dan percepatkan period aku kerana aku tak tahan dah.."


MENAFIKAN KEHAMILAN. BUKAN TAK SUKA, TAPI RASA MUSTAHIL 



Sepanjang tempoh menunggu period datang kan. Air liur ni duk kecur je bayangkan kuah pindang ibu. Call ibu cakap teringin. Tiera ni memang kuat makan, so tiera tak rasa pun sesuatu yang luar biasa dengan keinginan ni. Rasa macam, kalau tiba-tiba teringat tu, memang lah teringin kan. Tapi ibu cakap.. 



"ibu rasa ko mengandung la tiera.. macam mengidam je ibu tengok.."


Tiera nafikan. Bukan buat buat tau. Tapi memang tak nak dah macam sebelum sebelum ni. Lambat period orang cakap tiera mengandung, pastu sudahnya.. period jugak huhu. So tiera cakap takde la ibu, orang kan memang kuat makan. Ibu pun tolong je la masakkan kuah pindang permintaan anak dia ni.. 



3 november 2016. tiera ikut kakngah tiera p gym. Kami berzumba bukan main. hehe masa tu lagi kak ngah dah terdetik dalam hati.. "tiera ni mengandung ni.." 


Then dia nak belikan pregnancy test. Tiera cakap lagi MUSTAHIL la kakngah orang pregnant. Orang tahu lah masa bulan lepas (october) orang dengan najmi busy sangat. Takde masa nak spend masa bersama pon huhu . Tapi rupanya kak ngah tetap yakin tiera pregnant, katanya, pernah dia period pon datang jugak. Tapi rupanya, pregnant kan ammar. 



Argh tak nak dengar dah.. mustahil mustahil. ni senggugut dan kesan detoks buat period mai lambat, bukan pregnant! 



3 hari lepas tu.. 6 november 2016.. Tiera rasa tak boleh jadi ni lambat betul ni period ni. aku kena check jugak. Pergi lah beli UPT tu. Beli dua pulak kali ni. Guess what, masa check tu, siap sambil tongkat dagu. πŸ˜‚ Takde mengharap apa apa, cuma tiera nak firm. Ini period je lambat ni, bukan pregnant. Kalau line satu, akan ku hantar pada group siblings dan katakan


 "nah kan dah cakap bukan pregnant!"  




Dan tiba-tiba jantung tiera berdegup kencang. kencang yang amat.. Tiera takut dengan apa yang tiera nampak, tak percaya punya pasal. kelam kabut bukak satu kotak lagi upt. Nak try satu lagi pulak. Tangan menggigil. Nak bukak kotak tu sampai terjatuh jatuh. Punya nervous! Kali kedua check, mashallah subhanallah. dua line! 


Meluru tiera turun tangga pergi bawah, dapatkan najmi sambil tunjukkan upt tu. Najmi macam tak percaya. soalan dia.. 

B...??


Tiera angguk kan kepala. Terus kami dua dua menangis dan kemudian berpelukan. Ya Allah aku takkan lupa detik gembira ni 😭 Ni tengah taip pon menitis air mata lagi.. Tiera tahu najmi nak sangat anak. Macam tu jugak tiera.. Saat kami mula redha.. mula betulkan semula doa kami yakni bukan kita mintak Allah bagi bila, tapi serah semua dan mintak Allah bagi di saat yang pada pengetahuan dan ilmu Allah, adalah masa yang terbaik untuk kami. Dan akhirnya Allah bagi jawapan.. sebak.. 😒


Entah kenapa orang pertama tiera call, kakngah , macam dia pulak ibu 😝 memang kitorang selalu cakap dia ni ibu kedua haha. Sebab apa yang dia buat untuk adik adik sejak kitorang sekolah, macam mak mak dah. dia yang bukakkan akaun bank simpanan kitorang, dia belikan buku latihan kitorang, pendek kata memang macam mak la! 😹

Then kakngah cakap

"haa aku dah kata dah ko tak percaya..kan anya cakap dah.. memang ko pregnant..masa pergi gym lagi anya dah agak dah" haha

Pastu tiera call ibu pulak. Ibu pon menangis kegembiraan.. Sebenarnya sebelum tu tiera kata nak bawak ibu pergi umrah, ibu pun cakap dekat Allah, 


"Ya Allah, terima kasih sebab gembirakan anak aku, dia dah gembirakan aku ya allah.."



sebak tau. menangis lah dua beranak ni dalam telefon. biarpun dalam telefon, tapi terasa tengah baring atas pangkuan ibu :')




Dan habis je cakap telefon tangan ni tak semena-mena mengupdate status dekat fb pulak.. yang mana lepas tu tiera rasa menyesal sebab terlalu awal nak ceritakan.. tapi dah terupdate nak buat macamana. Tak sangka pulak yang komen semua ucap tahniah πŸ˜‚ eh depa ni macam tahu tahu je. Mana ada aku sebut aku pregnant kat situ πŸ˜‹



Kalau anda nak tahu, rasa seperti sunggugut tu adalah di sebabkan rahim kita sedang membesar dan meregang, bersedia untuk menyiapkan tempat untuk bayi kita nanti. dan embrio (hasil persenyewaan sperma dan telur tu)  pulak dalam proses nak menempel dalam uterus kita dan membesar membentuk badan bayi yang kecik lagi comel hehe. Tiera bayangkan dia nak terbenam masuk dalam tu kan, logik lah sakit. Ingat kan senggugut selama ni dah cukup sakit, rupanya proses awak nak menempel boleh tahan lagi sakit ye sayang ibu..tapi takpe.. apa la sangat setakat sakit tu berbanding gembiranya hati ni dapat tahu kehadiran awak :)



Alhamdulillah. Begitulah kisahnya journey tiera, seorang TTC atau yang-sedang-berusaha-untuk-hamil selama hampir 3 tahun. Sekarang dah masuk trimester dua, mashallah cepatnya masa berlalu. Tak perasan pon! 


Pergi klinik terus lepas tu. Nak doktor sendiri sahkan. So doktor katakan dah 6 minggu alhamdulillah. πŸ˜ƒ.  Kena RM60. Consultation doktor = RM40. RM20 lagi asid folik which tak perlu amik pon patutnya sebab dah ada bcomplex shaklee. Tapi tiera ada cerita kan, kejadian kat klinik ni πŸ˜… panic aku jadinya cheit. Takpela tayah ingat lagi haha. 


Balik dari langkawi, appointment dengan doc intan di columbia asia 1 dec sebenarnya, tapi sebab takut dengan cerita kawan kawan pasal keguguran sebab lasak sangat, tiera tak sabar nak tahu keadaan baby. Maka pergi je redah ke hospital Az-zahrah check. Ambik kau RM264 kena charge πŸ˜…Alhamdulillah baby elok je heartbeat kelip kelip lagi , dah 8weeks dah usia anak ibu ni  :') Betullah. kena jaga mind setting. baby kuat. baby ok. kita pon dah usaha makan supplement. inshallah kuat! 


1 dec. Tarikhnya udah sampai! My appointment dengan doc yang sangat best iaitu doc intan. baby dah 9 minggu 6 hari. Dia tengok baba dia ada, dia lambai lambai tangan kali ni.. comel sangat! Video tiera ada upload di ig dan fb sebagai simpanan. Dan saat doc detect bunyi degupan jantung baby.. tiera dah tak tahan sebak.. 


Mengalir akhirnya air mata dengan laju.. Ya Allah.. Macam tak percaya.. dia yang aku rindu sebelum hadir lagi, sekarang dah ada dalam rahim ni.. tu nampak tak tiera, jantung berkelip, tu dengar tak bunyi degupan kecilnya.. allahuakbar.. keajaiban apakah ini ya allah 😒 nurse ambilkan tiera tisu. doc senyum dan faham apa perasaan tiera..  alhamdulillah, dah sampai ada degupan jantung maksudnya dah ditiupkan roh. Dah boleh dengar apa kita cakap.. tiera start banyakkan berbual dengan baby.. baby sangat suka bila ibu dia baca alquran, kan baby kan 😊. tau tak berapa kena bayar untuk check up haritu? RM82.55 je! Murah lah kiranya columbia asia ni hihi


Latest checkup. Syukur. baby dah ada tulang belakang. macam ikan bilis pulak tengok hihi. dan baby dah ada jari jugak.lengkap 5 jari. paling mengujakan, baby sangat aktif this time! Bukan main dia berolimpik acara renang kat dalam ye πŸ˜‚. Dia menyarap mula mula, lepas tu pusingkan badan macam mengeliat dan tukar position. Comelnya anak ibu ni eee geram! kali ni kena RM153.40 sebab ada ambik darah sekali. Still murah la kan. Alhamdulillah semuanya ok.. Next checkup lepas balik umrah nanti inshallah. 



sangka doktor, tiera ni bekas atlet tau! Sebab otot rahim tiera nampak sangat kuat! Alhamdulillah.. penangan minum ESP agaknya. Bagusnya bila otot kuat, nak pegang baby pun kuat lah kan. Dan doktor jugak sahkan tiera bebas cyst, fibroid dan sebagainya. Alhamdulillah pengambilan shaklee selama ni adalah sangat selamat, dan membantu tiera untuk dapatkan otot yang kuat! 


Morning sickness tiera? Hmm pada tiera biasa biasa je hehe. Tapi tak tahu lah sebenarnya normal atau teruk, atau tiera yang tak anggap ini teruk πŸ˜‚ muntah pon, takde keluar apa. sekadar uwekk uwekk, pastu sedawa. Takde keluar muntah apa pon sebenarnya.  angin je hehe



So itulah kisahnya. jadi sesiapa yang rasa nak start usaha sama macam tiera, bagitahu lah tiera tau. Tiera tolong. Tiera tahu macamana perasaannya rindu pada seseorang yang kita sendiri tak tahu bila kehadirannya.. rindu, rindu sangat-sangat 😒 Tapi percayalah. ini semua tanda kasih sayang Allah pada kita. Bahagian Allah, untuk tentukan. bahagian kita, usaha je. Jangan sekadar berdoa tau, tapi mesti di susuli dengan usaha dan ikhtiar. Allah suka kita jadi hamba yang berusaha dan tidak berputus asa 😊

Untuk vivix, alhamdulillah tengah promosi bulan ni. Untuk produk produk lain, takde promosi la tapi tiera tetap akan bagi special deal sempena tahun baru. ok? 


Inshallah 7hb ni tiera akan berangkat ke tanah suci kota mekkah untuk menunaikan umrah bersama suami, ibu ayah dan baby dalam ni. doakan kami dapat umrah yang maqbul dan mabrur ya dan sekiranya anda nak kirimkan doa. Boleh pm tiera. 

next entry tiera ceritakan usaha part lain pulak inshallah. dari segi amalan-amalan rohani dalam usaha untuk mendapatkan baby ni pulak ya, juga keajabaian yang terjadi. Rancang nak ke umrah doa mintak dikurniakan zuriat, tak sangka rupanya Allah bagi lebih awal dan baby berpeluang nak bertawaf sama sama ibu. 


Alhamdulillah. 
Tiada satu pun nikmat Allah yang boleh kita nafikan. tssk. 

Salam sayang
 dari tiera

Anything boleh whatsapp tiera ya 
019-4120913



Assalamualaikum . Like & share entry ini jika anda rasa bermanfaat atau mahu membantu rakan-rakan anda yang lain ya. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis :)







2 comments:

Unknown said...

assalamualikum tiera.. saya dh follow awak dr zaman awak sblm kawen lg.. tahniah saya tumpang gembira untuk awak.. mohon doa kn saya dan suami dapat ke tanah suci dan doakn supaya saya jga dikurniakan/diberi peuang untuk mempunyai cahaya mata mcm awak.. ni masuk 3 tahun dah kawin tp rezeki belum sampai.. ^^.. (maznie basman & azri tuah) inshallah apa yg awak tulis dalam entri ni saya akan apply dengan suami.. skrg ni baru ambik vit-c, bkomplex, vit-lea.. ada rezki saya add pula utk yg lain.. Semoga perjalanan awak sekeluarga ke tanah suci berjalan dengan lancar dan mendapat umrah yg mabrur..

Anisah Khalid said...

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Tahniah tiera & najmi.

Semoga selamat , dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki yg berkat.

Doakan kami juga di jemput ke haramain. Aamin
asyrafAnisah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...