Cuba rasa tapak tangan anda. Kasar tak? Saya percaya rata rata wanita khususnya yang dah kahwin, dah semakin banyak buat kerja rumah akan alami keadaan tapak tangan kasar. Sebenarnya banyak faktor boleh menyumbang kepada keadaan ini, bergantung kepada persekitaran kita, pemakanan kita, tahap kesihatan kita. Antara punca yang menyebabkan tangan kita kasar adalah :
1) Terlalu banyak bermain dengan air.
Ya, jangan ingat air tu tambah lembapkan kulit tau! Kalau minum air banyak, ya yang itu boleh menambah kelembapan kulit. Tapi kalau bermain dengan air, terus dengan kulit tangan.. Itulah yang perlu kita ambil tahu. Kulit kita mempunyai lapisan minyak semulajadi yang berfungsi sebagai pelembap kulit. Bila kita terlalu kerap membasuh tangan. Atau contohnya basuh pinggan selalu ke, atau apa saja aktiviti yang melibatkan air dan tapak tangan. Ini kerana air itu sendiri telah 'mencuri' kelembapan tangan.
2) Faktor Cuaca
Biasanya cuaca yang terlampau panas atau begitu sejuk akan membuatkan kulit kita bertambah kering. Yang cuaca sejuk ni kalau kita melancong ke negara yang tengah musim salji contohnya. Memang boleh hilang kelembapan pada tangan. Tapi kalau di malaysia pon, jika selalu duduk dalam bilik berhawa dingin, boleh kering jugak tau?
3) Bahan kimia dalam pencuci
Haa, yang ni memang kena ambil berat. Apa jenis pencuci yang kita guna di rumah? Tak kira lah pencuci pinggan mangkuk ke, pencuci lantai ke, pencuci baju ke.. Saya percaya ramai tidak menyedari bahan pencuci yang ada di rumah kita sebenarnya mengandungi bahan kimia yang sangat banyak dan merbahaya. Ini lah antara penyumbang terbesar yang menyebabkan tapak tangan kita menjadi kasar! Bahan kimia yang terdapat di dalam bahan pencuci merosakkan lapisan luar kulit, menghilangkan kelembapan, dan lebih teruk ia menyebabkan lapisan kelihatan seperti pecah pecah. Kulit kita di hakis bahan kimia, sedihnya!
4) Jenis sabun yang kita gunakan. Sabun mandi, sabun cuci tangan
Ya benar. Sabun boleh bantu hilangkan kotoran pada badan atau tapak tangan, dan membantu untuk membunuh bakteria. Malangnya, ia juga membawa pergi lapisan minyak yang ada di lapisan paling luar kulit kita, yang berfungsi melembapkan permukaan kulit.
Alamak, habis tu macamana nak buat ni? Takkan nak berhenti dari membuat kerja rumah? Tak kan tak boleh dah cuci tangan dengan sabun lepas ni? Sabar.. mari kita lihat apa solusi untuk masalah ini.
1) Pernah anda keringkan tangan hot-air dryers? Yang macam dalam gambar ni. Elakkan ya lepas ni. Ambil tisu dan lap tangan anda hingga kering lebih elok dari menggunakan alat pengering yang ini. Udaranya yang agak panas boleh membunuh kelembapan pada tapak tangan kita.
2) Gunakan glove, untuk household chores. Yes, yes, gunakan sarung tangan kalis air ketika melakukan kerja kerja rumah. Basuh pinggan ke, pegang batang mop untuk mencuci lantai ke, mencuci bilik air ke, berkebun ke. Guna lah sarung tangan sebagai pelindung.
3) Gunakan sabun yang mengandungi bahan bahan pelembap seperti badam, minyak zaitun dan vitamin e.
4) Sapu vitamin e dan gunakan sarung tangan ketika tidur
Kalau tangan anda betul betul dah teruk, kasar habis. Maka anda perlukan rawatan yang betul betul mengembalikan kelembapan tangan. Yes, damaged hands need serious moisturization! Deep treat overnight kata orang putih hihi.
5) Buang sel kulit mati
Sekali sekala boleh cuba ini ya. Ambil satu sudu gula, kemudian satu sudu olive oil. Sapukan pada seluruh tangan dan tapak tangan, kemudian gosokkan. Inshallah sel sel kulit mati yang lama mudah dibuang dan dibersihkan.
6) Gunakan pencuci pinggan mangkuk dan pencuci serbaguna yang bebas bahan kimia
Ya, bertukarlah kepada bahan pencuci yang bebas bahan kimia, mesra alam dan yang lembut pada tangan. Jangan ambil mudah lagi soal bahan kimia dalam bahan pencuci. Bukan saja merosakkan lapisan kulit, tetapi membahayakan kesihatan juga jika kita terhidu.
Saya sangat sangat sarankan anda menggunakan pencuci pinggan mangkuk jenama shaklee ni. Nak buka atau tutup pun mudah, tarik sahaja penutup ke atas. Alaa macam botol air nike tu ;) Ianya sangat sangat lembut pada tangan dan kepekatannya sangat membantu tugas tugas mencuci kita.
Manakala untuk mencuci lantai. Atau mencuci apa sahaja, lap dapur gas, lap perabot, bersihkan berus make up dan sebagainya. Cubalah basic H shaklee ini. Di perbuat daripada kelapa dan jagung, sangat pekat dan 100% semulajadi, bebas bahan kimia. Botol nya juga mesra alam, biodegradable bermaksud mudah di uraikan, tidak seperti plastik yang mana tertanam 100 tahun pon belum tentu terurai, menyebab kan pencemaran tanah yang dahsyad!
Shaklee sangat menekankan soal semulajadi, keselamatan untuk diri kita mahupun alam sekitar. Dahsyad kan sampai botolnya juga begitu mesra alam! |
masukkan kedalam botol spray ni, mudah sangat kerja, sangat berkuasa membersih pulak tu :) |
Akhir sekali, gunakan krim serbaguna yang bebas bahan kimia merbahaya dan berkuasa melembut kan tangan dan memperbaiki permukaan kulit tangan yang kasar. Saranan saya, guna lah multipurpose herba blend cream ini.
Gambar ini adalah sewaktu saya di The Gardens Hotel. Saya nak turun untuk mandi. Ke swimming pool maksud saya. Saya sapu dulu krim ini di tangan dan kaki saya. Kemudian selepas keluar dari kolam renang, bersihkan diri dan saya applykan sekali lagi. Krim yang harga nya murah dan mampu milik tapi punya kuasa melembut yang sungguh hebat! Saya dah mula bertukar kepada bahan bahan pencuci yang lebih selamat. Anda pula bagaimana? Sekiranya anda ingin mendapatkan set yang boleh melembutkan tangan ini, boleh hubungi saya, Whatsapp saya Athirah Tieramiessyou di nombor 019-4120913 atau terus hantarkan mesej ke fb saya, klik sini Athirah Tieramiessyou Berita baik, saya mahu hadiahkan anda sarung tangan yang cantik dan berkualiti ini! Di dalamnya ada satu lapisan cotton yang memelihara tangan anda dari bersentuhan terus dengan getah sarung tangan ini. Tapi untuk yang terawal sahaja ya. Sementara stok masih ada, okay? :) Salam sayang Athirah Tieramiessyou |
No comments:
Post a Comment