HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Gaya hidup saya lebih aktif sekarang! yeayyy!!!

Assalamualaikum dan hai!





Eh kenapa tajuk begitu? awat cheq, tiera ni dulu tak aktif ke lifestyle dia, pasif ke, lembik ke? 



Sebenarnya macam ni, korang pernah dengar tak, orang kata terlalu banyak masa lapang kadang-kadang bahaya, sebab kita tahu masa  ada banyak dan kesannya, kemungkinan besar untuk kita bertangguh, buat kerja lambat-lambat tu ADA.  Punca sesuatu kerja tak efficient, itu lah dia. 



Dan ada lagi satu perumpaan tiera pernah dengar, tapi bukan pasal masa, pasal duduk sendirian.. Orang yang duduk sendirian, dia punya bahaya sama macam bahayanya seekor kambing, yang bersendirian tanpa kawan-kawan yang mana besar potensi untuk di baham serigala, bila bila masa !


Kaitannya? Orang yang banyak masa lapang usually banyak masa di habiskan sendirian. Serigala tu tiera bayangkan umpama syaitan, bila kita sendirian, dan banyak sangat duduk berehat, syaitan mudah membisikkan kejahatan, menghembuskan kemalasan (betul ke kemalasan? haha) dan menghasut bermacam perkara lain yang tak baik dan takde manfaat. 



Kembli ke persoalan utama, tiera ni banyak masa ke kat rumah dan selalu sangat ke bersantai relax sokmo?




Tak la sangat tapi almost correct la tu !!!






Tiera tahu tiera ada banyak masa, so kadang-kadang spend too much time on smartphone, whatsapp & fb. Memang la still whatsapp untuk perkara bisness, layan anak-anak bisnes, agen-agen spa, customers, and then facebook.




Tapi tiera perasaan tiera jadi leka sampai start kemas rumah lambat, start masak lambat, detik hati ada kala > kejap kejap, reply yang ini.




Sebab tahu masa banyak. semua sempat buat. Hal hal lain seperti kira stok, update rekod dan segala documentation masih boleh dilakukan petang nanti, malam nanti. Begitu lah, bila kita tahu kita punya banyak masa. 





Alhamdulillah, sejak buat projek The Walking Beauty, tiera rasa lebih pantas tiera berkerja. Like takde masa nak stay depan laptop lama lama, tengok handphone memanjang sebab Tiera JELAS dengan masa tiera. 





Contoh semalam.. Jumaat.. ada 3 orang ahli baru #gangjutawanspa datang untuk bertraining. 



Kepala dah fikir masa tu. 


Bangun pagi dah iron kan baju suami. Siapkan baju untuk suami main futsal. Lepas tu masa untuk Allah kejap yassin, dengar tanya lah ustaz), then  mula berkerja 


> post di facebook adalah konsep perkerjaan  tiera. 
> whatsapp anak2 bisnes pun sama

Settlekan basuh baju, sidai baju,begitu begini, pukul 12 tengahari. 
Tiera kemas bilik spa (nak guna utk training), sapu, mop bilik, mop tangga )mop tangga penat! haha berpeluh-peluh basah baju, aktif sangat gaya hidup buat pantas-pantas sebab tahu masa tak banyak :p


Kemas satu rumah tingkat atas tingkat bawah secepat yang mungkin,  sebab nak masak lagi kan. Jumaat kot semalam, afdhal sedekah walau sebenarnya kena bu at hari-hari tapi hari jumaat, KENA KEJARKAN. So niatkan nak sedekah bagi makan kat tetamu harini. 

Agen spa pakej RM750 semalam, Nabila Aini :)



Pukul 3 petang agen spa tiera ni sampai, dalam pukul 5.30 macam tu , settle training, solat asar, makan. Beliau balik.  




Lepas tu dua lagi agen spa , baru habis office hour dah dalam perjalanan nak ke rumah. 



(tiera setuju nak bagi training petang during weekdays sb semalam suami futsal kan balik lambat kalau tak pagi dan tengahari sahaja sebab tak nak kacau masa dengan suami)


So bila mereka dah on the way, apa tiera kena buat? Mesti lah kemas bilik spa semula untuk next student , buang tisu, cotton bud, basuh bekas masker, scrub, tepuk-tepuk tempat baring, sediakan tuala bersih etc. 



Dan sebab mereka dua orang, means tiera kena bagi training 2 kali punya step facial, confirm sampai malam ni sebab nak bertukar-tukar model, then nak bagi explanation lagi strategi dapat dua income sebulan. 



Jadi ligat otak ni berfikir, kalau katakan training dah dua jam, solat sini lagi (mesti solat maghrib sini kan), makan apa semua. Mesti sampai sempat suami balik punya.. so maksudnya?



Kena masak siap-siap la supaya suami balik kang, nak makan, bukan baru nak masak!



Tengok mihun goreng tadi, alamak macam kena tambah ni. So dalam masa yang singkat, tiera goreng mihun lagi sikit, masak nasi, buat sambal udang dan goreng sayur. Wah pantas deh! 



macam tak percaya hahaha








Model tau tu jadi agen spa I jangan main-main hehe :p



So dengan ini tiera nak katakan.. ini gaya hidup yang aktif yeehuuu! Semua benda buat pantas hehe. Betul la, lagi banyak masa lapang, lagi la kita lemau. Jadi berbaloi busy dengan projek The Walking Beauty ni, ia sangat-sangat mengubah gaya hidup tiera jadi seorang yang pantas bergerak, pantas berfikir dan pantas membuat keputusan. 




By the way, busy busy pon, masa tu kita yang adjust. Bukan terikat. Boleh je kalau semalam tiera ambil nabila aini je untuk bagi training, yang kak linda dan kak huda (baru kenal ok sebab projek ni) amik la minggu depan ke. kan lebih relax. Tapi tiera nak gak settle harini dan tak nak lambat-lambat. So, takde masalah. 




Oh by the way, terjumpa post seseorang bernama syazween kat fb, 


Jiran sebelah mengadu maid indonesia dia lari smalam tinggal anak dia berumur 3 tahun sorang2 kat rumah. Maid dia cuma sms..

"puan saya tak tahan lagi. saya pulang dulu"


Maid tu gaji RM1200 jaga anak berumur 6 dan 3 tahun. Kerja dia cuma jaga anak.. and kemas rumah 
yang x besar mana. majikan dia tak kasi dia masak.. selalunya majikan akan masak sendiri before pergi 
kerja and lepas balik kerja. 

Maid tu lari sebab dia tak tahan katanya. PENAT!! 

Ni bukan nak kutuk maid indon tu. My point is .... saya respect surirumah yang terpaksa berhenti kerja
duduk rumah jaga anak and family.. pakai baju selekeh kejar anak.. sambil masak dan kemas rumah .

kerja dia 24/7. 

So sapa2 surirumah kat sini.. 

I am proud of U! 

kalau dah Maid yang diberi gaji pun lari sebab penat..

apatah lagi ibu2 yang xde gaji terpaksa sacrifice diri duduk rumah jaga anak.. memasak sambil 

memastikan keadaan rumah cantik dan bersih. 


Salute!






Setuju bab penat tu, memang penat gila weh. Lagi pulak tiera takde maid semua buat sendiri dengan rumah dua tingkat. 

Tapi percaya pada satu perkara, Allah dan nabi sayang wanita, kita sangat di hargai Allah, dan jika kita surirumah sekalipun , kita MAMPU  ada gaji kita sendiri, pendapatan lumayan, dan MAMPU cantik tak selekeh bila tahu caranya. 



Apa lagi, join The Walking Beauty Project la!



ahak ahak ahak. 


okay lah korang. 
sampai sini dulu. 
nak bersiap. 



Hari ni 3 wedding nak attend. esok nak bagi training pada agen spa melaka. Ni kejap lagi nak daftar kan lagi dua orang pakej RM450 utk #misipencarian20beauticians.




Doakan semua urusan dipermudahkan ye :)




thanks for reading.



Athirah
owner natural home & mobile spa
Tieramiessyou Beauty House

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...