HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kisah Inspirasi, Sultan


Harini tiera nak kongsi satu cerita best.. tak tahu la korang dah tengok belum, tapi siapa belum tengok seriously korang kena tengok.. 


Macam biasa la tiera suka kaitkan dengan kehidupan kita, pada tiera selagi mana sesuatu cerita tu ada nilai dan pengajaran, selagi tu kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita, syaratnya, kita kena latih otak kita untuk berfikir..



ok ini Sultan. Yes salman Khan dalam cerita ini memegang watak seorang lelaki bernama Sultan. Sultan ni anak petani, banyak main, hidup tak ada impian tak ada halatuju.. lalui je kehidupan setiap hari just for fun.. walhal dah agak berusia. Sebelah tu pulak Aarfa, seorang ahli gusti, anak kepada ketua kelab gusti, Barkat. Dia pandai, fasih pulak berbahasa inggeris, pemenang gusti peringkat negeri. Ada wawasan, impian dan cita-cita. Impian Aarfa dan ayahnya adalah untuk memenangi pingat emas di sukan olimpik. 




Perkenalan bermula

Satu hari Sultan tengah berkejar-kejaran dengan kawan-kawan nak kejar layang-layang (game kesukaan budak2 kampung ni) dia terlanggar motor Aarfa. Aarfa marah dia macam gengster 😂 tapi sultan sangat jatuh cinta.


Sentap bila di hina 

Sultan usaha macam-macam cara untuk kenal aarfa, kawan dengan aarfa. Bila dah berjaya jadi kawan, satu hari aarfa dapat tahu Sultan beritahu kawan-kawan yang Aarfa ni girlfriend dia. Aarfa marah dan keluarkan kata-kata kesat sampai Sultan SENTAP dan matanya berkolam (air mata)


"Saya seorang kawan, itu sahaja. You know what? You won't understand me. Saya silap, saya tak patut berkawan dengan orang tak berpelajaran macam awak. Awak ingat awak apa yang saya akan jatuh cinta dengan awak? Look at you, and look at me. Apa persamaan kita? Saya pemenang tahap negeri. Saya ada impian dan tujuan dalam hidup. Awak ni apa? Badut yang hiburkan orang dengan perkara remeh. Tahu dengan siapa awak nak jatuh cinta? Seseorang yang boleh awak hormati. seorang yang ada keistimewaan yang awak tak ada. Awak ada tujuan hidup? Awak ada cita-cita? Nak pikat gadis konon.." 



Kerja keras dan lakukan perubahan, dunia akan menghormati kita 


Part ni tiera suka jugak.. Bagaimana seorang ayah memberi kata kata semangat pada anaknya.. bagaimana kasih dan prihatinnya seorang ayah kepada anaknya..tiera suka sangat kata-kata ayah sultan. 

Malam tu lepas Aarfa hina sultan, sultan balik dengan hati yang sangat sedih. Ayahnya dapat rasa sesuatu tengok raut wajah anaknya. Esok dan esok lagi, ayah sultan makin rasakan sesuatu. Ada sesuatu yang sangat menggangu fikiran anaknya. Akhirnya ayah sultan datang bertanya pada sultan. 


"Ini pasal perempuan kan? Jangan jadikan ini alasan untuk kau cuba arak dan dadah pulak. Dan jangan jugak cuba untuk bunuh diri.."


"Saya bukan budak kecik ayah..Dia hina saya.."


"Dengar sini Sultan.. ada wanita di sebalik kejayaan seorang lelaki..ada wanita di sebalik kegagalan setiap lelaki juga..tapi tak ada sesiapa yang akan bersama lelaki yang gagal..kadang kala penting kalau di hina untuk mendapat penghormatan..kau kena berubah sultan..kau kena berkerja keras, dunia akan menghormati kau.."



Terima kasih kerana menghina saya



Dan lepas tu, banyak la scenes macamana sultan berusaha untuk jadi penggusti yang hebat. I loike, sebab tiera teringat saat tiera juga pernah di hina.. lepas konvo tak sambung LLB, tak kerja, buat shaklee.. ada pulak yang banding-banding kan tiera dengan orang lain.. sakitnya tuh di sini tau 💔. Tapi kalau bukan sebab kata kata hinaan tu, tiera takkan sampai ke tahap ini. Justeru itu, tiera tetap berterima kasih 😊 Kerana sentap di hina lah tiera buat shaklee sungguh sungguh. Kalau tak, sambil lewa jugak. Yelah, selesa kan. Duduk rumah, makan minum ibu ayah tanggung lagi. belum kahwin. komitmen takde sangat. Sekali sentap kena hina, baru tahu sakit dia macamana. 



Sultan akhirnya menang pertandingan gusti peringkat negeri. Dan waktu tu lah, Aarfa datang ucap tahniah dan mintak maaf pada Sultan. Sultan cakap 


"maaf untuk apa? tengok la sekeliling awak (orang yang bersorak untuk kemenangan sultan) Harini Sultan adalah Sultan, di sebabkan awak.." ehehehe  kira Sultan berterima kasih lah sebab buat Sultan sedar betapa hidup ini perlu ada wawasan. perlu ada impian cita cita dan halatuju. 


Dan akhirnya mereka berkahwin.. 



Amacam best tak? Best.. Tapi yang lagi best.. cerita ni bukan setakat ni.. ada panjang lagi.. dan banyak lagi pengajaran yang tersurat tersirat dalam cerita ni.. 


Mereka berkahwin.
Menang pingat emas demi pingat emas dalam bermacam sukan peringkat  antarabangsa. Commonwealth, Asian games, United World Wrestling dan sebagainya. 



Harga sebuah pengorbanan 


Hingga mereka berdua layak untuk ke sukan olimpik. Kan cita cita mereka nak dapatkan pingat emas untuk sukan olimpik kan? Tapi di waktu itu, Aarfa di sahkan mengandung.. Ayah Aarfa sangat marah sebab tak berhati-hati sampai boleh mengandung. Tapi kata Aarfa, dia dah pun menang pingat emas..  Sultan & anak yang di kandungkan adalah pingat emas buat Aarfa. awhh so sweet 😍 Jadi Sultan seorang la yang akan mewakili untuk ke London Olympics nanti. 



Ada garisan halus antara kebanggaan dan keangkuhan


Sultan semakin terkenal. Jadi duta produk sana sini. menang bermacam acara lagi. Tapi sayang, dia mula angkuh. Ayah dan isterinya mula rasakan tu. Sampailah isterinya Aarfa mula bersuara.. 


"Bagus untuk ada impian.. jangan kerana nak di hormati, dalam tak sedar kita menuju jalan keangkuhan.." 

Dan Aarfa mintak supaya Sultan tak pergi sukan olimpik tu. Mintak Sultan korbankan impian demi keluarga. tapi sultan pergi jugak.. 


apa jadi lepas tu? di waktu sultan meraikan kejayaannya di london, anaknya yang dilahirkan Aarfa, Aaman. berjuang hingga 18 jam kerana tak cukup darah.. Dan darahnya adalah  O-negatif, sama seperti ayahnya sultan. Darah yang sangat unik dan susah nak cari. Dan akhirnya Aaman pergi buat selamanya 😭 Kalau lah sultan tak pergi sukan olimpik, dah tentu sultan boleh berikan darahnya buat aaman kan? 


Dan mereka berpisah.. berpisah tanpa bercerai. Aarfa taknak dah tengok muka sultan. Sultan pon bawak diri. Tinggalkan semua kejayaan dan dunia gustinya. Menjadi seorang yang sedih, sugul dan badannya tidak lagi fit seperti dulu.. 



Tebus semula kesalahan 

Sultan terus buat keputusan untuk tubuhkan satu "Blood Bank" untuk kampung tu. Cukuplah Aaman anaknya mati sebab tak cukup darah, dia tak nak ada anak orang lain alami nasib yang sama. Tapi untuk tubuhkan blood bank tu, dia perlukan dana yang banyak. mana nak dapat! Bermacam cara sultan usahakan bertahun tahun hingga ada seorang lelaki datang mencari bekas juara olimpik tu untuk memberi tawaran menjadi ahli tinju. Jika sultan boleh memenangai acara tersebut, 1 juta akan menjadi milik sultan! Awalnya sultan tak nak, tapi sebab kenangkan misi menubuhkan tabung darah untuk orang kampung demi menebus semula kesalahannya.. sultan setuju. Dan kat sini lah bermulanya bagaimana Sultan BINA SEMULA DIRINYA. 



dan endingnya.. hehe korang p lah tengok sendiri ok.. serius best gila.. pada tiera cerita ni cukup beri inspirasi untuk kita.. 


Ingat, kita tak boleh di kalahkan oleh sesiapa walaupaun keadaan, melainkan kita pilih untuk menyerah kalah. Contoh buat shaklee ni, tiera faham ramai hadapi bermacam kesukaran, dugaan dan cabaran. Tapi adakah kita pilih untuk berjuang cari jalan bagi dapat buat habis baik jugak atau menyerah kalah dengan mengatakan aku tak boleh buat? terus beri alasan? 



Lawan kita paling teruk, paling susah nak kalahkan adalah diri kita.. Berjuanglah habis habisan.. Untuk lawan segala alasan, sifat malas dalam diri kita , emosi tak stabil dan sebagainya.. 


so ok lah itu saja.. hingga berjumpa lagi. Bye! 


xoxo,
athirah tieramiessyou



Kurus Cantik Dengan Shaklee

percayakah kau bahawa satu ketika dulu beratku hanya 45kg? 😂



maaflah terpaksa tutup gambar kawan kat sebelah, aurat 😬 oklah tak nak tipu, sebenarnya, truth be told berat tiera sekarang adalah 70kg 😑 berat selepas melahirkan Nur Aleesha Irdina. Masa mengandungkan dia 76kg 😂


Tiera target nak kuruskan  badan semula.. tidak lah sampai 45kg zaman anak dara dulu.. atleast dapat 55kg pon dah bersyukur sangat sangat dah hehe..so total weight loss yang kita targetkan sekarang adalah 15kg... 


#MampukahAkuKurus ? 


Tiera pernah berjaya kurus dengan shaklee.. so kalau dulu pernah, sekarang? Why not? kan? 


kalau tak percaya, haa klik sini 👉Berjaya Kurus Yeayy


Cuma bezanya dulu belum ada anak. Tiera akan cuba cara kurus yang sesuai untuk ibu menyusu.. doakanlah tiera berjaya ok! hehe



Ok untuk cadangan set kurus shaklee, tiera suka suggest atau cadangkan kepada anda begini sekiranya anda nak cuba. Ni mengikut pengalaman tiera tau.. dan berdasarkan apa yang tiera study dari ebook tentang kurus gemuk dan melalui beberapa pembacaan tiera yang lain. 



1) untuk yang lebih kepada mahukan inch loss. Maksudnya yang penting pakai baju nampak lebih longgar dan pakai lebih selesa. Boleh cuba buang lebihan air dari badan. Macamana? 

tambahan yang takde dalam gambar  >>  ostematrix 




2) Untuk yang memang berat badan berlebihan, lemak tepu banyak,  selulit sana sini. selera makan pon seperti gergasi 😅, anda perlukan sesuatu yang boleh buat fikiran anda waras, nafsu lebih terkawal dan rasa kenyang lama. cuba gabungan di bawah ni, tadaaa!! 



PERTAMA : PROTEIN

Protein sangat penting dalam misi kurus anda ni. So untuk protein terbaik, try lah protein shaklee 😘 Korang boleh pilih nak Cinch yang ada 3 perisa ni atau ESP. ok?
KEDUA : MINYAK IKAN ATAU LECITHIN

Suka tiera nak ingatkan kalau anda amik salah satu ni di susuli dengan sedikit senaman, memang best la kesan dia. 

KETIGA : ALFALFA ATAU HERBLAX

kasi buang balik la. dua dua ni herba. tinggi fiber so tarik air dari dalam badan, memudahkan proses pelawasan, buang laju je dengan syarat minum banyak la. Dia tarik air ni, kalau air kurang, memang keras la 💩 korang hehe so minum banyak naa. wei kalau tak makan benda ni pon kena minum air banyak , so jangan la hanya sebab nak makan benda ni baru nak minum banyak. minum, minum air kosong byk2. 


Additional, kalau tanya tiera, tiera suka untuk sihat menyeluruh. Maksudnya, untuk kurus biarlah tidak sampai melupakan keperluan asas tubuh kita. Bila keperluan asas badan kita dapat cukup, inshallah kita lebih bertenaga, sistem dalaman badan kita lebih cekap dan  kita dapat banyak manfaat lain. Untuk itu, boleh la lengkapkan jadual harian anda dengan pengambilan vitamin asas secara konsisten iaitu vitamin b,c,dan vitalea. Murah je 3 ni. Siap boleh tahan 4-6 bulan uols!






Tiera bermula dengan shaklee.. dengan set apa tau.. haah set asas ni la.. lepas tu baru start try set kurus.. lepas tu baru perasan.. 



eh aku dapat all in one! ehehehe



Bertenaga, lebih sihat, lebih kurus dan lebih cantik berbanding dulu 😛 





Tak percaya?


Zaman belajar zaman muda mudi tak amik apa apa. Dah makin bertambah usia, makan shaklee seperti ku cerita di atas. Jadi macam ni.. alamak, takutnya,, takut jadi putih dan lawa sangat pulak macamana 😆

haha alaa gurau je la. gurau sikit pon tak boleh.. 😏

Atas sebab ni lah, tiera sentiasa yakin dan positif yang tiera mampu kurus dan cantik dengan shaklee walau sekarang daku 70kg 😌



korang macamana pulak? ok lah sekian dulu update dari tiera.. esok jumpa lagi! 



kepada sesiapa yang suka make up, kalau nak make up tu cantik pastikan base kulit memang bersih dan licin. tiera ni kan setiap kali ada MUA makeupkan semua kata

"sukalah make up tiera senang je sebab kulit dah memang bersih.."


Bukan tiera cakap tau, MUA yang cakap 🙈


Maka yakinlah.


Kita boleh kurus cantik dengan shaklee.



sekian. Bye!




Athirah Tieramiessyou
pengguna setia shaklee dan pengedar shaklee anda
019-4120913




Review Set Berpantang Shaklee






Alhamdulillah finally yeayy dapat share pengalaman sendiri untuk set pantang shaklee. Selama ni asyik baca orang lain punya pengalaman je. now, sendiri punya, here we go! 



Syukur doa dimakbulkan, tiera dapat bersalin secara normal, cuma..   tiera alami pendarahan, masuk lah ICU dua hari. Sementara tu jap, untuk pengalaman melalui tempoh kehamilan yang indah bersama set hamil shaklee boleh  baca di sini ya 



Ok sambung.. tiera tak jangka pon tiera akan alami pendarahan teruk macam ni. Jadi takde pulak prepare google baca baca kes pendarahan selepas bersalin. Kisahnya, dalam perjalanan nak ke hospital, tiera mintak najmi singgah toilet RnR bukit raja. Ingat nak buang air besar. Jadi tiera teran kat situ.. padahal tu tanda baby nak keluar! Maka ada pembuluh darah pecah. 


Masa bersalin, kita perlukan tenaga yang sangat banyak untuk push baby keluar. Serious kalau takde tenaga, tak tahu lah macamana nak teran. Masa tu najmi minumkan tiera ESP + air PD. Alhamdulillah 2-3 kali teran keluar dah baby. Terus di letakkan baby atas dada tiera, skin to skin.. moment yang sangat indah 😊


Lepas tu lah.. tiera rasa darah keluar laju macam air terjun. Dan tiera mula lemah. sejuk. menggigil. 😭



Lepas settle doktor habiskan keluar uri, jahit episotomi apa semua, tiera di bawa ke bilik ICU. Bersalin 2.10 pagi, tersedar semula lebih kurang 7 pagi. Masa tu emosi tiera sangat terganggu! Sebab keindahan bersalin lari sikit dari apa yang tiera bayangkan. Rasa macam "kenapa bersalin sepenat ini? Ya Allah aku rasa penat.. penat sangat sangat" 


Penat yang di sebabkan hilang banyak darah sebenarnya. Lemah perkataan yang lebih tepat.  Tiera yakin kalau tak berlaku tumpah darah, mungkin tak selemah ini. 



Pagi tu kakak kakak tiera call bagi semangat suruh positif, najmi pon bagi kata kata semangat, ibu pon. Alhamdulillah perasaan mula terkawal. emosi sedikit stabil. Cuba senyum dan cium anak walau payah nak bergerak dengan tiub kencing terpasang (sakit 😫) 


Lepas tu sarapan pagi. Makan set pantang shaklee. Yang mana salah satu vitamin di dalamnya adalah vitamin bcomplex. 



Amazing mashallah, emosi tiera sangat sangat stabil lepas tu! Rasa tenang dan lebih cool. Bagaimana bcomplex membantu? Sebab vitamin b meransang serotonin dan neurotransmitter yang lain. jadi dia buat diri kita jadi lebih tenang dan inshallah mudah untuk rasa happy dan bebas stress. Ingat Allah banyak banyak jugak jangan lupa. Zikir, zikir.. 



Kemudian hilang banyak darah ni kesan dia HB kita jadi low sangat sangat, maka dalam set pantang ni kan ada vitalea. Zat besi yang sangat membantu tiera untuk dapat bacaan HB yang cantik sepanjang hamil. Maka lepas bersalin, pulun la daku makan. Alhamdulillah naik HB dr 6 ke 7.6 macam tu dalam masa 2 hari. Vitalea jugak sangat bantu buat tiera lebih bertenaga untuk bangun dan susukan baby, walau dalam keadaan yang amat sukar. 


Next is vitamin c, best sebab tiera dapat rasa luka jahitan bawah cepat kering dan jahitan terbukak finally oyeahh... gandingan vitamin c dan ESP sememangnya superb dalam memperbaiki sel kulit kita dan mempercepatkan luka bersalin. 


Last but not least. Alfalfa. Untuk kecutkan rahim dan juga banyakkan susu badan.. Alhamdulillah, mampu beri susu badan scukupnya buat aleesha irdina. 


Lepas 2 hari dalam ICU, doktor nampak progress tiera bertambah baik.. maka dah boleh keluar ICU dan masuk wad biasa.. muka tiera masih pucat (kesan hilang banyak darah) tapi alhamdulillah dah ada tenaga dan mampu tersenyum gembira :)





so itulah review set berpantang shaklee dari tiera. tiera sangat suka dan happy! untuk pengalaman ini, tiera sangat appreaciate dan tiera memang galakkan sangat sangat korang cuba lah set berpantang shaklee.. 



Yang mana sedang menunggu masa nak bersalin tu, prepare ok? Boleh cari tiera jugak kalau nak dapatkan set pantang ni dari tiera.. 



ok lah nak serve baby pulak.. hehe masa untuk mandikan dia.. dan omaknya pulak nak bertungku n berbengkung! Berpantang sendiri je hehe


Salam sayang 
Athirah Tieramiessyou
019-4120913




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...