Alhamdulillah lega! Benda yang paling mendebarkan akhirnya selesai, yelah, mana tak debar, sekali apply bukan puluh puluh ringgit, beratus! kalau permohonan visa tak lepas, memang menangis lah duit burn dan kena apply semula. Keluar duit lagi.
KENAPA PERGI US?
Saya ke United States adalah kerana saya telah mendapat percutian percuma 100% tajaan company yang saya buat bisnes ni. Iaitu Shaklee :)
Semua di tanggung , dari flight, hotel, makan, kecuali
passport dan visa, kos masing masing lah ye. Untuk dapat
percutian percuma ni, buat je lah bisnes hingga berjaya. dan
dengar kata mentor. Saya dah berjaya dapat ni, boleh lah jadi
mentor korang pulak kalau korang nak ye 😉
VISA TU APA? KENAPA KENA MOHON VISA?
Visa ni adalah satu dokumen PENTING di keluarkan oleh kedutaan sesebuah negara sebagai tanda di beri keizinan untuk kita (orang luar ni) masuk negara tersebut dalam sesuatu tempoh masa tertentu, atas tujuan tertentu. Mereka akan tampal dalam passport kita nanti. Bila nak bercuti ni, google lah banyak banyak info k samada negara kita nak pergi tu bebas visa atau tidak.
MACAMANA NAK APPLY VISA UNTUK KE US?
2) Buat bayaran untuk visa fee. Bayaran untuk visa US ni ada bank khas yang di lantik. Dulu masa kakak saya pergi tahun 2014, appointed bank waktu itu Standard Chartered. Kawan fb saya pulak share tahun 2008 dia pergi, bayaran perlu di Alliance Bank.
This time saya pergi, Ambank pulak. Bayaran pun lain , bergantung pada currency fluctuation.
kakak saya pergi tahun 2014 > RM512.
Saya kena RM672 seorang. So sebab nak pergi dengan suami. kena lah RM672 x 2 = RM1344.
Tapi ingat ya, tak boleh bayar sekali. 1 permohonan, 1 resit bayaran. Tak boleh share.
|
Masa pergi bank ni, print siap siap dan bawa bersama
Us Visa Application Deposit Slip. Download dari website US Embassy yang saya attach tadi. Receipt simpan elok elok, penting nak tengok unique ID untuk proses seterusnya. |
3) Ambil gambar. Ha ni korang kena betul betul lah ye. Bagi perempuan dan bertudung, tudung yang di pakai mesti tarik ke belakang habis. Tak boleh nampak bayang tudung langsung. Dulu takde lah macam ni, sekarang je rules baru ni kriteria gambar harus begini.
Gambar saya tak di terima. Sebab tudung ke depan. 😅 Tak semua kot orang kedai gambar tahu, ni saya amik dua kali di dua kedai gambar berbeza. Kedai kali pertama (gambar kiri) walau dah cakap untuk visa US, dia tak tegur pun tudung saya ke depan. Saya pun ingat ok dah. Kedai kedua yang saya pergi saya nampak dia lebih tahu dan sentiasa update peraturan-peraturan baru. Dia yang mintak saya kebelakangkan habis habisan tudung saya.
|
pipi bengkak, tak payah tengok 😆 pastikan mintak soft copy juga ya sebab isi online pun kena upload nanti. |
Bila gambar tak di terima, kena lah amik gambar baru. bukan kat situ tau. embassy tu bukan UTC hehe.
|
Ni pihak US embassy bagi. nampak tu, "you do not need another interview" so memang semata settlekan gambar sahaja. Amik gambar baharu, serahkan di kaunter Aramex di PJ. Situ saja ye bukan tempat lain. |
|
ni kejadian lepas interview. ok proceed baca, korang tu baru tiba part amik gambar tau, belum part interview lagi |
4) Bila dah settle amik gambar yang betul mengikut yang pihak US embassy mahu, boleh la proceed untuk isi form secara online. Isi lah borang DS-160. klik sini
Setiap orang nak pergi, borang asing asing ya. isteri satu, suami satu. Korang tahu setiap sorang punya borang amik masa nak siap isi berapa jam? Approx 4 jam seorang 😅 Sangat sangat banyak dan renyah huhu. Dan banyak jugak documents korang kena prepare ya. Nasib baik la shaklee ni banyak bantu, mereka panggil kita untuk briefing tentang visa us dan bagi guide sedetail ini.
5) Settle je, boleh start untuk schedule appointment untuk VISA interview. ada quota ya setiap hari.
Lokasi nya adalah di
376 Jalan Tun Razak,
Taman U Thant,
50400 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
tel : 603-21685000
Sila bawa documents lengkap
- Interview appointment confirmation letter
- DS-160 confirmation page
- Ambank fee receipt
- Passport, bawak sekali lama lama dulu dulu punya passport. Kadang dorang nak tengok negara mana lagi kita pernah p.
- Gambar
- Bank statement & slip gaji paling latest 3 bulan. Mereka nak tengok kita ni kat malaysia kerja ke tak, kalau tak, mereka boleh suspek kita nak ke sana cari kerja senyap2 contohnya. Macam saya buat shaklee, bonus statement shaklee tu lah. My husband, payslip kerja dia lah.
- Declare income tax
- EPF statement
- IC kita
- company letter dari shaklee mengatakan kami akan ke sana untuk apa, dan all the hotel & flight information.
- Surat dari appointed travel agent shaklee emailkan siap siap dah untuk kami print out thank you shaklee!
- sijil nikah bagi yang dah berkahwin dan sijil beranak ye tuan tuan dan puan puan.
|
tak perlu bawak bukan bukan. yang mana penting sahaja lah. handphone dah tentu penting. Tapi nanti mereka akan simpankan. Vlogger sekalian, lupakan hasrat nak rekod video untuk buat full vlog prosedur dari luar sampai dalam embassy ye hehe
tak payah jugak bawak bag pack ke, handbag ke, sebab tak boleh bawak dalam dan tidak jugak mereka akan simpankan. saya bawak handphone, ic , dokumen dan passport sahaja. masuk poket. jadi pakai lah baju berpoket |
|
masa saya dan suami menunggu. fyi, kami pilih masa interview pukul 8.45, memang kena datang awal. iaitu 15 min awal TAPI tak boleh jugak terlalu awal. kami datang 8.15, dia suruh kami pergi dulu sarapan ke apa, tak boleh tunggu di situ. |
Masa menunggu kat luar ni, mereka akan panggil ikut masa kita interview. Dah panggil, line up, serahkan ic then beratur semula. ic kita dorang akan pegang, dan kita akan di beri kad visitor.
Tunggu sorang sorang masuk untuk scan. ala ala kat airport. scan barang masuk bakul kecil berserta badan kita pun kena scan. kami suami isteri di benarkan masuk sekali. lalui proses scan sekali.
Mereka akan ambil handphone, kunci kereta. jam dan tali pinggang ingatkan kena buka, tapi mereka kata tah payah so ok lah. selesai.
masuk dalam...
|
ihsan gambar google. dah takda hp di tangan macamana nak ambil gambar hehe. naik lah tangga ni. masuk dalam, pergi ke non immigrant visa. ada security yang akan guide |
ok nak tahu tak kat dalam macamana? Dia kaunter banyak banyak macam kat bank je, cuma, ada cermin memisahkan kita dengan mereka di dalam. Siap ada mic, saya dah fikir tebal mana cermin ni. mungkin sama macam cermin kat penjara time pelawat datang, kena guna telefon kan baru dengar. ok saya google, ada lah beberapa gambar seakan akan. begini lah keadaannya lebih kurang.
|
jari saya tunjuk tu, nak bagitahu saya pergi ritu ada partition macam ni lah tapi kaca. bukan dinding macam ni. dan takde lah beratur rapat macam ni. ada space antara ruang interview kt kaunter dengan ruang berdiri beratur menunggu. takdelah space besar mana tapi yang logiknya orang belakang tak boleh dengar lah sesi interview kita terlampau jelas. haa gitu. |
|
haaa yes macam ni kita berdiri. dan di interview. kami suami isteri di interview sekali bersama sama. soalan yang kami dapat simple je |
- Buat apa nak p US
- berapa hari
- suami kerja apa isteri kerja apa
- kat sana nti p mana? San Fransisco & Las Vegas
khalas! itu sahaja. kami interview last week 13 jun 2019, harini 17 jun passport beserta visa dah pun selamat di pos ke alamat rumah kami.
selesai. suami saya punya la. saya punya belum sampai huhu. sebenarnya pasal gambar tu je la. so jadi lah lambat sikit. apepun syukur segalanya di permudah dan approved. Ada master saya bagitahu, beliau pernah visa tak approve sebab tertinggal bank statement. Jadi pihak embassy US sangka beliau nak migrate dan menetap di sana sebab siap bawak mertua masa tu. Imagine the whole family punya visa rejected, kena buat lagi bayaran baru dokek RM3K! huhu Strict memang strict jadi pastikan lah betul betul semua dokumen lengkap ya. Tapi nanti mereka tak ambik pun, kita bawak pulang semula jugak 😄
by the way, inshallah nanti kami akan ke semua tempat ni. Ni itinerary kami
excited sangat dapat tahu antara hotel yang akan kami check in secara percuma (semua shaklee bayar) adalah nikko hotel. cuba cuba tengok harga satu malam.. huhu terharu. kalau pergi sendiri pun tak nak check in yang harga gini satu malam 😂
All praises to god. Thanks Allah. Bersyukur finally dapat jua merasa trip mewah tajaan shaklee ke US. 2 tiket pulak tu!
gembira, cuma sedikit sedih..
selepas ni.. saya dah tak dapat doa dari seorang ayah :')
sebab ayah saya dah pergi menghadap ilahi lebih kurang seminggu yang lalu .
saban hari saya menangis, tapi harini saya pilih untuk bangkit. kalau saya sayangkan ayah, saya mesti teruskan kehidupan saya dan jaga baik baik ibu saya, insan yang amat ayah saya sayangkan. inshallah, akan terus berkerja kuat kuat supaya dapat membahagiakan satu lagi keramat hidup yang ada ni :)
So ok laha sampai sini sahaja, thanks for reading dan semoga sedikit sebanyak membantu!
Alfatihah buat ayahanda tercinta
Ab Razak B Talib
13/12/1956 - 07/6/2019