HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Happy 5th-Anniversary





Ulangtahun perkahwinan yang ke-5 tahun


Tiera suka meraikan ulangtahun perkahwinan, sebab waktu ni lah biasanya, kita akan tunjuk penghargaan pada pasangan, dan waktu ni lah kita akan muhasabah.. bertukar cerita, pendapat dengan pasangan. check balik.. sejauh ini hubungan kita, rumahtangga kita. Apa yang kita dah belajar? Apa yang kita kurang? kat mana kena improve? dan apa lagi usaha baru kita kena buat demi mencapai bahagia, dan rumahtangga yang Allah redha?




Start ada anak, kitorang lupa hari anniversary kitorang 😅.. masa tu (gambar ke-4, dlm flight) balik kampung suami, terengganu. Dalam tu borak borak baru dua dua teringat, eh harini anniversary kita la yang 😂




tapi untuk tahun ke-5 ni. dua dua ingat semula alhamdulillah 😋


dan nasib lah bila anniversary jatuh pada tarikh closing shaklee.. busy macam sotong. memang takde apa sangat la boleh plan unless bawak ke awal februari. 



So untuk kali ni, tiera tak nak apa apa. Tiera cuma cakap, boleh tak bawak b pergi tempat yang kita pernah pergi dulu masa kita belajar?



so cuma jalan jalan, spend good time together, borak apa yang patut. balik tengok movie sama sama. (semalam ada cerita Wish Death, best) 


ini pun dah lebih dari cukup tiera rasa..(buat masa ni lah haha 😜. tahun depan nak lain kiki) 


 thank you for everything my dear hubby. Kita tak pernah sempurna, tapi kita sentiasa memerlukan satu sama lain untuk support dan saling melengkapi, saling menyempurnakan. 




dandelion 
feeling romantik persis Jake & Neytiri dalam cerita Avatar 😂

halloween


Yang terindah, untuk 5 tahun perkahwinan kita.
You & Aleesha.


I could not ask for more than this time together
I could not ask for more than this time with you
Every prayer has been answered
Every dream I have's come true
And right here in this moment is right where I'm
here with you here with me


Thanks Allah. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...