HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Sewa Rumah Student UiTM Shah Alam



Dulu saya memang tak pernah walau satu sem menyewa rumah. Saya sebolehnya fight bagi dapat duduk kolej jugak, memang pulun lah kumpul kupon 😂


Saya pernah berbual dengan kawan kawan law yang lain.. ada yang begitu alergik dengan kolej (don't get me wrong duduk di kolej atau di luar tidak menjadikan sesiapa lebih baik dari sesiapa)


Saya cuma nak share apa yang buat saya terfikir waktu itu tatkala beliau (one of my law-fac friend) berkata kepada saya 


"hish I tak sanggup lah nak duduk di kolej. pukul 12 gate dah tutup, lepas tu ada pulak spot check lah apa la.."


Saya terfikir. Aku? suka ke kehidupan di kolej? Kenapa aku rasa ok je eh hahaha


so saya rasa sebab saya ni introvert kot? 


Mungkin sebab saya seorang introvert, maka saya rasa tinggal di kolej apa tah lagi kalau bilik berdua je.. terasa begitu privacy.. bila saya penat saya akan lupakan semua dan enjoy my comfy bed haha. yelah kalau duk rumah sewa, mesti sewa ramai ramai kan? saya rasa lah. 


mungkin jugak sebab saya tak berduit sangat masa belajar.  jadi kalau duduk menyewa saya fikir, kos sewa rumah lagi mahal, setiap bulan pulak tu. kalau tinggal di kolej, sekali bayar je untuk satu sem. lepas tu, boleh pergi kelas jalan kaki walau pun penat nak mamppp berjalan kat bukit tonggek tu 😅


kalau duduk luar mana mungkin saya boleh jalan kaki, samada naik bas (kos tambang bas lagi RM1 sekali naik) atau maybe kena ada kereta.


Kawan kawan saya .. saya nampak macam anak anak orang kaya je.. ada yang menyewa dekat rumah mahal pun ada. wahh dahsyad 😁 


So saya cakap kat diri saya, takpela athirah. Ko bukan anak orang kaya, ko hidup biasa biasa je lah kat kolej ni k. 


Tapi sebenarnya cara saya berfikir waktu belajar tu totally silap. kalau dapat putar masa balik, mahu saja saya ubah pemikiran saya ketika itu. 


dan akhirnya, saya merasa jugak tinggal di luar. waktu tahun akhir pengajian.. ada lah sebab yang menyebabkan saya terpaksa duduk di luar, tapi mujur tak perlu bayar sewa bulanan. sebab..


abang saya dan kakak ipar saya yang berkerja di uitm tinggal di sekitar seksyen 7 shah alam. Mereka menyewa juga di situ, so ada lah satu bilik tak di gunakan. bilik tu bilik stor sebenarnya, tapi saya berjaya kemas dan jadikan bilik tidur mini saya hahaha 









almari kain berzip ni beli kat giant. RM50 kot tak silap

Dan syukur jugak waktu ni, saya dah mula berniaga shaklee kecil kecilan.. 😊 bermula dengan start concume sendiri terlebih dahulu



ini lah meja saya.. meja di dalam stor yang sebenarnya dah reput teruk, saya balut dengan soletep merah tebal2. jadi pun boleh je guna hehe.. dan bersusun produk shaklee yang saya amalkan ketika itu. Inilah antara produk shaklee yang terawal saya consume...


Set optimum health iaitu

✓ bcomplex
✓vitalea
✓ vitamin c
✓ ESP (Energizing Soy protein)




ops kelihatan ada fail kursus perkahwinan di situ 🙊. saja amik kursus kahwin siap siap. Dan masa saya tahun akhir, ex-boyfriend saya dah kerja dah. dia lah jadi customer shaklee saya hehe. tak tahu lah dia memang nak try atau kesian kt awek dia, haha tapi sampai sekarang dia masih consume. Dan sekarang, dia dah tak pakai cermin mata. Dia sekarang dah kahwin.. kahwin dengan saya lah 😜 that's why bukan boyfriend lagi, suami dah. dulu-dulu je boypren hehe

Botol lumix tu dia lah belikan saya. sayang betul saya kat botol tu dulu 😂


Bilik ni jadi saksi.. saat saya menangis kerana berputus asa.. saat saya rasakan harapan itu tiada.. ni lah tempat saya mengurungkan diri saya. tempat saya menangis sepuasnya seorang diri hingga akhirnya Allah jawab segalanya.. boleh klik di sini kalau nak tahu apa jadi waktu itu → Jawapan Dari Allah



Dan dan dan.. bilik ni jugak jadi saksi saat saya menerima panggilan telefon dari kakak saya aka my mommy monster in shaklee. dia marah saya (baca : dia bertanya kenapa takde post pasal shaklee) 

Dan saya lari larikan diri hehe. Rimas, malas semua ada. tapi bila omak shaklee dah tegur tu, terima lah. sebenarnya untuk masa depan kita jugak.. so tq la mommy monster sebab 'paksa' I buat shaklee dulu. Kalau tak, mustahil I dapat kecapi apa yang I berjaya dapat harini. 




Baju ni, saya beli guna bonus shaklee saya sebagai seorang supervisor ketika itu. Sepasang baju berharga RM250 pada tahun 2013, untuk student yang baru konvo bukan harga biasa biasa . Tapi ok lah saya mampu beli pakai duit poket sendiri kan 😊 Ketika saya konvo,  rakan rakan lain baru mahu mencari kerja dan berusaha mendapatkan gaji setiap bulan, saya konvo dalam keadaan saya dah pun memiliki slip gaji dari shaklee, 4 angka masuk ke dalam akaun bank saya setiap bulan. Alhamdulillah. 


Saya selalu fikir, kenapa lah aku tak start awal. kalau awal, mesti dah jutawan tahap apa agaknya saya sekarang 😂 sebab tu kalau saya tengok adik adik student student muda mudi, saya selalu urge mereka buat bisnes. start skg. sebab tengok lah nanti, ur future self akan berterima kasih sangat sangat untuk apa yang u dah start buat sejak u belajar. 


Buat bisnes shaklee. Inshallah, ini bisnes yang ada masa depan dan jaminan duit pencen seumur hidup. Syarat, kena tahu caranya dan bergurulah dengan hakak tiera ok. hehe 


oklah that's all for now. thanks for reading ya! 


love, 
Athirah Tieramiessyou
Master Coordinator Shaklee



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...