Apa exposure anda tentang percutian atas kapal? Well for me, dah tentu cerita Titanic 😊
Alhamdulillah berpeluang merasai percutian mewah atas kapal baru baru ini. Kapal TERBESAR dalam dunia pulak tu!
Anda google sahaja Royal Carribean Cruise, dan spesifikkan lagi pencarian anda dengan sambungan nama kapal, iaitu Symphony of The Seas (SoTS). Then you will know betapa besarnya kapal ni! Ada banyak kapal lain lagi dengan nama yang berbeza, (SoTS) ni salah satu under Royal Carribean dan memang yang paling besar so far dalam dunia.
suka suka sangat!!! |
Cruise yang saya naik ni, adalah selama 8 hari 7 malam, bermula di Spain, kemudian ke France, kemudian ke Italy.
Baik, mana nak book percutian atas kapal ni? Anda bukak je lah website Royal Carribean ye. Harga survey lah situ, saya ni dapat PERCUMA saje! hehe ye , tak percaya ke? FREE jee 😍
Macamana boleh dapat free, sila teruskan bacaan anda.
screen nak tengok movie pun besar 😍
Transit (connecting flight) di Dubai Airport
Dari malaysia ke dubai lebih kurang 6 jam. Kemudian dari dubai ke barcelona 6 jam 45 minit lebih kurang.
Transit di dubai 3 jam.
Yang paling di harapkan, toilet dia ada air. oyeahh ada. hehe malah tempat amik wuduk pun tersedia khas. Dubai ok, kan pak pak arab islam duk dubai gak. Jadi di sini tak perlu bimbang dengan makanan halal, tempat solat etc
kids zone. besar area dia. budak-budak boleh main kat sini. kalau anda bawak anak, ok sangat bagi mereka spend masa di sini
selesai solat subuh, misi mencari makanan bermula. lapar 😹
with my kakak. akhirnya mcd jadi pilihan. mcd sini halal don't worry be happy hihi
burger clubhouse sangat sedap, roti lembut daging super tebal. anda mesti cuba kalau sampai sini. Harga lebih kurang RM40 |
ok masa dah tamat. mari kita naik kapal terbang seterusnya, from dubai to barcelona!
breakfast dalam penerbangan seterusnya.
beberapa jam seterusnya, lunch pulak 😍
Dan masa di habiskan dengan menonton movie dan tidur.
And finally! yes! Dah sampai airport barcelona! |
Inshallah akan saya buat entry seterusnya berkenaan itinerary sepanjang percutian bersama cruise terbesar ini ok? Dari Day 1 hingga Day 8
sebelum tu, bagi menjawab persoalan di atas mengapa saya dapat PERCUMA aje..
ini jawapannya..
ye! Shaklee yang hadiahkan saya trip ini. Fully sponsored termasuk shore excursion dan makan makan. Siap dapat meal allowance (lebih kurang RM800) untuk tempat tempat yang bebas nak makan kat mana. tqsm shaklee!
ok lah, sekian dulu update dari saya. Nantikan next update, saya kongsikan itinerary, activities dan shore excursion ok 😉
Thanks for reading guys!
xoxo,
Athirah Tieramiessyou