HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kisah Mengidam Wanita Mengandung : Lelaki ini Berusaha Memburu U.F.O demi Isteri Tersayang

Assalam admin... 


Mohon siarkan dan hide wall aku. Aku ni just nak kongsi cerita pasal bini aku yg tengah sarat ni. 


Aku sekarang tengah konfius dgn dia. 
Dia pregnant dah 37minggu. Umur 20... 
Selama ni alhamdulillah ok jer. 

Cuma alahan kuat tp takde la nak mengidam macam-macam.
 Tapi sejak akhir-akhir ni aku  tak faham betul dengan perangai dia. Ada ke patut dia mengidam nak naik U.F.O ???? 


Allahuakbar ... Mula2 tu ingatkan dia melawak ke apa.
 Aku gelak jer laaa... Malam tu tengah aku syok tido blh pulak dia buat babak airmata pukul 3 pagi.


 Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa... Tanya punya tanya sbb nya dia terasa hati aku gelakkan dia petang tu.. Mana x gelak. Mmg xmasuk akal permintaan dia tu... 


Pastu pergi rumah mak blh pulak dia cerita kan hasrat dia tu kat mak n adk beradik yg lain... Begegar rumah sbb gelakkan dia... So, apa lagi. Malam tu aku lah yg kena memujuk nya... Dia cakap dia sllu mimpi naik U.F.O , teringin sgt nak naik... 


Aku kelentong dia ckp mcm mana nak cari U.F.O yunkk oii, depa dtg bumi seabad sekali jer. Tu pun kita xtau bila... Niat nak melawak ja. Tp blh pulak dia percaya bulat2... 


Aku xtahu lh dia ni betul2 ke atau main2.. Tiap2 malam duk cakap nak naik U.F.O . Aku ni dr rasa nak gelak dh bertukar jd rasa nak marah dah...


 Mana tak nya mintak bnda yg aku xblh nak bagi... Dia cakap kalau dia mati nnti beranak xkesian ke kat dia kempunan nak naik U.F.O ... Allahuakbar. 



Agak2 perasaan aku mcm mana masa tu ?? Dgn nak tergelak, nak marah, kesian, sentap semua ada lah... 


Aku cerita bnda ni kat mak, mak cakap kau bawak je dia p naik U.F.O mainan kt tesco tu. Yang masukkan token pastu blh gerak2... Esoknya aku ajak dia p tesco nak beli barang dapur. 



Masa lalu kt tempat mainan tu aku tnya la dia yunkk nak naik U.F.O yg mainan tu dak ?? 


Dia nak oiiii... Aku terus p beli token.

 Xleh aku nak lupa sampai skg mcm mana muka dia masa naik benda tu... Tersengih mcm kerang busuk. 



Happy sungguh dia... Masa tu orang semua dah usya pelik. Malu mmg malu tp lantak lah. 


Asalkan tak dak dah babak airmata mlm2 nnti... Alhamdulillah lepas tu dah xdak dah duk cakap nak naik U.F.O .. Yg aku pening pulak skg ni malam tadi dia cakap mimpi naik kapal terbang pulak... Subhanallah !!!! 


Mengucap panjang aku.. Perut dah nak meletup, mcm mana lah aku nak bawak p naik kapal terbang.. Nampak gaya nya esok kena bawak p tesco lagi la... 


Pening betul aku dgn dia ni... 


Ibu mengandung ni mmg perangai mcm ni ke ??? Pelik sgt dah aku nampak ... Semoga diberi kekuatan la utk layan kerenah dia... Aminn... Tu jaa aku nak cerita . Terima kasih krna sudi membaca... Thanks admin



Kelakar lah 😂😂 haha tapi sweet jugak
cerita tiera baca di info hamil dan gambar dari page kaki share. ✌

1 comment:

noor aziana said...

Ya Allah, igtkan solutionnya cari 3D U.F.O. kat mana2.
Rupanya permainan kat tesco yang anak-anak tak leh skip.

Hailah orang mengidam. Macham-macham ��.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...