HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Happy Father's Day, babah :)




Baby tahu tak, masa dapat tahu baby dah ada dalam rahim ibu.. selain ibu, babahlah orang yang paling happy tak terkata hingga menitiskan air mata. Sebab ibu tahu, babah pon sama macam ibu.. rindu kat baby sejak baby belum ada lagi.. 

Babah peluk ibu kuat-kuat bila ibu tunjuk dua line merah ni.. peluk sambil nangis.. baby tahu betapa happynya babah masa tu?






Sebelum dapat tahu, ibu sakit sangat. Proses baby nak menempel sangat sakit sampai ibu menangis tak tahan, ibu fikirkan senggugut, rupanya implantation process :') ibu jadi moody, nak marah je rasa.. tapi babah sangat sabar layan ibu.. saat ibu rasa nak tengok muka dia pon tak nak, walau tanpa sebab.. babah tetap genggam kuat tangan ibu.. 



Lepas dapat tahu kewujudan baby, babah jaga ibu lebih lagi. Babah tak bagi ibu buat kerja sangat, dan babah banyak buat kerja kerja rumah, sayang sangat babah kat kita tau.. 



Masa kita kerjakan umrah pertama kita sama-sama, ibu dah tak larat habiskan saie 5 km. babah pegang tangan ibu, babah bawak kita untuk habiskan saie. walaupon kejap kejap kena duduk, rehat , then sambung lagi.. Tapi babah tetap gigih pimpin kita.. Baby ingat lagi? kali kedua umrah, saie. babah bawak kita naik scooter pulak hehe. babah memang selalu fikirkan tentang kita.. 




Sebab tunggu baby lama sangat, hampir 3 tahun lamanya. maka ibu dan babah selalu di bayangi dengan perasaan takut.. takut apa apa jadi kat baby.. tapi cepat2 ibu dan babah istighfar.. tak nak fikir bukan bukan.. sebab apa kita fikir, cakap, rasa, semuanya adalah doa. Kalau kita fikir bukan bukan, maksudnya kita doa mintak benda tu jadi kat kita. nauzubillah.



Alhamdulilah bulan demi bulan berlalu, akhirnya today, ibu dah pon 39 minggu. Sabtu baru ni dah mula ada discharge coklat + pink sikit.. Patutnya nak rush ke hospital dah.. Tapi sakit contraction belum rasa lagi.. so masih lagi tak ke hospital kita.. tunggu betul betul sakit baru p.. malam semalam start  sakit, macam nak senggugut tapi kejap je. Then sampai sekarang takde rasa.. yang rasa, baby duk kicking punching non stop, sampai ibu terbangun dari tidur , terkejut ibu nak ko karate ibu pagi pagi buta 😂 tapi bagus jugak. Alarm semulajadi dari ustajah baby kita ni, kejut ibu qiam ye..


Hmm..Kalau sakit start rasa lagi, dan selang 5 minit macam tu rasa balik, again dan again. baru kita p hospital, ok baby? 



Dear babah, 
selamat hari ayah dari kami.. Terima kasih sebab sayang kami.. terima kasih sebab jaga bubu dan baby.. terima kasih sebab selalu usahakan dapatkan apa yang bubu dan baby teringin nak makan 🙈
Terima kasih sebab selalu sebut kami dalam doa babah.. 


Moga terus menjadi hero di hati kami, sampai hujung nyawa. Jadi imam terbaik untuk keluarga kita, seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab, lemah lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang. We love you!



Selamat hari ayah juga buat semua yang bergelar bapa terutama buat ayahku Ab Razak, ayah mertuaku Zulkifli, and to all amazing Shaklee Dads!




p/s : ada satu insiden yang menyebabkan tiera pernah kena tahan ward selama 3 hari 2 malam. Tiera tak cerita pon dekat sesiapa kecuali beberapa orang.. tapi macam yang tiera selalu sebut, doa MAMPU mengubah takdirkan? memang betul. keajaiban berlaku.  Ajaib sangat sangat.. Inshallah semua akan tiera kongsikan dalam ebook tiera nanti ya.. lepas bersalin, dalam pantang nanti akan 'release', siapa yang nak dapatkan ebook eksklusif perkongsian tiera dari usaha untuk hamil hingga detik-detik kehamilan hingga melahirkan, stay tune ya , akan tiera announce nanti 😊 Mohon doa semua agar di permudahkan untuk tiera melahirkan anak sulung kami dengan mudah, selamat, normal dan suami sentiasa di sisi.. 


Much love,
Athirah Tieramiessyou





Maaf, saya terpaksa unfriend awak

Lega rasanya bila dah unfriend mereka mereka yang boleh beri cas negatif pada tiera.. 😌 unfriend di fb bukan bermakna bermusuh atau memutuskan silaturrahim. Kalau jumpa di luar kat mana mana.. kita tetap bertegur macam biasa.. ✌ cuma tiera harap semua boleh faham..


Fb ibarat office untuk tiera. Tempat tiera berkerja, cari rezeki di samping berkongsi apa saja yang tiera rasakan boleh beri manfaat pada orang lain.


Bayangkan kalau anda masuk kerja hari hari. Nak tak, anda duduk se pejabat dengan orang yang negatif? Tiera ingat lagi Irfan Khairi ada kongsikan. Situasi dalam satu pejabat, sekiranya ada 10 orang dalam tu, cuma 1 orang yang negatif baki 9 orang positif. Siapa yang akan menang? Cas positif atau cas negatif? 

Ye betul. Yang negatif akan kuat mempengaruhi, walaupon jumlahnya cuma satu. Ia boleh pengaruh minda kita, tenaga kita, emosi kita.

Jadi cara terbaik adalah jauhkan diri kita dari sesiapa yang punya cas negatif ni.

Antara golongan yang tiera unfriend adalah :

- yang selalu bersangka buruk.
- yang selalu kongsi rungutan, kemarahan, kebencian dan kata kata carut walaupon kadang-kadang hanya kerana perkara kecil. Contohnya, order makan lambat sampai.
- tidak menghormati kerjaya orang lain. golongan yang bukan sahaja tidak menyokong kita berniaga selama ni malah suka memerli dan memuat naik status status berbentuk sindiran
- yang kongsikan mana mana link bertujuan untuk menyampaikan kepada tiera secara indirect sesuatu mesej. Dah tentu berkaitan dengan kerjaya tiera. Tak faham, selama ni dok stalk kita, ambil tahu perkembangan kita, tapi hati menyimpan sesuatu.. ada penyakit ain. Matanya begitu sakit melihat pencapaian orang.. dan rupanya menunggu masa, ada isu atau sesuatu cerita, masa untuk menembak! allahuakbar. Moga Allah jauhkan kita dari orang orang begini.

Tiera selalu doa mintak allah tunjuk kalau kalau ada yang negatif di kalangan rakan rakan fb tiera. Tiera nak jauh jauh dari orang begini. Ye Allah tunjukkan.


Mereka yang jarang keluar di newsfeed tiera, tiba tibe keluar dengan rancaknya berkongsi macam macam yang berkaitan dengan kerjaya tiera.. tanpa berlengah lengah, terus tiera klik butang unfriend.

Anda tak perlu tengok perkembangan tiera, jika anda rasa sakit dan menyimpan rasa tidak puas hati. Fokus lah pada kehidupan masing masing, kerjaya masing masing. Impian dan matlamat hidup masing-masing. Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan masa kita pada kebencian. Lebih baik kita berkasih sayang dan saling menghormati. Spread love 💖 not hate.





Dan mungkin ada lagi yang tiera tak ter perasan, tapi sekiranya tiera ternampak satu hari nanti, tiera mintak maaf siap siap ya, tiera terpaksa klik unfriend. 🙏


Sebelum kita kongsikan sesuatu, cuba consider beberapa perkara .. tanya diri kita dulu..

1) Adakah ia akan menyinggung orang lain?

2) Adakah maklumat ini benar atau kita sekadar dengar cakap orang?

3) Adakah ia membantu?

4) Adakah ia boleh memberi inspirasi?

5) Adakah ia perlu untuk dikongsikan?

6) Adakah perbuatan itu baik dan mendapat pahala di sisi Allah?

7) Adakah kita berkata sesuatu dengan tujuan kasih sayang atau atas dasar kebencian dan perasaan penuh geram, dendam semata?


Tanya diri kita sendiri. Apa yang aku sedang buat ni?



Semoga Allah jauhkan kita semua dari golongan sebegini dan usahlah kita lupa di sebalik 2-3 orang negatif, ada beratus orang lain yang positif dan ada bersama kita. Jadi usah terganggu dengan 2-3 orang yang negatif, jauhkan diri. Unfriend mereka yang negatif dan hati penuh kebencian, fokus pada mereka yang baik, penyayang, supportive dan positif.


Alihkan tumpuan kita pada perkara yang baik baik.. Inshallah.
Beautiful things happen when you distance yourself from the negative 😊

#salam20ramadhan


Much love,
Athirah Tieramiessyou





Beza Osteoporosis dengan Osteopenia


Masa tiera dan najmi buat health check tempoh hari. Hasil keputusan untuk pemeriksaan tulang kami, status tulang kedua dua kami adalah kategori osteopenia 😕

Jujurnya kami memang terlambat untuk ada kesedaran tentang penjagaan tulang. Rasanya tahun lepas baru kami mula memikirkan soal tulang, tu pon on off. Kejap konsisten amik kalsium setiap hari, kejap tak amik terus. Tak hairan lah, mengapa ketumpatan tulang kami begini, tak hairanlah mengapa kami selalu sakit belakang, sakit badan, lenguh-lenguh. 



Apa itu Osteopenia

Ia adalah keadaan yang mana tulang kita mengalami proses penipisan. Jisim tulang rendah. Senang cerita, bayangkan tulang, dalam tulang tu ada sedikit lubang lompong lompong tidak betul betul padat. Penurunan jisim dalam tulang ni sebenarnya tidaklah terlalu merbahaya, tetapi jika tidak di beri perhatian, boleh membawa kita kepada keadaan yang lebih merbahaya iaitu Osteoporosis. 


seram 😖


Apa itu Osteoporosis?

Sangat bahaya. Satu keadaan di mana jisim tulang kita sangat sikit, menjadikan tulang kita sangat sangat rapuh! Bayangkan biskut yang rapuh, mudah patah bagaimana. Macamana agaknya tulang dalam badan kita ya bila rapuh? 😩 Jisim tulang yang kurang ini adalah di sebabkan kekurangan kalsium, vitamin D, magnesium, vitamin dan mineral yang lain. 

Kesannya bila kita mengalami osteoporosis, 
  1. Ketinggian kita mula berkurangan
  2. Kita mula bongkok
  3. Sakit badan yang amat
Sanggup tak lalui perubahan ni nanti pada badan kita?
tak nak, tak sanggup 😭






Siapa yang berisiko untuk mengalami osteopenia mahupun osteoperosis? 


  • JANTINA  : Wanita adalah golongan yang peling berisiko tinggi.  Kenapa? Sebab terlalu banyak proses yang wanita lalui mengakibatkan kehilangan jisim tulang sangat banyak dan pantas. Wanita haid setiap bulan, wanita mengandung, menyusukan, melahirkan dan mengalami monopaus. Semua ni proses yang menyebabkan banyak kalsium hilang dari badan . 
  • KETURUNAN 
  • UMUR : Hampir setiap orang, baik lelaki mahupun wanita, kehilangan lebih kurang 5% jisim tulang setiap tahun selepas umur 50 tahun.
  • GAYA HIDUP TIDAK SIHAT : diet seharian yang tidak sihat, tak ambil kalsium dan vitamin D mencukupi, merokok. Terlalu kerap minum minuman kafein atau alkohol. Kurang bersenam. 
  • MEMPUNYAI PENYAKIT : contohnya hipertiroid. Sebab ada ubat tertentu yang menyebabkan tubuh badan kehilangan banyak jisim tulang. 


TIPS PENCEGAHAN DARI MENGALAMI OSTEOPENIA / OSTEOPEROSIS


  1. Amalkan diet pemakanan yang sihat. Pastikan pengambilan kalsium, vitamin D, K, C serta mineral lain adalah betul betul mencukupi. 
  2. Banyakkan aktiviti fizikal seperti aerobik, berjogging, berjalan. Ini semua sangat membantu untuk meminimumkan kehilangan jisim tulang dalam badan kita. 
  3. Say no to rokok & alkohol 🙅
  4. Buat regular check-up untuk pantau sebarang kehilangan jisim tulang. 


IKHTIAR KAMI SUAMI ISTERI


Dah cukup terkejut dengan hasil pemeriksaan, masa untuk kami ikhtiar sungguh sungguh. Kami suami isteri nak menua dengan sihat. Nak lah nanti main dengan anak, cucu, best je. Takde masalah bongkok atau sakit belakang.. Kami belum 30 tahun lagi, masih sempat nak penuhkan tabung tulang kami! 💪


Ini keadaan orang yang alami osteopenia, sedih tak? Masa kami check, pakar nutrisi katakan ini memang keadaan kebanyakan rakyat malaysia tapi ramai tak ambil peduli dan tak ada kesedaran tentang pentingnya penjagaan tulang dari muda..! 


Jadi, jangan hairan atau pelik atau rasa eeee kenapa tiera dan najmi tu 'hantu' ostematrix. Sehari tinggal pon tak boleh. Rasa eh memang tak nak tinggal langsung lah! Inilah sebabnya.. Kami sedar keadaan kami.. Kami sedar apa kami alami, selalu lenguh, selalu rasa tak sedap badan bila bangun tidur. Tulang yang kuat adalah untuk tubuh yang kuat. Kalau korang ada alami simptom kelompongan tulang ni, jangan lah amik mudah ya.. tak de masalah pon kita nak start makan ostematrix ni, lebih lebih lagi kalau korang dah mula perasan tanda tanda kurang kalsium. Nak tahu apa tanda tanda? Check sini 



Dalam Ostematrix Shaklee ada 

  1. Kalsium - bahan asas untuk bina tulang
  2. Magnesium - membantu menghantar kalsium kepada tulang juga merehatkan otot usus, dan menarik air, jadi bantu atasi masalah sembelit. 
  3. Boron - Bantu jaga metabolisme tulang
  4. Vitamin D - Meningkatkan penyerapan kalsium
  5. Kuprum, Zink, Mangan - Aktifkan enzim yang bantu meningkatkan kepadatan tulang


Alhamdulillah asbab amik ostematrix, kami dapat banyak kesan yang baik. Tidur lebih lena, membuang senang, kurang sakit belakang dan kurang dah lenguh-lenguh. Kami jugak berazam nak ubah mana mana gaya hidup yang tak sihat. Mungkin kurang bersenam kot.. Mudah-mudahan lepas ni check balik, ketumpatan tulang kami excellent! amin 😀


ok lah sekian dulu. bagi anda yang ada masalah sama macam tiera dan najmi, jangan teragak agak untuk try jugak ostematrix ok? Tiera suka kongsi benda yang tiera sendiri alami, tiera sendiri rasa.. that is why tiera sangat semangat untuk terus berkongsi.  Apa apa whatsapp tiera ok? 019-4120913. 


salam sayang, 
athirah tieramiessyou









Kisah Mengidam Wanita Mengandung : Lelaki ini Berusaha Memburu U.F.O demi Isteri Tersayang

Assalam admin... 


Mohon siarkan dan hide wall aku. Aku ni just nak kongsi cerita pasal bini aku yg tengah sarat ni. 


Aku sekarang tengah konfius dgn dia. 
Dia pregnant dah 37minggu. Umur 20... 
Selama ni alhamdulillah ok jer. 

Cuma alahan kuat tp takde la nak mengidam macam-macam.
 Tapi sejak akhir-akhir ni aku  tak faham betul dengan perangai dia. Ada ke patut dia mengidam nak naik U.F.O ???? 


Allahuakbar ... Mula2 tu ingatkan dia melawak ke apa.
 Aku gelak jer laaa... Malam tu tengah aku syok tido blh pulak dia buat babak airmata pukul 3 pagi.


 Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa... Tanya punya tanya sbb nya dia terasa hati aku gelakkan dia petang tu.. Mana x gelak. Mmg xmasuk akal permintaan dia tu... 


Pastu pergi rumah mak blh pulak dia cerita kan hasrat dia tu kat mak n adk beradik yg lain... Begegar rumah sbb gelakkan dia... So, apa lagi. Malam tu aku lah yg kena memujuk nya... Dia cakap dia sllu mimpi naik U.F.O , teringin sgt nak naik... 


Aku kelentong dia ckp mcm mana nak cari U.F.O yunkk oii, depa dtg bumi seabad sekali jer. Tu pun kita xtau bila... Niat nak melawak ja. Tp blh pulak dia percaya bulat2... 


Aku xtahu lh dia ni betul2 ke atau main2.. Tiap2 malam duk cakap nak naik U.F.O . Aku ni dr rasa nak gelak dh bertukar jd rasa nak marah dah...


 Mana tak nya mintak bnda yg aku xblh nak bagi... Dia cakap kalau dia mati nnti beranak xkesian ke kat dia kempunan nak naik U.F.O ... Allahuakbar. 



Agak2 perasaan aku mcm mana masa tu ?? Dgn nak tergelak, nak marah, kesian, sentap semua ada lah... 


Aku cerita bnda ni kat mak, mak cakap kau bawak je dia p naik U.F.O mainan kt tesco tu. Yang masukkan token pastu blh gerak2... Esoknya aku ajak dia p tesco nak beli barang dapur. 



Masa lalu kt tempat mainan tu aku tnya la dia yunkk nak naik U.F.O yg mainan tu dak ?? 


Dia nak oiiii... Aku terus p beli token.

 Xleh aku nak lupa sampai skg mcm mana muka dia masa naik benda tu... Tersengih mcm kerang busuk. 



Happy sungguh dia... Masa tu orang semua dah usya pelik. Malu mmg malu tp lantak lah. 


Asalkan tak dak dah babak airmata mlm2 nnti... Alhamdulillah lepas tu dah xdak dah duk cakap nak naik U.F.O .. Yg aku pening pulak skg ni malam tadi dia cakap mimpi naik kapal terbang pulak... Subhanallah !!!! 


Mengucap panjang aku.. Perut dah nak meletup, mcm mana lah aku nak bawak p naik kapal terbang.. Nampak gaya nya esok kena bawak p tesco lagi la... 


Pening betul aku dgn dia ni... 


Ibu mengandung ni mmg perangai mcm ni ke ??? Pelik sgt dah aku nampak ... Semoga diberi kekuatan la utk layan kerenah dia... Aminn... Tu jaa aku nak cerita . Terima kasih krna sudi membaca... Thanks admin



Kelakar lah 😂😂 haha tapi sweet jugak
cerita tiera baca di info hamil dan gambar dari page kaki share. ✌

Ketam Telur Masin dan Free Gift Comel



Tiera janji dengan diri tiera setiap hari 1 entry tiera nak update. Tapi semalam tertidur awal, terlepas update entry untuk semalam. Makanya, harini tiera akan update dua entry ok! hehe rindu nak hidupkan blog balik.. Ramai orang kenal tiera sebab blog,  rasa sedih pulak bila sekarang langsung tak endahkan diari berharga ni. 



Hmm semalam korang berbuka apa? Tiera teringat ketam yang  terlepas order dekat ana ikan bakar haritu, sob sob 😿



So tak kira nak makan ketam jugak. ngade betul hihi. Semalam pon gigih lah mencari ketam kat kedai bawah. Semangat nak masak ketam telur masin.. plan nak buat video jugak cara masak. Tup tup tengok ketam kecik kecik je.. alaa tak semangat nak buat video 😂


Apepon melepas ngidam makyong. Dah selamat masuk perut semalam. sedapp.. hihi nak resipi tak? Tiera ada share dah kat instagram masak masak tiera.. korang follow la ye? 😚









so semalam memang tiera dan najmi p shopping groceries la, dan mata tiera ni pantang betul nampak free gift. 😆


tengok ni.. tada! 








hehe comel. kalau nk bawak buah kiwi ni.. letak dalam ni.. pastu ada sudu siap pisau. cool kan? 


ni memang kuajaqqq 😂
kena beli dua kotak cornflake br dapat tau. tapi sebab dah  tiera nak sangat, beli je la. Nanti cornflake kita buat kuih raya je, paling senang cornflake madu hehe

dulu pernah dapat yang belah kanan tu.. atas boleh letak cereal, bawah letak susu. cool! so hat yang bekas ni pulak, ada 2 tier. So boleh letak makanan dekat atas dan bawah. siap ada sudu comel haha. 


Oh by the way sebelum terlupa. Semalam masa nak tidur, tiera mula rasa sakit pinggang, dan perut keras. risau jugak, eh ni ke contraction sebenar? 😱 google google, baca. tak belum lagi. hehe. ni cuma practice. Contraction sebenar bila di iringi rasa sakit macam nak senggugut. so far takde lagi rasa sakit ke apa..


Tapi tiera start semalam nak konsisten makan gla dan ostematrix.  Sebab selain untuk bantu tiera atasi sakit sakit belakang dan pinggang ni, membantu jugak untuk kurangkan rasa sakit contraction. Aik macamana GLA boleh bantu kurangkan sakit contraction ye? 





GLA atau nama saintifiknya Gama Lineloik Acid merupakan bahan binaan bagi Prostagladin. Prostagladin ni adalah bahan hormon dalam badan sangat bagus untuk mengawal muscle contraction. I see, no wonder la kan membantu? Inshallah start amalkan semalam sampai bersalin nanti. Sekarang letak dalam bilik siap siap. Nak tidur je teringat lah nanti eh belum makan! hehe


ok lah sekian update untuk hari ini. selamat menjalani ibadah puasa dan salam 18 ramadhan 💜




love, 
Athirah Tieramiessyou

Korang mesti cuba! Ana Ikan Bakar Petai



 Semalam tiera janji nak kongsi review kan 

1) Best ke tidak makan kat sini. 
2) Harga macamana
3) Servis dia?


Today tiera tunaikan janji okeyy hehe



Harini masuk hari ke-4 berada di Kuantan, Pahang - Babymoon  😊
Tanya orang dan google jugak. Ada 5 tempat makan best kat sini, yang paling top no 1 katanya Ana Ikan Bakar Petai, di Tanjung Lumpur, Kuantan



So okay lah kitorang decide nak makan kat situ. Untuk buka puasa, mesti BOOK dulu ok. telefon awal, pukul 5 ke atas baru nak call memang full la alamatnya. Tempatnya sangat besar, tapi boleh full ya😱


Dari depan. masuk je, panjang ke belakang sana. besar!

Setiap meja ada kurma free :)



Apa yang kitorang order?
Kailan ikan masin


Sotong goreng tepung

Ikan bakar sambal petai kena la cuba sebab nama tempat makan pon ana ikan bakar petai, mesti ni signature dia kan 😃 kitorang pilih ikan siakap. 

tada! besar wehh untuk 2 orang makan ni 😂 bagi yang tak suka petai korang boleh order ikan bakar lain. tapi petai dia tak terasa / berbau sangat. Dia potong pon halus-halus dan siap dengan kulit. 

Butter prawn. udang masak butter, kitorg order 4 ekor je. besar ni, sorang 2 ekor pon dah puaih hati dah hehe. Rasa butter dia powerr

tomyam campur

Satar.. serius sedap sangat sebab lebih isi ikan, bukan kelapa macam yang jual kat bazar tempat kita tu huhu.. juicy sangat rasa isi ikan dengan gabungan cili padi arghh sedapnyaa

air, limau asam boi

Sepatutnya ada lagi satu, ketam masak pedas.

tapi katanya takde dalam list order, alaa tak merasa la ketam kita. So ketam kami tak dapat. But trust me, ini je pon belum termasuk ketam dah kenyang sangat sangat, sampai tak hbs dan bungkus bawak balik hotel! hehe





So untuk semua ni, agak agak berapa ringgit kena? Surprisingly.. cuma RM98! Murah kan 😱


Dari segi rasa.. semua sedap! ✓
Dari segi harga.. ok sangat! ✓
Dari segi servis, ok! ✓

kitorang sampai 6.45 petang. dah siap siap ada atas meja, bertutupkan dengan plastik wrapping tu. cuma tu je, satu order kitorg tertinggal iaitu ketam 2 ekor masak pedas hehe. Takpela takde rezeki nak mengetam kita semalam.. 









So oklah. itu saja perkongsian kali ini naaa. kalau nak tahu, ana ikan bakar ni kat bangi pon ada. Tapi hat sini la win, memang fresh ikan ikan dia 😊


till, then. bye!

Athirah Tieramiessyou




Babymoon

Assalamualaikum semua 😊




Just a quick update dari tiera untuk harini. Korang pernah dengar tak istilah babymoon? Tiera tak pernah pon hehe. Ni dah nak dekat dekat bersalin baru tahu haha 😂




Actually istilah babymoon ni diperkenalkan oleh Sheila Kitzinger,  seorang penulis buku kehamilan dan kelahiran. Menurut beliau, babymoon ni adalah honeymoon sebelum kita lahirkan anak dalam kandungan kita ni 👶 Tu je pon sebenarnya hehe.. 



Rasa semua tahu yang tiera suka bercuti, suka check in hotel walaupon kadang-kadang hotel tu dekat je dengan rumah. Sebab apa? Ada masa memang kita perlu tinggalkan rumah kita kejap, amik mood dekat luar.. Relaks.. tenangkan fikiran.. 



Aik? kenapa kat rumah tak tenang ke? Tak bukan macam tu.. Bila dekat rumah kepala kita sebenarnya sarat memikirkan macam macam. Walaupon kadang kata harini nak rehat, kepala ni still fikir nak masak apa, nak basuh baju, nak mengemas la apa la haha dan selain itu.. ada masa tiera rasa macam idea tiera jadi terbatas.. Tiera  seorang isteri yang berkerja dari rumah.. seorang leader buat anak didik.. tiera sentiasa perlukan idea baru untuk terus maju dan bantu semua anak didik bisnes tiera.. 


So tiera perlu keluar kejap dari rutin harian. Tinggalkan semua dulu. Recharge. Dapat kan satu tenaga, satu nafas, satu environment yang lain, luar dari rumah yang mana inshallah sangat membantu untuk tenangkan fikiran dan generate idea demi idea. 


kat sini lah sekarang tiera dok update blog ni.. laju je rasa nak menulis hihi

Alang-alang tu, ber babymoon la kita hehe. Tiera dah nak masuk 38 weeks dah ni tau. Dah sarat sangat sebenarnya hehe. Cakap dekat suami tiera najmi, 


"yang..b dah nak bersalin yang..bila kita nak babymoon ni..nak keluar dari rumah kejap.." 


Dan khamis baru ni 8 jun tiera punya appointment checkup dengan O&G. Najmi cakap, 


"kalau doktor kata ok, baru boleh, ok? "


Sebenarnya checkup masa ni kami suami isteri sangat berdebar.. sebab kami mengharapkan satu keajaiban berlaku masa scan.. dan alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami! Tentang apa, inshallah nanti tiera kongsi dalam ebook tiera ya. Tapi sungguh hidup ini terlalu ajaib dengan doa.. Benarlah, doa mampu mengubah takdir. Kita kena percaya tu dan kuatkan berdoa tanpa putus asa. 



Dan kemudian doktor kata, tak ada masalah untuk tiera travel jauh pon kalau by car 😌 So petang khamis tu jugak kami gerak untuk ke Pahang.. 



Sebenarnya memang najmi pon ada kerja kat site sini, so alang alang tu kita sekalikan lah dengan babymoon..babymoon ni special sebab bulan puasa, dan best hotel ni ada jugak sesi solat terawih 😃



Yang rezekinya, kami book bilik biasa biasa je, bilik deluxe. Tapi masa nak check in pihak hotel inform bilik tak cukup, makanya kami diberikan bilik Executive tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan. Tiera & baby sangat happy yeayyy alhamdulillah. 





Tiera memang sangat suka bilik spacious macam ni, luas. lapang rasa :)



View dari beranda bilik kami 


Sebelum ke sini ingat weekend sabtu ahad ni nak try Grand Lexis PD. Grand Lexis terkenal dengan konsep bilik yang dilengkapi private swimming pool. Tapi bila fikir-fikir balik.. puasa puasa ni bukan nak mandi kolam pon hehe. Plus masa dekat Bali kan dah memang merasa bilik siap private pool, so takpela cancel. Tapi untuk siapa yang nak tahu grand lexis macamana, tiera share sikit gambar masa family tiera p menginap kat sana. (sebenarnya nak clearkan storage gambar jugak ni 😋)






Tokyah dengan marry kenit sebelum acara renang 😝

kemain suka budak budak ni pokcu n pakteh depa layan swimming sama naaa. Ammar, sumayyah, fateh


Grand lexis PD ni ada 3 jenis bilik kita boleh pilih, samada nak 



1) Above the sea

memang atas laut. Tu nampak ada kaca tengah tengah tu boleh la tengok air laut kat bawah hehe

2) Garden Living

Ni yang macam family tiera p tu 

3) Sky living



Ada satu lagi hibiscus kot namanya. Dia ada kolam transparent tepi laut.. Kalau korang berminat boleh la try ushaa ushaa agoda ke booking ke trivago ke ok.. 



So itu saja update tiera harini.. kata quick update, dekat 30 minit jugak menulisnya hehe. Harini inshallah nak try satu ikan bakar best kat sini.. nanti tiera kongsi di next entry ya! 


Masa nak keluar buka puasa semalam hehe boyot dah perut makyong 🙈




ok korang. thanks for reading 💕
Salam 15 Ramadhan semua 



love, 
athirah tieramiessyou

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...