HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Sejarah Shaklee






Ok semalam saya dah cerita kan kat facebook, sedikit sebanyak kisah atok shaklee ni? :)





Nama penuh beliau : Forrest Clell Shaklee




Dilahirkan pada bulan november di Carlisle, Iowa. Dekat US la. ok. Sewaktu beliau di lahirkan, doktor mengesahkan beliau mengidap penyakit tuberculosis - batuk kering dan beliau di ramalkan hanya boleh hidup hingga umur 8 tahun. Tu pon mungkin dalam keadaan lemah dan bed ridden, his short life would be his living death, macam mayat hidup! :( 



Jadi mak dan ayah beliau percaya dengan apa yang doktor katakan bahawasanya Forrest memerlukan


1) Good food 
2) Fresh air
3) Lots of rest


Ibu ayahnya merupakan pekebun/peladang. Farmer la kata orang putih. Sedih sangat dengan berita penyakit anak mereka. Mereka telah mengambil keputusan untuk berpindah dari Carlisle (situ kawasan lombong arang batu) ke tempat yang jauh dari kawasan bandar iaituke utara iowa. 


Zaman kanak-kanak beliau banyak di habiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Bila matahari naik, beliau banyak habiskan masa di luar. Seorang diri,  memerhati keadaan sekeliling dan berfikir.. beliau sedar akan penyakit yang di hidapai. Tapi beliau dah pandai berfikir. Kalau kita selalu kaitkan alam ini, kehidupan ini akan berakhir dengan kematian.. kenapa kita tak boleh fikir yang alam ini, ada sesuatu yang boleh menyembuhkan? Salah satu yang saya baca dalam buku tu dan rasa kagum dengan semangat Forrest ni... 


"He did not allow his ilness to ruin his life!"


Ibu beliau selalu mintak tolong beliau kumpulkan tumbuh-tumbuhan dan herba. Untuk buat apa tau, ubat tradisional. Ulam-ulaman.. kadang-kadang buat salad, teh dan sebagainya. Apabila beliau meningkat remaja, doktor sangat berpuas hati dengan kesihatan beliau dan menyatakan penyakit Tuberculosis beliau adalah terkawal :)




Bermula sebagai seorang Chiropratic Practitioner



Happy memang happy, tapi keadaan beliau tidak lah secergas dan sesihat remaja lain. Forrest Shaklee di waktu ini banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah 'Physical Magazine' yang mengatakan


"Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit."


Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh di rawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan scence of chiropratic care. Nak tahu apa tu boleh klik What is Chiropractic


Beliau kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang di ketuai B.J.Palmer. Walaupon beliau mengkagumi Palmer, tapi beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan Chiropractic adalah satu satunya rawatan penyakit fizikal. Beliau percaya, perlu adanya sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan. 



Langkah pertama sebagai seorang Nutritionist 





Sewaktu menjadi chiropractic practitioner, minat beliau dalam bidang nutrisi mula bertambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta supplement PERTAMA di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan "vitalized minerals" yang sekarang di kenali sebagai VITALEA. 

Terasa bangga pulak makan vitalea hihi



Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan hanya terdiri daripada chiropractors, malah Osteopathy , Internist dan juga pakar bedah. 


Pesakit pesakit di pusat rawatan tersebut, di berikan diet pemakanan yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau semakin hari semakin maju




Dr. Forrest C. Shaklee, di uji dengan kanser pula 



Memang beliau suka mengkaji dan belajar benda baru kan? Beliau banyak juga menghabiskan masa untuk mempelajari bidang baru pada waktu itu, iaitu X-Ray diagnosis. Pada waktu itu, bahaya terhadap exposure atau pendedahan terhadap sinaran X masih belum di ketahui. Masuk tahun 1921, beliau mula bimbang...


Ada rasa sakit di bahagian pinggul kanan dan bahu kiri beliau. 


Kemudian beliau menemui doktor pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser!


Kata pakar tersebut, untuk elak sel kanser merebak lengan kiri dan kaki kanan harus di potong. Aduh takkan nak kudung pulak lepas ni!


Tak berpuas hati, Dr Forrest C Shaklee mencari second opinion iaitu Mayo Clinic di Rochester, resultnya tetap sama. Tetap kanser. 



Bayangkan..


pada waktu itu kareer beliau sebagai seorang doktor sedang melonjak naik.. Isteri beliau pada waktu itu pula sedang mengandung dan mereka dah punya seorang anak. Tak sanggup rasanya untuk menjadi seorang yang kudung kaki tangan.



Tapi Dr Forrest Shaklee kan positif? Kuat semangat? Beliau bercakap berulang kali pada isterinya.. 


"Saya akan hidup.."


"Saya akan hidup.."


"Saya pasti boleh melakukannya!"


Begitu kuat semangat beliau. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa alam semulajadi . Tengok lah dulu doctor sahkan beliau boleh hidup sampai 8 tahun je, tapi berjaya je membesar siap jadi doktor lagi kan? Lagipon memang Sunnatullah. Nak sihat kena usaha kan?




Melawan Kanser dengan cara semulajadi 



Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil supplement dalam kuantiti yang tinggi.


Pada mulanya, macam takde sebarang perubahan positif lagi. namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya sekiranya beliau terus berfikiran positif dan teruskan amalkan pengambilan nutrisi yang yang lengkap, pasti akan sembuh! 


Setahun berlalu.. pada penghujung tahun 1922 kanser beliau semakin sembuh! Bukan itu sahaja, tahap kesihatan beliau juga makin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat. 








Bermulanya bisnes supplement Dr. Shaklee



Pada tahun 1924, Dr Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ni, beliau gunakan formulasi makanan tambahan yang di pakejkan oleh beliau untuk di berikan kepada pesakit. Malang tidak berbau... 


Sekali lagi di uji.. 5 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1929, pusat rawatan beliau terbakar! Habis musnah segala rekod beliau. Semua musnah kecuali buku inspirasi daripada Elbert_Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great


Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi 



"When all else is destroyed, only the product of the mind exists."



Dr Forrest C Shaklee kemudian mengambil keputusan untuk fokus dan tumpukan perhatian kepada kajian berkaitan nutrisi. Beliau pilih untuk fokus membina tubuh badan yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Faham tak?


Mencegah lebih baik dari mengubati.. kan? Kalau semua doktor fokus bantu yang dah pon ada penyakit, kenapa tidak beliau fokus bantu orang lain supaya usaha untuk sihat dan tidak dapat penyakit? Sunnatullah kan, hukum alam. Nak sihat, usaha. 



Kemudian beliau berpindah. Ke Eugene, Oregon kemudian ke Oakland. California. 



Selain membuat kajian, beliau juga banyak memberi talk umum, dan mendapat dua ijazah kehormat. Professor of Chiropractic dan Doctor of Naturapathy. Pada tahun 1935 beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College. Wah pernah jadi lecturer jugak lah atok kita ni! hihi



Beliau besara pada 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan & kesihatan badan pada tahun 1945. Yelah lihatlah bagaimana beliau jaga apa yang ada di minda beliau semasa beliau sakit, dari kecik lagi. 


Kalau kita dalam islam pon kan Allah suruh jaga apa yang kita fikir. Kerana Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. Fikir negatif, yang buruk-buruk, maka jadi lah ia satu doa dan menimpa betul-betul perkara buruk. Sebab tu kena fikir positif fikir yang baik-baik saja. 



Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah kuasa alam. The Power of Nature. Dua tahun kemudian, beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai "Thoughtmanship" 


Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughtmanship ini. Ini menyebabkan beliau di anugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Coomonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau di mainkan di corong radio di San Fransisco dan Oakland. Famous Dr Shaklee ni kan!



Penubuhan Shaklee Corporation


Pada penghujung tahun 1955, usia beliau waktu itu sudah 62 tahun. Dr Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Junior dan Lee bahawa beliau imgin melakukan sesuatu yang boleh memberi impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan supplement.



Enam bulan kemudian, tanggal 1 april 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kelebihan supplement terlebih dahulu. Macam yang kami geng geng shaklee buat sekarang la :)



Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement Dr Shaklee memberitahu anak anaknya. 

"Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.. "  :)


Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tinggi, akhirnya keluarga shaklee telah berjaya menbina satu perniagaan yang berkonsepkan Direct Selling. 


Mengapa ia berkonsepkan direct selling? Kenapa tak letak sahaja di kedai kedai. shipping mall ke? Terfikir tak? 


Kerana Dr Forrest mahu kita benar benar membantu orang, dan berkongsi dari hati. Beli dekat kedai, siapa nak consult? Siapa nak follow up? takde.. 



Tapi dengan konsep direct selling. Kita lebih cenderung untuk membantu dengan ikhlas.


amacam?
seronok kan?

Bangga pulak rasa berada dalam legasi shaklee ni :)

sampai sekarang nama beliau kita sebut sebut.. vitamin apa? Shaklee hihihi.. Terima kasih atok, kisah atok sangat memberi inspirasi buat semua :)




Gambar noslagia sangat kan? Dr Forrest C Shaklee bertukar hadiah dengan Kol Sanders KFC (Sebotol basic H dengan Bucket ayam goreng) . Adakah anda tahu Kol Sanders merupakan seorang supervisor dalam shaklee dulu kala? Ok bangga jap kalau p KFC. Ada kaitan haha. Mereka adalah usahawan tersohor. seorang memperkenalkan sistem networking (MLM) seorang lagi pula memperkanalkan sistem franchais. Shaklee adalah pelopor, yang PERTAMA sekali pioneer dalam bidang nutrisi dan Network Marketing. Bangga tak ? :)


Lepas ni makan KFC, ingat shaklee. Mereka ada kaitan! hihi








utk beberapa point dalam entry ini saya kreditkan kepada

- Firdaus azizi
- Haji Roslan
- Betty Woodhouse


Terima Kasih kerana membaca hingga habis :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...