Hai salam alaik!
Ok tengok tajuk obviously pasal handbag la, tak tahu kenapa sangat suka dengan sydney satchel ni.
saya suka gold |
I really love the bag since ianya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Tapi boleh masukkan semua benda penting yang saya rasa perlu di bawa bersama. Insyallah tahan lama sebab ianya genuine leather.
TAPI.....sebenarnya bukan tentang ciri-ciri handbag yang cuba saya sampaikan. Actually..saya nak cerita tentang sikap suka berbelanja dan tentang simpanan.
Saya akui, baru baru ni saya agak boros berbelanja. Nak, suka, beli.
Saya sendiri TAK suka sikap macam ni di kala income setiap bulan bukan lah belas ribu ringgit atau puluh ribu seperti sid sid yang lain.
Tapi ada reason di sebalik semua ni.
Contoh, saya beli kasut boot baru jenama Clarks baru baru ni sebab apa? Sebab sebelum ni saya beli boot yang RM50.
belum beli rak kasut lagi asyik lupa :p |
Tahukah anda betapa sakit tapak kaki saya berjalan menggunakan boot RM50 tu? Bukan kasut ni je, ada lagi beberapa kasut lain yang saya beli yang murah-murah, dan macam-macam jadi pada kaki saya. Melecet, kulit jari menggelembung, tapak kaki sakit yang amat dan macam-macam lagi.
Then saya decide nak cari brand yang kepakarannya memang dalam pembuatan kasut. Bukan fikirkan soal cantik je tahu, tapi selesa + sesuai dengan semua baju. Haa senang. Dalam kepala nampak Clarks je. So okay saya beli yang beratus ringgit DENGAN syarat saya letak pada diri sendiri, pakai kasut ni sampai dia hancur! Means guna habis-habisan dan tak perlu beli kasut baru selagi ia masih ok. Memang selesa la CLARKS tu.
Begitu juga dengan handbag, cukup lah selepas Harrods, Fossil ini yang terakhir saya beli. Dan lepas ni akan kelihatan saya akan berulang-ulang menggunakan bag yang sama sampai tahun depan hehe
Sebab, saya target untuk dapatkan percutian 6 bintang PERCUMA tajaan Shaklee...Tahun depan..Ke mana? Ke US you all!
Kat sana lagi banyak jenama best tapi harga murah-murah. Coach yang tiga empat ribu pon boleh dapat RM300-RM500 kat sana. Jadi kenapa nak terlalu rakus membeli di malaysia? kui3 :p
iya, memang special penghargaan dari Shaklee buat siapa yang berusaha bersungguh-sungguh. Jadi sekarang saya nak kerja kuat-kuat sampai saya layak pergi US tahun depan, secara percuma. Insyallah :)
Saya faham, rata-rata yang lepas dapat tahu jumlah pendapatan saya setiap bulan setelah 2 tahun menjalankan bisness shaklee, mesti mencadangkan saya dah boleh beli ni, dah boleh amik ni dan ni, dah boleh dah try pergi tempat sekian sekian..
Look. Kita kena fikirkan tentang saving. Simpanan. Pada saya, bila nak berbelanja sakan, think twice, simpanan aku dah berapa? Apa aset aku ada? Hutang belajar etc dah habis bayar ke?
Jawapan "takde ape aset lagi..." dan "hutang masih ada" biasanya akan buat saya kuat untuk menahan diri dari berbelanja besar.
Saya akan cakap dengan diri saya, sabar tiera, sabar. Kerja kuat lagi, fokus betul-betul dengan apa yang kau buat sekarang, sikit, sikitttt je masa lagi kau boleh dapat apa kau nak, kau boleh jadi seorang yang bebas hutang!
Kenapa perlu terburu-buru? Memetik dari buku yang saya baca bertajuk Jutawan MLM susunan Razzi Armansur ;
"orang yang tak ada simpanan ibarat orang yang sedang memandu kereta, stesen minyak entah di mana dan meter minyak sudah melepasi tanda E.."
Menyimpanlah.
Dan simpanan bukan untuk di gunakan sesuka hati, kita tak tahu apa-apa kecemasan boleh berlaku bila bila dalam masa terdekat. Berapa ramai antara kita yang mempunyai simpanan? Simpanan itu sangat-sangat penting.
Hey tupai pun pandai tau simpan sikit makanan dalam lubang tempat tinggal. Takde tupai habiskan terus sekaligus. Sebab untuk persediaan kalau kalau tak dapat keluar cari makan atas halangan-halangan tertentu, atleast tak mati kebuluran. Masih ada simpanan makanan. Tu tupai tu. Kita yang manusia takkan tak boleh berfikir jauh lebih baik dari tupai?
Buat masa ni, target saya hujung tahun 2015 simpanan mesti dah RMx0,000. Bukan 10K tau, adalah certain K tak perlu saya dedahkan , tapi yang penting saya nak cakap > Saya WAJIB kan diri saya untuk capai tu.
Melancong? Ada juga peruntukan khas dan pasti saya tetap akan plan percutian dengan suami sebab satu, sementara belum ada baby, dua, sebab saya tak nak lah jadi kategori orang yang terlampau sibuk mencari rezeki sampai tak sempat nak nikmati rezeki.
Kak ngah saya Master Ainul pernah cakap, sekali sekala keluar lah dari Malaysia. Minda terbuka bila bermusafir tadabbur bumi Allah dan lupakan kejap kisah dekat Malaysia. Beliau jugak pernah cerita, masa beliau ke Amsterdam tak silap, ada pasangan yang zaman mudanya mungkin terlalu kuat bekerja, bila dah tua baru nak melancong. Berjalan pun dah slow sikit, metabolisme dah rendah dan sebagainya. Saya taknak la macam tu kan.
Bagaimanapun, bukan lagi tahap saya untuk melancong 3-4 kali setahun. Cukup lah 1-2 kali setahun. Sebab saya ada target simpanan untuk saya capai kan, so kena la beringat. Insyallah bulan 5 ni plan nak celebrate birthday suami kat luar Malaysia.
So itu saja perkongsian tentang simpanan. Saya mintak maaf andai anda yang sedang membaca juga salah seorang yang suka berbelanja. Dengan rasa rendah diri, rendah hati, ini hanya pendapat saya :
Untuk apa kita nampak cantik bergaya mewah kalau hakikatnya simpanan kita tak banyak mana, aset satu apa masih belum ada. Kereta hutang, rumah sewa. Biar lah awal-awal ni kita nampak macam biasa-biasa, tapi bila dah betul-betul kukuh kewangan dan simpanan kita, ha beli la nak beli apa pun.
By the way kalau saya dapat kerja kat ***** haritu (2013) sebagai Legal Officer, saya tak rasa saya dapat buat simpanan beribu setiap bulan. Tolak duit sewa rumah duit tol minyak semua, berapa ratus sangat lah dapat saya simpan sebulan. Betul tak?
Tapi segala puji untuk Allah lah, dengan Shaklee saya dapat menyimpan lebih setiap bulan. Maaf untuk saya katakan ni. Kenaikan pangkat dan bonus untuk orang yang makan gaji, sangat susah, bak kata kak mimi walau rajin tahap ultraman pun, selagi boss tak pandang, atau belum rezeki, kita duduk je lah di jawatan yang sama, gaji yang sama.
Tapi dengan Shaklee? Kalau buat betul-betul, kerja kuat-kuat, kena pada cara, ikut tunjuk ajar mentor betul-betul. Insyallah boleh cepat sangat naik bonus kita, jawatan/rank kita.
Saya tidak mengutuk atau menghina ye mereka yang makan gaji. Tapi saya cuba nak beritahu, kalau anda kerja makan gaji, sangat lah penting untuk cari jalan supaya ada alternatif lain, sumber pendapatan yang lain, bukan hanya bergantung pada gaji sedia ada yang mungkin masih baru RM1500, RM2000, RM4000 atau RM5000.
Untuk apa saya kutuk atau merendah-rendahkan orang yang makan gaji, suami saya juga seorang engineer yang makan gaji. Takde sikit dalam hati untuk memandang rendah cuma tolong lah faham.
Di saat kos sara hidup semakin tinggi, semua harga barang serba serbi mahal, anda masih mahu mempunyai pendapatan cukup-cukup makan? Fikirkan kembali.
Kalau tanya pendapat saya, memang la saya akan cadangkan Shaklee is the best utk saya. Pelan pemasaran yang sangat best, sistem yang adil dan produk yang bagus tak pernah gagal buat saya setia terus dengan shaklee.
Tapi, apepun pilih la kumpulan dan mentor yang anda betul2 yakin boleh bantu anda ok. Jangan tersilap, takut nanti terpinga-pinga nak mula . Ingat jangan tersalah pilih rumah!
Rumah tiera, SPARKLE insyallah yang terbaik buat anda.
Pintu rumah tiera terbuka luas untuk anda.
Silakan mengetuk dan memberi salam, dan buat langkah bijak
untuk turut sertai sparkle tiera. okay? :)
Saya tiera,
seorang surirumah berpendapatan
insyallah bakal mentor anda
019-4120913

No comments:
Post a Comment