HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Because of you










Wahai ibu..

Only Allah knows how much I love you. 

Ibu tahu tak...

Sebab ibu.. anak ibu tahu apa itu aurat seawal enam tahun. 


sebab ibu.. yang mendidik dengan sungguh-sungguh..
anak ibu rasa berdosa bila tinggal solat.. 


sebab ibu.. yang berusaha mencari guru ngaji utk kami...anak ibu pandai membaca alquran hari ini...



sebab ibu selalu ingatkan kami, baca quran hari-hari.. susah untuk kami tinggalkan al-quran, ibu :')




sebab ibu.. yang selalu yakinkan kami anak-anak bahawa Allah itu maha pengampun, anak ibu bersemangat untuk sentiasa memohon taubat pada yang maha pengasihani.



sebab ibu yang selalu bg kata kata semangat, doa utk kami tak kira masa, bgn tengah malam dan solat untuk kami, kami berjaya capai apa yang kami kecapi hari ini. 




hingga hari ini, kekuatan ibu mendidik dan membesarkan kami tak kira waktu susah senang, sentiasa ada bersama kami. Ya kekuatan itu, sentiasa bersama kami. 


 Ibu, ketahuilah tiada satu pun didikan ibu tidak berguna. 



Ya Allah terlalu banyak yang ibu lakukan untuk kami. 
Maka doa kami setiap masa dan ketika, 
moga Allah sentiasa melindungi insan yang terlalu berharga ni.. 
insan yang teramat kami sayangi..



I would do anything for you ibu, give you everything. 
yes, do anything, give everything. 



Allah bersama kita


**********************




26 Time Management Hacks I Wish I'd Known at 20



















































Pomodoro technique ni adalah proses di mana kita budget masa kita, pecah pecahkan kepada beberapa bahagian contohnye sekali buat keje, fokus 25 minit, kemudian amik masa rehat selama 5 minit.  Setiap 25 minit tu la kita panggil Pomodoro, sebenarnya maksud dia tomato untuk orang italy. Kitchen timer dorang bentuk pomodoro la :)


Kiranya cuba buat kerja selama 100 minit 

25 minit buat kerja, then  rehat 5 minit.

sambung lagi 25 minit buat kerja, rehat lagi 5 minit. 

sampai 100 minit (4 kali 25 minit) (4 kali rehat yang 5 minit)


setiap 25 minit = 1 pomodoro


settle  1 pomodoro, mark progress kita dengan tanda X dan perhatikan berapa banyak kerja kita dapat settlekan dalam masa yang singkat iaitu 25 minit. Mengikut apa yang tiera baca, pomodoro techniques ni ada byk kali breaks, waktu rehat menyebabkan minda kita fresh dan focused.



kira nya kita akn buat lebih pantas due to strict timing kan, 25 minit tu? boleh cuba ni. Respect the tomato. hahaha







belajar dan belajar untuk menilai mana satu lebih penting dan perlu untuk  di dahulukan. 
























Time tengah buat kerja, masa tu la teringt nak buat itu, nak buat ini. Ia adalah sangat membunuh, bila kita tinggalkan kerja kita dan buat apa yang tibe2 kita terfikir, time nak buat to do list tak teringat pon. makanya lepas ni, kalau time buat kerja tiba-tiba teringat itu teringat ini, amik kertas tulis senarai perkara yang mengganggu fikiran kita ni haha. bila start nk menulis dia tak membuak buak pulak dalam otak ni. haish.




Fossil Sydney Satchel

Hai salam alaik!




Ok tengok tajuk obviously pasal handbag la,  tak tahu kenapa sangat suka dengan sydney satchel ni.




saya suka gold



I really love the bag since ianya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Tapi boleh masukkan semua benda penting yang saya rasa perlu di bawa bersama. Insyallah tahan lama sebab ianya genuine leather. 




TAPI.....sebenarnya bukan tentang ciri-ciri handbag yang cuba saya sampaikan. Actually..saya nak cerita tentang sikap suka berbelanja dan tentang simpanan.





Saya akui, baru baru ni saya agak boros berbelanja. Nak, suka, beli. 
Saya sendiri TAK suka sikap macam ni di kala income setiap bulan bukan lah belas ribu ringgit atau puluh ribu seperti sid sid yang lain. 





Tapi ada reason di sebalik semua ni. 





Contoh, saya beli kasut boot baru jenama Clarks baru baru ni sebab apa? Sebab sebelum ni saya beli boot yang RM50. 


belum beli rak kasut lagi asyik lupa :p




Tahukah anda betapa sakit tapak kaki saya berjalan menggunakan boot RM50 tu? Bukan kasut ni je, ada lagi beberapa kasut lain yang saya beli yang murah-murah, dan macam-macam jadi pada kaki saya. Melecet, kulit jari menggelembung, tapak kaki sakit yang amat dan macam-macam lagi.




Then saya decide nak cari brand yang kepakarannya memang dalam pembuatan kasut. Bukan fikirkan soal cantik je tahu, tapi selesa + sesuai dengan semua baju. Haa senang. Dalam kepala nampak Clarks je. So okay saya beli yang beratus ringgit DENGAN syarat saya letak pada diri sendiri, pakai kasut ni sampai dia hancur! Means guna habis-habisan dan tak perlu beli kasut baru selagi ia masih ok.  Memang selesa la CLARKS tu. 





Begitu juga dengan handbag, cukup lah selepas Harrods, Fossil ini yang terakhir saya beli. Dan lepas ni akan kelihatan saya akan berulang-ulang menggunakan bag yang sama sampai tahun depan hehe





Sebab, saya target untuk dapatkan percutian 6 bintang PERCUMA tajaan Shaklee...Tahun depan..Ke mana? Ke US you all!






Kat sana lagi banyak jenama best tapi harga murah-murah. Coach yang tiga empat ribu pon boleh dapat RM300-RM500 kat sana. Jadi kenapa nak terlalu rakus membeli di malaysia? kui3 :p 






iya, memang special penghargaan dari Shaklee buat siapa yang berusaha bersungguh-sungguh. Jadi sekarang saya nak kerja kuat-kuat sampai saya layak pergi US tahun depan, secara percuma.  Insyallah :)





Saya faham, rata-rata yang lepas dapat tahu jumlah pendapatan saya setiap bulan setelah 2 tahun menjalankan bisness shaklee, mesti mencadangkan saya dah boleh beli ni, dah boleh amik ni dan ni, dah boleh dah try pergi tempat sekian sekian..



Look. Kita kena fikirkan tentang saving. Simpanan. Pada saya, bila nak berbelanja sakan, think twice, simpanan aku dah berapa? Apa aset aku ada?  Hutang belajar etc dah habis bayar ke?




Jawapan "takde ape aset lagi..." dan "hutang masih ada" biasanya akan buat saya kuat untuk menahan diri dari berbelanja besar. 




Saya akan cakap dengan diri saya, sabar tiera, sabar. Kerja kuat lagi, fokus betul-betul dengan apa yang kau buat sekarang, sikit, sikitttt je masa lagi kau boleh dapat apa kau nak, kau boleh jadi seorang yang bebas hutang! 




Kenapa perlu terburu-buru? Memetik dari buku yang saya baca bertajuk Jutawan MLM susunan Razzi Armansur ;


"orang yang tak ada simpanan ibarat orang yang sedang memandu kereta, stesen minyak entah di mana dan meter minyak sudah melepasi tanda E.."




Menyimpanlah.



Dan simpanan bukan untuk di gunakan sesuka hati, kita tak tahu apa-apa kecemasan boleh berlaku bila bila dalam masa terdekat. Berapa ramai antara kita yang mempunyai simpanan? Simpanan itu sangat-sangat penting.  




Hey tupai pun pandai tau simpan sikit makanan dalam lubang tempat tinggal. Takde tupai habiskan terus sekaligus. Sebab untuk persediaan kalau kalau tak dapat keluar cari makan atas halangan-halangan tertentu, atleast tak mati kebuluran. Masih ada simpanan makanan. Tu tupai tu. Kita yang manusia takkan tak boleh berfikir jauh lebih baik dari tupai?




Buat masa ni, target saya hujung tahun 2015 simpanan mesti dah RMx0,000. Bukan 10K tau, adalah certain K tak perlu saya dedahkan , tapi yang penting saya nak cakap > Saya WAJIB kan diri saya untuk capai tu.




Melancong? Ada juga peruntukan khas dan pasti saya tetap akan plan percutian dengan suami sebab satu, sementara belum ada baby, dua, sebab saya tak nak lah jadi kategori orang yang terlampau sibuk mencari rezeki sampai tak sempat nak nikmati rezeki. 



Kak ngah saya Master Ainul pernah cakap, sekali sekala keluar lah dari Malaysia. Minda terbuka bila bermusafir tadabbur bumi Allah dan lupakan kejap kisah dekat Malaysia. Beliau jugak pernah cerita, masa beliau ke Amsterdam tak silap, ada pasangan yang zaman mudanya mungkin terlalu kuat bekerja, bila dah tua baru nak melancong. Berjalan pun dah slow sikit, metabolisme dah rendah dan sebagainya. Saya taknak la macam tu kan.




Bagaimanapun, bukan lagi tahap saya untuk melancong 3-4 kali setahun. Cukup lah 1-2 kali setahun. Sebab saya ada target simpanan untuk saya capai kan, so kena la beringat. Insyallah bulan 5 ni plan nak celebrate birthday suami kat luar Malaysia.  



So itu saja perkongsian tentang simpanan. Saya mintak maaf andai anda yang sedang membaca juga salah seorang yang suka berbelanja. Dengan rasa rendah diri, rendah hati, ini hanya pendapat saya :



Untuk apa kita nampak cantik bergaya mewah kalau hakikatnya simpanan kita tak banyak mana, aset satu apa masih belum ada. Kereta hutang, rumah sewa. Biar lah awal-awal ni kita nampak macam biasa-biasa, tapi bila dah betul-betul kukuh kewangan dan simpanan kita, ha beli la nak beli apa pun. 




By the way kalau saya dapat kerja kat ***** haritu (2013) sebagai Legal Officer, saya tak rasa saya dapat buat simpanan beribu setiap bulan.  Tolak duit sewa rumah duit tol minyak semua, berapa ratus sangat lah dapat saya simpan sebulan. Betul tak?




Tapi segala puji untuk Allah lah, dengan Shaklee saya dapat menyimpan lebih setiap bulan. Maaf untuk saya katakan ni. Kenaikan pangkat dan bonus untuk orang yang makan gaji, sangat susah, bak kata kak mimi walau rajin tahap ultraman pun, selagi boss tak pandang, atau belum rezeki, kita duduk je lah di jawatan yang sama, gaji yang sama. 





Tapi dengan Shaklee? Kalau buat betul-betul, kerja kuat-kuat, kena pada cara, ikut tunjuk ajar mentor betul-betul. Insyallah boleh cepat sangat naik bonus kita, jawatan/rank kita. 



Saya tidak mengutuk atau menghina ye mereka yang makan gaji. Tapi saya cuba nak beritahu, kalau anda kerja makan gaji, sangat lah penting untuk cari jalan supaya ada alternatif lain, sumber pendapatan yang lain, bukan hanya bergantung pada gaji sedia ada yang mungkin masih baru RM1500, RM2000, RM4000 atau RM5000.



Untuk apa saya kutuk atau merendah-rendahkan orang yang makan gaji,  suami saya juga seorang engineer yang makan gaji. Takde sikit dalam hati untuk memandang rendah cuma tolong lah faham. 




Di saat kos sara hidup semakin tinggi, semua harga barang serba serbi mahal, anda masih mahu mempunyai pendapatan cukup-cukup makan? Fikirkan kembali.



Kalau tanya pendapat saya, memang la saya akan cadangkan Shaklee is the best utk saya. Pelan pemasaran yang sangat best, sistem yang adil dan produk yang bagus tak pernah gagal buat saya setia terus dengan shaklee.



Tapi, apepun pilih la kumpulan dan mentor yang anda betul2 yakin boleh bantu anda ok.  Jangan tersilap, takut nanti terpinga-pinga nak mula . Ingat jangan tersalah pilih rumah!



Rumah tiera, SPARKLE insyallah yang terbaik buat anda. 
Pintu rumah tiera terbuka luas untuk anda. 



Silakan mengetuk dan memberi salam, dan buat langkah bijak 
untuk turut sertai sparkle tiera. okay? :)




Saya tiera,
seorang surirumah berpendapatan 
insyallah bakal mentor anda
019-4120913
















10 idea dekor buah-buahan, wajib cuba!



Malam malam macam ni tiera teringin sangat nak makan buah. Terjumpa pulak gamba-gambar ni kat fb, apa lagi, share sinilah! Senang nak cari balik di masa akan datang :)



Actually ada banyak lagi idea yang lain, tapi tiera suka yang 10 ni je. Mungkin sebab terbayang betapa juicy nye tembikai tu bila di gigit sejuk-sejuk. Layannya makan pisang ala ala aiskrim! hihi


 Okay jom kita tengok...



(1)



(2)


(3)


(4)


(5)



(6)


(7)


(8)


(9)



(10)





Terbayang 'kek' tembikai tu sejuk-sejuk..argh...so fruitillitios!!! Tunggu la akan ku cuba satu satu hehe



notakaki : kalau dah ada baby, and then dia besar sikit. spend masa sama-sama kat dapur buat benda ni.. bestnye.. :)



Working at home wife,
Insyallah work at home mom satu hari nanti

Join me.

Athirah,
019-4120913


Ibu jenis apakah aku ini??



Salam sejahtera buat anda yang sedang membaca. Terpanggil untuk saya kongsikan sesuatu... Tentang seorang wanita yang saya kenali.. kerjayanya pada satu ketika dahulu adalah sebagai seorang... peguam...



Walau saya tak berkesempatan untuk menjadi seorang peguam (kerana selepas konvo sehingga hari ini saya telah mengambil keputusan untuk fokus dengan bisnes saya) Tapi saya ter sangat faham karier seorang peguam. Sibuknya bukan biasa-biasa. 




Dengan nak siapkan agreement yang bukan satu bukan dua tapi berpuluh, kena pulak siap on time, client kejar lagi tak kira masa, tgh makan ke, tidur ke, dengan tak boleh buat keputusan sendiri, kena ikot apa boss kata, apa client nak. memang busy yang amat!



Alkisahnya wanita yang saya maksudkan ni seorang yang sangat komited dengan kerjanya. Nak kata sangat komited tu sampai tahap ketika berjuang untuk melahirkan anak ketiga, masa atas katil di dalam labor room pun masih boleh jawab lagi panggilan telefon anak guam beliau!




Kehidupan beliau begini.. pergi kerja di awal pagi, pulang dari kerja adakala di tengah malam. Pergi di saat anaknya sedang lena tidur, pulang di saat anak sudah pun lena di buai mimpi. 




Mujur ada ibunya yang tinggal bersama, menjaga anak-anak kecilnya yang ketika itu paling tua berusia 5 tahun. 




Sehingga satu masa.. si anak yang berusia lima tahun itu bersuara dan bertanya.. 



"mama kalau amsyar nak mintak something boleh?"


jawab beliau, nak apa, cakap lah. 



"boleh tak kalau, harini, harini je.. mama teman amsyar pergi playground macam mak kawan-kawan amsyar yang lain?"



Tersentak beliau. Tergamam. Hatinya terusik, tapi tatkala itu, beliau masih lagi dengan kerjaya beliau seperti biasa. 



Hari berlalu.. tanpa di sedari.. anak nya kini kian membesar.. semakin mendambakan masa, perhatian, belaian dan kasih sayang seorang ibu...



Satu hari yang lain, si anak meminta ayahnya untuk menggunting sehelai kertas menjadi satu bentuk 'love'. Kemudian di tulisnya sesuatu di atas kertas tersebut...




"Terima kasih tokmi sebab jaga along dengan adik.."



Kali ini beliau benar-benar tersentap. Sedih yang amat. Lalu beliau bertanyakan soalan pada si anak



"Kenapa tak tulis untuk mama?" tanyanya, sebak.



"Sebab mama asyik kerja kerja kerja. Client client client..."



Sedihnya perasaan beliau ketika itu, tuhan je tahu. Terdetik di dalam hatinya, 




"Ya Allah.. Ibu jenis apakah aku ini?"


Gambar sekadar hiasan


Saat itu, beliau mencari jalan.. Bagaimana cara untuk membebaskan diri dari di belenggu dengan masa dan tuntutan kerja yang begitu padat. Tahu apa jadi selepas itu?



Alhamdulillah, sekarang beliau sendiri menjaga anak anak beliau. Dari celiknya mata si anak, hingga pejamnya kembali di waktu malam, dia, si ibu, sentiasa ada untuk si anak. 



Walau saya belum lagi memiliki anak, tapi jujurnya kebahgiaan itu, dapat saya rasakan. Tidak bahagia kah anda apabila anda menjadi orang pertama yang mengetahui perkembangan anak anda, bukan pengasuh?


Tidak gembirakah anda, di saat anak anda memerlukan anda, anda sentiasa ada untuknya?



Ya, Shaklee telah mengubah seorang wanita bernama Nor Halimatul Nazurah Abu Bakar yang dulunya tak punya masa untuk keluarga, untuk anak-anak, akhirnya menjadi seorang isteri dan ibu yang bebas, bekerja dari rumah pada masa sama punya pendapatan yang banyak setiap bulan. 




Saya bangga dengan pencapaian beliau yang telah pon menggenggam pangkat tertinggi di dalam shaklee iaitu Master Coordinator. Dan itu lah destinasi yang sedang saya tuju. 




Tapi selalu saya ingatkan diri saya, untuk mencapai rank tersebut, bukan lah dengan tujuan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk semua anak bisnes saya.




Pangkat itu sendiri takkan mendatangkan kepuasan pada kita, jika belum cukup ramai orang yang sudah kita bantu...



Faham kan?



Insyallah, berdasarkan pengalaman saya selama dua tahun di dalam dunia Shaklee, saya akan turunkan ilmu saya buat mereka yang benar-benar mahu...



Andainya anda juga tak mahu mempunyai masa yang sangat terhad untuk anak-anak tersayang, maka bertindak lah. 


Saya pasti anda pernah membaca ayat ini dalam surah Ar-Ra'd ayat 11


إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ....  



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .



Cukuplah sampai disini. Anda ambil masa untuk berfikir sejenak.. Apakah anda suka dengan cara hidup anda sekarang? Jika suka, abaikan cerita yang saya kongsi.  Jika tidak suka, saya seru buat semua para ibu.. bertindaklah.. kita mampu untuk ubah kehidupan yang kita tak suka menjadi kehidupan yang lebih baik dan lebih bererti!


Beritahu saya andai anda adalah orang yang ingin saya bantu!



Ikhlas, 
Athirah.
Bekas pelajar undang-undang,
Seorang surirumah berpendapatan.

019-4120913


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...