HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Sunway Lagoon : Tips untuk puas hati!

Assalamualaikum




hi! :)  


Okay jom kita study macam mana nak pastikan kepuasan kita habiskan semua permainan dekat sunway lagoon tahap maksima.



Untuk pengetahuan, saya memang pernah masuk sunway lagoon dulu, tapi rasa macam menyesal sebab tiket untuk all parks tapi saya cuma habiskan masa dekat zambezi river lepas tu ada la 3-4 games dapat main.


masa ni anak along baru sorang, mikaell fardzley, tu,tu,kecik lagi hihi



So terbaru saya pergi Sunway Lagoon adalah pada 9 june 2014, di taja sepenuhnya oleh shaklee atas sebab point melancong saya cukup untuk suami + isteri (tapi yg monday husband tak dapat join sebab kerja)


sabtu.ahad.isnin.


saya dapat local punya je la tapi. doakan next time point cukup untuk pergi US pulak.amin3.



Fully sponsored termasuk meal allowance RM50 (nk beli apa-apa scan je barcode dekat wristband tu) dan jugak untuk e-locker pun scan je, Shaklee dah bayarkan siap2 utk locker RM15 tu satu locker, dapat 2 locker so RM30 ;)





Alright benda pertama you kena buat is dapatkan peta sunway lagoon sebaik saja you masuk okay. Mintak dekat kaunter.








okay you akan nampak ada


1) Scream Park
2) Amusement park
3) Wildlife Park
4) Water Park 
5) Extreme Park




Kalau you study map ni, you boleh nampak apa permainan yang tak perlu menunggu lama, yang mana kalau sekali masuk ramai-ramai, bukan 3-4 orang, yang itu you pergi dulu. 


So my advice pergi ke amusement park dulu!  (note : ia mgkin berbeza sekiranya anda membawa anak kecil, but atleast you boleh tahu mana tempat sesuai untuk bawak budak-budak kan?) Amusement park banyak game yang boleh naik bersama si kecil like vultures,butch cassidy trail, apache pots, haa dont worry :)






Refer colour setiap park. Ok 


1) vultures (2) butch cassidy trail tu memang sekali masuk ramai-ramai. So go go. Pergi yg ni dulu 

(3) Colorado tu dua orang atau empat orang sekali naik, tapi kejap je nak tunggu. Best! kena basah la sikit

(4) River rapid yang ini, ramai-ramai jugak so save masa






(5) Captain kids candy land
(6) Captain kids play land
(7) Carousel 


yang ni tak payah sebab untuk budak kecik je. setakat nak bergambar boleh la. hehe. Mana tak perlu p tak payah p. Save masa untuk banyak lagi park yang lain.


 vultures

candyland. Cantikkan. Boleh berangan kita watak dalam hensel & gretel.
atau..hmm..candy crush?


ni video butch cassidy trail. best la sebab laju and dapat angin  hihi


(8) Funfair alaa benda biasa tak p pun takpe.
(9) Gold scream coaster best! Sekali naik ramai2 dan memang best la. 
(10) Wagon wheel alaa macam naik eye on malaysia je takyah laa habis masa pusing2 gitu je

(11)  dengan (14) naik dulu.
Pirate revenge & tomahawk. best! Masuk ramai-ramai. kalau tak berani tak payah la naik. Tapi for me berani tak berani try je. Rugi tak rasa sendiri! hehe


Pirate's revenge

tomahawk



(12) Apache pots haaa dah takut, menjerit-jerit, boleh la tenangkan balik diri kita dalam cawan ni.dapatkan angin. hee


(13) Suspension bridge. Jambatan gantung. Saya dan adik saya gayat. so agak lama nak habiskan jalan atas tu haha.





ok amusement park done. settle satu park.



Next p mandi lah! pergi ke water park yeayy! pergi simpan dulu map dan handphone alam e-locker kita. nti basah!



Banyak sangat untuk park ni. So kena pandai la pilih. Timing is everything hehehe. Biarlah tepat pada masa yang bersesuaian. Time tgh panas better relax-relax dulu jangan p sini lagi




Tapi sebenarnya kalau tengok betul-betul, dia banyak benda simple je. Just lalu je dah cukup. 



Yang main you kena main, WAJIB sebab best gila is vuvuzela. hehe and yang ni semua yang I highlight.







Yang mana merah tu make sure you naik. Ni semua best.


Yang hijau tu 

(7) kalahari
(8) lil zimbabwe
(9) lake kariba

alaaa budak2 punya area laa. tapi jgn tinggal terus la rugi. main last2 nanti bila dah habis cover semua tempat.


(10) sampai (14) tu pun lalu saja la.basah-basahkan badan. voodos adventure tu you swim along the zembezi river mmg akan lalu pun, ade replica yang keluar-keluar air kat mulut  something like that la.



(14) wave pool tu kolam ada ombak. mandi la situ kejap hehe


lain-lain tempat makan etc. tu je.



masa untuk makan. rehat makan dulu nah hehe. shaklee dah belanje makan la ape saja, ade mcm2 kat dalam


fast food ada marry brown, burger king and subway kat dalam. Lain-lain jalan la tengok sendiri hehe ada food arena zulu kopitiam etc.








Dah settle part mandi manda kan? Pergi locker blk amik handphone dan map semula hehe. jgn risau locker tu boleh bukak tutup banyak kali. Scan je barcode kat wristband kita.



Scream park, kitorg masuk satu je. Horrowood Studios. Lain-lain macam tak sempat. Nak kejarkan masa.



Lama sikit la nak kena tunggu. Memang masuk ramai-ramai, tapi satu trip nak habis makan masa. So boleh gilir-gilir jaga, sorg p makan sorang tunggu hehe :p


Saya awal tak takut pon sebab dah bear in mind itu manusia jadi hantu. Tapi once you masuk, seram jugak sebab gelap dan zombies ni main kejar-kejar kita, tak ke menyampah haha.. seram la jadinye.



Part naik jambatan ni, kitorg dah start kena pakai cermin mata 3d  (bukan setiap masa kena pakai)
memang rasa nak jatuh. berpusing-pusing jambatan tu.







Part paling menyampah, dah lari, jerit-jerit, lepas tu lega kejap ada sorang ni muncul. pakaian macam askar. muka mcm orang biasa.oh okay bukan hantu.fuh legaa.. dia suruh berdiri belakang line kuning. and dia nak tunjuk map kat satu screen besar.


masa tu I dah pk something, apa kena mengena belajar peta malaysia tiba-tiba dalam rumah hantu?


tengah khusyuk dengar dia explain, tibe-tibe screen hilang dan muncul hantu nak terkam kita..rupanya tu hantu askar jepun daa..dia pakat dengan hantu yang keluar dari skrin hahaha


mencecett lari hahaha




don't touch anything, don't stop moving

Maaf la for this annoying jeritan at the end of the video tapi memang iols takut lah!

Zombie tgh kejar okayy...


sempat la record sikit. tekan button record siap siap dan lariiii





Extreme park tak payah la. kena bayar pon setiap satu. Ada masa lebih boleh la tapi saya tak pergi pon sebab nama pun extreme. seram woo tengok bungee jump T-T



Tapi ada je benda lain yang best like go-kart, archery.. cuma kalau fikir balik, masuk dah RM120, untuk apa try aktiviti yang perlu keluarkan duit lagi?  ye tak haha :D




Lastly masa untuk santai.. dah penat kan.. terjerit sana terjerit, sini lari sana lari sini.. habiskan lah masa dekat Wildlife Park pulak. 







mula mula naik train dulu..bg pakcik train bawak kita round satu sunway tu. Sambil tu minum air dan makan buah tembikai & jambu sejuk. Nyummeahh


lepas tu, korang jalan kaki je la. Memang best. Boleh experience sendiri betapa dekat nye kita dengan binatang-binatang ni. Few videos.





beza tau dengan zoo. kalau dekat zoo haiwan-haiwan ni jauh dari kita. kat sini boleh kata dekat la. macam video ni, rusa. you rasa tak very close dengan kita. tak semua la covered dengan glass macam tu. certain animal la. 



awal-awal masuk kita akan lalu (2) tu rimba. Ada pokok sikit dan banyak burung kakak tua..bising haha


(3) village. kayu kayu sikit tempat duduk dia.. dalam tu ada ular yang sangat besar dah di awetkan.
 Yang hidup pulak (hehe) ada itik-itik. Ada hamster etc dalam kaca.






 tgk kancil tu. dekat kan3











Saya menikmati keindahan wildlife so maaf tak banyak ambik gambar hehehe, fokus fokus. :D


birds :)


kancil yang sangat dekat :)




Dan macam-macam lagi!



haaa amacam nak pergi tak sunway lagoon? Kalau pergi make sure naik semua la. Rugi kalau bayar mahal-mahal tapi dapat main beberapa games je. Habiskan dulu yg mana tak perlu que panjang, then baru yang best+que panjang




Tiket bukan murah RM120 seorang. Jangan sia-siakan duit anda heh3,saya dapat free dari shaklee pun dah rasa rugi kalau tak maksimakan kepuasan, inikan pulak kalau keluar duit sendiri lagi la.



Banyak lagi gambar kami di sunway boleh  tengok sini. klik Gambar-gambar NC



Penginapan saya 3 hari 2 malam juga di taja sepenuhnya oleh Shaklee. Alhamdulillah dapat stay dekat 5 star hotel secara percuma! Tu saya kata best jadi ahli shaklee ni tak caya hihihi. TAPI JGN MALAS. Nak share kebaikan shaklee kat fb pun malas, nak turunkan pada anak2 shaklee kita mcm2 ilmu pon lemau.. susah la... -_-'



Saya dapat bilik Premier room (park view) semalam dalam RM538 ke RM584. so dua malam? Haa kira la. Free weh FREE! Again thank you shaklee! Berbaloi betul la buat shaklee ni :)



okay lah till then inshallah jump lagi next entry. saya athirah, pengedar shaklee sah yang anda boleh percayai. Nak jadi customer saya ke, business partner saya (jadi anak shaklee saya)ke, jangan malu atau segan. contact saya  tiera, 019-4120913 :)



bye!



my brothers and husband - swimming pool hotel sunway resort & spa
dorang stay jugak satu malam kat sini tapi club suite la. 
I & hubby kat premier tingkat bawah


I dan hubby, fungsi I di depan utk censored kan org tak pakai baju haha


                                                         thank you shaklee for the sweet memory :)

4 comments:

ruslina said...

Tq for the tips. :) sebelum ni tak terfikir pun nak kena pick and choose, tapi bila baca ur entry ni baru nmpak logiknya. Byk sgt attraction plus kena que lagi so kalau tak plan mmg rugi masa.

Athirah Tieramiessyou said...

iyup kalau tak plan, rugi macm tu je la duit tiket kita, byk mainan xdpt main sb masa terbuang byk sgt kt game yg kena que pjg..kan..

alright welcome anna :)

- M A S H - said...

seronoknyaaaa. kalau guna mycard harga dia rm90 ke? yang rm120 tu untuk foreigner ke?

Athirah Tieramiessyou said...

saya tak pasti mash. sebab saya punya tiket 100% shaklee bayar.. uruskan.. so tak tahu sgt bab harga ngee.. jom join buat shaklee nti mcm2 shaklee sponsor..! hehe..

awk cuba bkk web sunway lagoon k check harga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...