HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Res-V party

Res-V party was aswesomeeeee

itu lah yang tiera boleh katakan

semalam ahad 8 mac kitorang ada res-v party organised by shaklee malaysia




sedap sangat air vivix niii memang kreatif la shaklee ni!


aaaaaa biskut yang sangat cool 


semua bahan bahan yang ada dalam Res-V 😍


master ainul & I kitorang lari tema sikit 😜
orang pakai warna merah res-v kita pakai gold pulak haha
 
Res-V yang sangat best! bulan ni promo tau rugi siapa tak grab!

tea break dapat ni sorang satu. best betul lah shaklee ni 😂
tak tahu lah dorang charge kita tiket party ni RM30 ni untuk apa, RM20 dah dapat evoucher. lagi RM10 apa lah sangat kalau tengok apa yang kita semua dapat. tqsm shaklee I love you! 

balik rumah budak ni excited sangat dapat cookies res-V

dan ofcourse cara dia lepaskan rindu kat ibu, dia akan datang ke ibu dan bawak apa saja, asalkan dapat beraktiviti di sisi ibu.. dia masuk bilik naik atas katil bawak drawing block dia dengan crayon. alolo rindu ibu la tu, padahal baru berapa jam ibu tinggalkan 😋

my new hot product 😍
maintenance untuk diri sendiri SETIAP BULAN . Res-V ni sangat bagus untuk

> tenaga
> nampak muda
> kuatkan daya ingatan
> sihatkan jantung
> usaha untuk hamil
> nak kurus (ehem I will show you the result tunggu excited ni nak konsisten makan)

> kulit cantik
> rambut cantik

eh banyak lagi lah! nanti I akan buat satu entry khas pasal RES-V ok?

sementara tu you guys boleh tengok live video tiera kat sini klik

LIVE VIDEO ATHIRAH TENTANG RES_V DALAM KERETA HIHI

Alhamdulillah terima kasih ya Allah kau bagi aku 50 orang setiap bulan nak beli vivix dan res-v !!!


p/s : nak tahu tak betapa clumsy nya tiera haha. ok party Res-V adalah bertempat di Ruang Event. tak tahu pulak yang Ruang ni banyak tempat, so dengan confidentnya daku drive ke Ruang, Subang. mentang mentang p seminar pecutan bisnes master nana kat situ haritu, dengan yakinnya aku drive ke sana haha. sekali nak masuk, eh ada lagu happy birthday to you.. dan tengok banyak budak budak.. OMG aku salah tempat! hahaha rupanya shaklee punya event kat Ruang Shah Alam, bukan sini adeh.. malu eden hahaha 


ok lah guys thanks for reading
I nak aktif blogging balik.. 
rindu...



PERCUMA VOUCHER IKEA RM200!



korang ingat ke ada satu hari tu tiera upload gambar ni? dengan hashtag #tropicanacny2020

    

Ok sebenarnya ada satu event ni, under Tropicana Corporation Berhad. Kita datang, register, amik gambar dekat mickey besar ni dan upload ke fb dengan hashtag #tropicanacny2020 nanti dapat tiket yang melayakkan kita masuk wind chamber. Bila masukwindchamber tu, boleh amik 3 kertas je dan setiap satu kertas ada hadiah tersendiri.  


Tak tahu wind chamber tu macamana? alaa yang macam masa event shaklee tu ingat tak.. 


ni suami tiera masuk. lepas dia tiera lah pulak. total kertas kami dapat 6 lah, 3 najmi, 3 lagi




       



alhamdulillah rezeki, dapat payung, dapat voucher ikea rm200, limau, makan pun free


so ok nak tengok apa yang tiera beli kasi habis rm200 tu?

tuala hijau buat lap pinggan RM7.90

Pinggan portion. boleh la bagi aleesha satu, ibu pakai satu untuk diet punya meal hehe








misi bebaskan aleesha dari pampers hehe


nak buat photoshoot produk shaklee sekali leh guna untuk deco rumah ye dak 


quilt cover dan pillow case x 4 queen size RM129






bawak ibu, dan tiera cari wheelchair. taknak ibu banyak berdiri atau berjalan. biar lah anak dia yang tolak dia atas wheelchair asalkan dia tak penat


Haaaa grab grab grab

haa p makan kat sana sampai tarikh tersebut, dapat voucher rm50 you.. along belanja weols makan masheh long, dan along dapat RM50 tu


ibu dan along. masheh along belanje makan hehe

style packaging air minuman dia

ok la kira free semua ni sb pakai voucher hadiah dr tropicana tu ye dak



Nak tahu satu cerita tak, yang masa kami on the way ke sana, tiera doa dapat hadiah duit ke voucher rm100, najmi pun cakap. apa mintak kat allah sikit sgt, mintak lah banyak.. 

najmi mintak dapat rm1000 haha betul jugak kan. dan apa terjadi, tiera harap dapat rm100 last last tiga tiga kertas dapat hadiah limau mandarin je


najmi mintak / doa rm1000 dapat voucher ikea rm200, dapat payung, dapat limau mandarin.


ada pengajaran di sini. aim big. doa mintak besar besar kat Allah. 

jangan la mintak yang sikit atau macam rasa diri tak layak dapat benda besar besar. 


do not lower your standard and always ask the best from god, aim the best untuk diri sendiri. ok? :)


ok lah, just a quick update.. thanks sudi baca tiera punya story. hingga berjumpa lagi. bye bye.



10 teknik lariskan servis spa anda!


Menjalan kan bisnes dalam bentuk servis adalah satu bisnes yang sangat demanding di masa sekarang. Mana tidaknya, semua orang sangat sibuk dan terpaksa mencari servis yang boleh memudahkan dan menjimatkan masa mereka. 


Sebut saja apa jenis servis, samada penghantaran makanan, personal shopper , rider hantar dokumen tak ketinggalan jugak servis spa bergerak! 


Walaubagaimanapun, sungguhpun servis ini demanding dan mendapat permintaan ramai , jika kita tak tahu apa strategi untuk pastikan ramai orang tahu khidmat yang kita sediakan, susah juga. Maka amatlah penting untuk kita kuasai teknik pemasaran berkesan. Saya selaku beautician TWB yang telah berkecimpung dalam bidang kesihatan dan kecantikan spa selama hampir 5 tahun ini berbesar hati untuk kongsikan SEPULUH TEKNIK berkesan untuk lariskan perniagaan spa anda. 


#1. Servis ahli keluarga atau rakan rakan anda terlebih dahulu

Semasa saya baru habis belajar bersama TWB, orang pertama yang saya facialkan adalah kawan sekolah saya dan adik beradik saya. Saya tahu siapa yang sangat supportive dan saya tawarkan servis spa kepada mereka. Sebab mereka kategori istimewa, saya berikan harga yang istimewa juga. Tak mengapa! kerana kita bukan sahaja dapat mengeratkan kembali jalinan ukhuwah malah kita punya testimoni dan gambar untuk di kongsikan di media sosial.



#2. Sentiasa tunjukkan sambutan

Kongsi lah  aktiviti anda, gambar pelanggan , feedback mereka selalu. Kerana ini akan memberikan pandangan yang bagus terhadap audience anda bahawasanya servis spa anda mendapat sambutan dan mereka jugak tak patut ketinggalan mendapatkan servis anda. 



#3. Kekerapan berkongsi di platform bisnes

Bila di tanya tentang keuntungan dan berapa ramai pelanggan yang di mahu kan, jawabnya ramai tapi bila di lihat posting posting di fb , instagram, dalam masa 3 hari baru satu post. eh macamana tu! Ingat lah, tiada perkara datang mudah sahaja dalam hidup kita, apa lagi dalam berbisnes. Di mana ada usaha di situ ada hasil. Jika anda malas, maka sale dan target income anda akan terbabas!



#4. Gunakan sepenuhnya platform bisnes percuma

Tak perlu keluar duit pun. Semuanya percuma. Blog, facebook, instagram, whatsapp stories. Ahhh ruginya jika tak fully utilize semua ni!


#5. Mulut ke mulut

Eh bukan bercium lah! 😂 tapi referral ataupun recommend dari orang yang pernah merasai servis spa kita. Untuk ini ada dua cara, pertama, anda kena sebut. Tak sebut orang tak tahu. Contoh, 

"Kalau ada sesiapa nak kan servis spa, bagitahu lah mereka cari saya. " 

Cara kedua adalah berikan servis sehabis baik. Biasanya kalau pelanggan sangat berpuas hati, mereka tak tahan untuk tidak share kepada orang lain tentang servis kita. Tak payah suruh pun dia dah kongsi di facebook! The purpose of a business is to create a customer who creates customers! 


#6. Buat iklan. 

Anda boleh buat iklan berbayar samada di fbads, googleads, igads dan macam macam lagi. Macamana cara nak buat, tu kena lah sertai team spa kami sebab kami ada ajar cara buat iklan serendah RM3 je! 


#7. Paid review

Cari mana mana selebriti atau instafamous yang boleh buat paid review untuk servis spa anda. Yang ini, pandai pandai lah anda study mana yang ok dan harga berpatutan ya!


#8. Jangan abaikan jiran tetangga anda

kadang-kadang kita sibuk nak cari orang jauh jauh, sedangkan orang sebelah rumah pun belum tahu kita buat servis spa! 


#9. Edar flyers

Anda boleh fikir di mana boleh anda edarkan flyers bersesuaian dengan target niche dan market anda. Jika mahukan student, kan boleh jelajah universiti berhampiran?



#10. Bukak mulut bukak kedai tutup mulut tutup kedai. 

Ringan ringankan mulut bila berjumpa dengan sesiapa sahaja, di surau, semasa que panjang di sesuatu tempat, di butik ketika membeli belah. Kerana boleh jadi orang yang anda baru jumpa di surau semasa shopping harini. adalah bakal pelanggan yang sangat setia dan akan repeat mahukan servis dari anda berkali kali!



Gambar ketika saya baru habis memberikan servis spa kepada client yang merupakan seorang doktor pakar :)


Itu saja tips dari saya untuk kali ini. Ada banyak lagi tips boleh saya beri, Inshallah. pastikan anda follow facebook saya Athirah Tieramiessyou atau boleh mendaftar untuk belajar spa dengan saya dan saya ajarkan anda bagaimana anda boleh dapatkan minimum RM2000 sebulan dengan servis spa sahaja! Yang lagi best, spa itu adalah kepunyaan anda, atas nama anda sendiri dan keuntungan 100% masuk poket anda sendiri!


Boleh klik link ini jika mahu menyertai training dengan saya di bawah projek spa THE WALKING BEAUTY, ok? sehingga kita berjumpa lagi, bye bye!


Link Facebook : Athirah Tieramiessyou
Link Whatsapp : http://www.wasap.my/6019-4120913

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...