HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Akhirnya WAHM itu milikku jua :)




Alhamdulillah, nikmat Allah yang mana lagi nak di dustakan? satu ketika dulu, tiera pernah cemburu dengan kawan-kawan yang bergelar WAHM atau working at home mom. Nak jugak guna gelaran tu, tapi nak buat macamana, kita belum ada anak , jadi cuma boleh guna WAHW iaitu working at home wife 😌



Hidup ni adalah satu doa. Setiap hari, doa adalah yang membentuk kehidupan. Setuju? Sebab apa saja kita buat, fikir, rasa, cakap, semuanya adalah doa. Setiap hari kita buat macam-macam kan? Bermacam perkara ada dalam fikiran kita, tanpa kita sedar, itulah yang membentuk atau mencorak hari hari kita seterusnya.. 



Sebab tu kena jaga segala perbuatan kita, percakapan kita, fikiran kita. Tambah lagi dengan doa doa spesifik dan terperinci.. selepas solat dan setiap masa yang kita rasa nak doa, doa je lah. 


Dan hari ini, bila tiera kenang, terlalu banyak dah doa yang Allah kabulkan.. walaupon ada sesetengah doa, bertahun tahun baru Allah makbulkan, tapi syukur.. Akhirnya dia bagi, pada masa yang benar benar terbaik dalam pengetahuan-Nya




Allah tak kejam. 
Allah tidak pernah menjawab tidak pada doa doa kita.


Allah cuma ada 3 jawapan untuk setiap doa kita.. untuk setiap yang kita mintak.


1) ya
2) ya tapi bukan sekarang
3) aku ada sesuatu yang lebih baik untuk kau





Saat baby di letakkan di atas dada tiera, skin to skin right after dia keluar.. Allah je tahu bagaimana perasannnya.. Saat najmi iqamat, azankan baby, allahuakbar ini lah detik yang lama aku tunggu.. terasa sempurna diri tiera sebagai seorang isteri dapat melahirkan zuriat najmi.. lama penantian ni.. lama sayang ibu.. 



alamak baby dah nangis! nanti sambung pot pet lagi ya! hehe  kang dok post psl bersyukur dpt baby, baby pon terabai, tak guna jugak.. nanti sambung ya. thanks for reading uols 😍

Happy Father's Day, babah :)




Baby tahu tak, masa dapat tahu baby dah ada dalam rahim ibu.. selain ibu, babahlah orang yang paling happy tak terkata hingga menitiskan air mata. Sebab ibu tahu, babah pon sama macam ibu.. rindu kat baby sejak baby belum ada lagi.. 

Babah peluk ibu kuat-kuat bila ibu tunjuk dua line merah ni.. peluk sambil nangis.. baby tahu betapa happynya babah masa tu?






Sebelum dapat tahu, ibu sakit sangat. Proses baby nak menempel sangat sakit sampai ibu menangis tak tahan, ibu fikirkan senggugut, rupanya implantation process :') ibu jadi moody, nak marah je rasa.. tapi babah sangat sabar layan ibu.. saat ibu rasa nak tengok muka dia pon tak nak, walau tanpa sebab.. babah tetap genggam kuat tangan ibu.. 



Lepas dapat tahu kewujudan baby, babah jaga ibu lebih lagi. Babah tak bagi ibu buat kerja sangat, dan babah banyak buat kerja kerja rumah, sayang sangat babah kat kita tau.. 



Masa kita kerjakan umrah pertama kita sama-sama, ibu dah tak larat habiskan saie 5 km. babah pegang tangan ibu, babah bawak kita untuk habiskan saie. walaupon kejap kejap kena duduk, rehat , then sambung lagi.. Tapi babah tetap gigih pimpin kita.. Baby ingat lagi? kali kedua umrah, saie. babah bawak kita naik scooter pulak hehe. babah memang selalu fikirkan tentang kita.. 




Sebab tunggu baby lama sangat, hampir 3 tahun lamanya. maka ibu dan babah selalu di bayangi dengan perasaan takut.. takut apa apa jadi kat baby.. tapi cepat2 ibu dan babah istighfar.. tak nak fikir bukan bukan.. sebab apa kita fikir, cakap, rasa, semuanya adalah doa. Kalau kita fikir bukan bukan, maksudnya kita doa mintak benda tu jadi kat kita. nauzubillah.



Alhamdulilah bulan demi bulan berlalu, akhirnya today, ibu dah pon 39 minggu. Sabtu baru ni dah mula ada discharge coklat + pink sikit.. Patutnya nak rush ke hospital dah.. Tapi sakit contraction belum rasa lagi.. so masih lagi tak ke hospital kita.. tunggu betul betul sakit baru p.. malam semalam start  sakit, macam nak senggugut tapi kejap je. Then sampai sekarang takde rasa.. yang rasa, baby duk kicking punching non stop, sampai ibu terbangun dari tidur , terkejut ibu nak ko karate ibu pagi pagi buta 😂 tapi bagus jugak. Alarm semulajadi dari ustajah baby kita ni, kejut ibu qiam ye..


Hmm..Kalau sakit start rasa lagi, dan selang 5 minit macam tu rasa balik, again dan again. baru kita p hospital, ok baby? 



Dear babah, 
selamat hari ayah dari kami.. Terima kasih sebab sayang kami.. terima kasih sebab jaga bubu dan baby.. terima kasih sebab selalu usahakan dapatkan apa yang bubu dan baby teringin nak makan 🙈
Terima kasih sebab selalu sebut kami dalam doa babah.. 


Moga terus menjadi hero di hati kami, sampai hujung nyawa. Jadi imam terbaik untuk keluarga kita, seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab, lemah lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang. We love you!



Selamat hari ayah juga buat semua yang bergelar bapa terutama buat ayahku Ab Razak, ayah mertuaku Zulkifli, and to all amazing Shaklee Dads!




p/s : ada satu insiden yang menyebabkan tiera pernah kena tahan ward selama 3 hari 2 malam. Tiera tak cerita pon dekat sesiapa kecuali beberapa orang.. tapi macam yang tiera selalu sebut, doa MAMPU mengubah takdirkan? memang betul. keajaiban berlaku.  Ajaib sangat sangat.. Inshallah semua akan tiera kongsikan dalam ebook tiera nanti ya.. lepas bersalin, dalam pantang nanti akan 'release', siapa yang nak dapatkan ebook eksklusif perkongsian tiera dari usaha untuk hamil hingga detik-detik kehamilan hingga melahirkan, stay tune ya , akan tiera announce nanti 😊 Mohon doa semua agar di permudahkan untuk tiera melahirkan anak sulung kami dengan mudah, selamat, normal dan suami sentiasa di sisi.. 


Much love,
Athirah Tieramiessyou





Maaf, saya terpaksa unfriend awak

Lega rasanya bila dah unfriend mereka mereka yang boleh beri cas negatif pada tiera.. 😌 unfriend di fb bukan bermakna bermusuh atau memutuskan silaturrahim. Kalau jumpa di luar kat mana mana.. kita tetap bertegur macam biasa.. ✌ cuma tiera harap semua boleh faham..


Fb ibarat office untuk tiera. Tempat tiera berkerja, cari rezeki di samping berkongsi apa saja yang tiera rasakan boleh beri manfaat pada orang lain.


Bayangkan kalau anda masuk kerja hari hari. Nak tak, anda duduk se pejabat dengan orang yang negatif? Tiera ingat lagi Irfan Khairi ada kongsikan. Situasi dalam satu pejabat, sekiranya ada 10 orang dalam tu, cuma 1 orang yang negatif baki 9 orang positif. Siapa yang akan menang? Cas positif atau cas negatif? 

Ye betul. Yang negatif akan kuat mempengaruhi, walaupon jumlahnya cuma satu. Ia boleh pengaruh minda kita, tenaga kita, emosi kita.

Jadi cara terbaik adalah jauhkan diri kita dari sesiapa yang punya cas negatif ni.

Antara golongan yang tiera unfriend adalah :

- yang selalu bersangka buruk.
- yang selalu kongsi rungutan, kemarahan, kebencian dan kata kata carut walaupon kadang-kadang hanya kerana perkara kecil. Contohnya, order makan lambat sampai.
- tidak menghormati kerjaya orang lain. golongan yang bukan sahaja tidak menyokong kita berniaga selama ni malah suka memerli dan memuat naik status status berbentuk sindiran
- yang kongsikan mana mana link bertujuan untuk menyampaikan kepada tiera secara indirect sesuatu mesej. Dah tentu berkaitan dengan kerjaya tiera. Tak faham, selama ni dok stalk kita, ambil tahu perkembangan kita, tapi hati menyimpan sesuatu.. ada penyakit ain. Matanya begitu sakit melihat pencapaian orang.. dan rupanya menunggu masa, ada isu atau sesuatu cerita, masa untuk menembak! allahuakbar. Moga Allah jauhkan kita dari orang orang begini.

Tiera selalu doa mintak allah tunjuk kalau kalau ada yang negatif di kalangan rakan rakan fb tiera. Tiera nak jauh jauh dari orang begini. Ye Allah tunjukkan.


Mereka yang jarang keluar di newsfeed tiera, tiba tibe keluar dengan rancaknya berkongsi macam macam yang berkaitan dengan kerjaya tiera.. tanpa berlengah lengah, terus tiera klik butang unfriend.

Anda tak perlu tengok perkembangan tiera, jika anda rasa sakit dan menyimpan rasa tidak puas hati. Fokus lah pada kehidupan masing masing, kerjaya masing masing. Impian dan matlamat hidup masing-masing. Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan masa kita pada kebencian. Lebih baik kita berkasih sayang dan saling menghormati. Spread love 💖 not hate.





Dan mungkin ada lagi yang tiera tak ter perasan, tapi sekiranya tiera ternampak satu hari nanti, tiera mintak maaf siap siap ya, tiera terpaksa klik unfriend. 🙏


Sebelum kita kongsikan sesuatu, cuba consider beberapa perkara .. tanya diri kita dulu..

1) Adakah ia akan menyinggung orang lain?

2) Adakah maklumat ini benar atau kita sekadar dengar cakap orang?

3) Adakah ia membantu?

4) Adakah ia boleh memberi inspirasi?

5) Adakah ia perlu untuk dikongsikan?

6) Adakah perbuatan itu baik dan mendapat pahala di sisi Allah?

7) Adakah kita berkata sesuatu dengan tujuan kasih sayang atau atas dasar kebencian dan perasaan penuh geram, dendam semata?


Tanya diri kita sendiri. Apa yang aku sedang buat ni?



Semoga Allah jauhkan kita semua dari golongan sebegini dan usahlah kita lupa di sebalik 2-3 orang negatif, ada beratus orang lain yang positif dan ada bersama kita. Jadi usah terganggu dengan 2-3 orang yang negatif, jauhkan diri. Unfriend mereka yang negatif dan hati penuh kebencian, fokus pada mereka yang baik, penyayang, supportive dan positif.


Alihkan tumpuan kita pada perkara yang baik baik.. Inshallah.
Beautiful things happen when you distance yourself from the negative 😊

#salam20ramadhan


Much love,
Athirah Tieramiessyou





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...