Alhamdulillah, harini update blog usia kandungan tiera dah 32 minggu 3 hari. Gambar ni masa tiera 29 minggu |
Kadang-kadang tiera tak ingat pulak tiera mengandung kecuali bila baby kicking dan gerak-gerak, baru teringat, eh aku mengandung 😂. Masuk 8 bulan ni la baru macam rasa betul sentiasa kita ni mengandung .. sebab baby dah besar, dia gerak pulak kerap dan ngilu bila siku dia lutut dia bergesel terasa kat kulit perut kita 👶
Ok untuk menjawab persoalan.. set mengandung shaklee ni ok ke tidak.. tiera share la ya pengalaman tiera 😊
Nak tahu tak sejak tiera di awal kehamilan sampai masuk 7 bulan..
Memang sungguh tak tipu Tiera melalui pregnancy journey yang sangat selesa.. alhamdulillah..
Tiera tak rasa perkara-perkara kurang menyenangkan yang lazimnya kita tahu selalu preggy mommy alami..
🤰🏼 masa awal pregnant morning sickness tak terasa sangat. Kalau ada pon sangat mild. Rasa nak muntah bukan sebab mual, tapi sebab angin kot? Kita just rasa nak uwekk uweek, pastu keluar angin , berk. haha lawak bila ingat balik. Takde pon muntah keluar apa apa padahal..
🤰🏼 awal awal je la macam tak lalu bau ikan. Tu pon cuma 3-4 hari lepas tu semua makanan daku balun 😂 selera sama je macam time tak pregnant
🤰🏼 simpul biawak? erm boleh kira berapa kali je kena tu pon kalau penat sangat tapi memang jarang sangat sangat lah.
🤰🏼 Makin masuk 7 bulan makin takde rasa sakit sakit badan. yang ni memang amazing subhanallah kesan amik ostematrix. Awal awal haritu je la ada sakit pinggang kejap. Lepas tu takde dah.. bila terlalu banyak mengadap laptop je la sakit sikit tulang belikat yang mana normal sebelum mengandung pon selalu sakit bila hadap laptop bagai nak tembus dinding haha biasanya waktu closing la 😌
🤰🏼 Sembelit? Alhamdulillah langsung tak ada! Malah sehari
2-3 kali membuang dengan laju bak roller coaster 🙊
🤰🏼 demam? Erm.. jap nak ingatkan 🤔 tak pernah lagi rasanya alhamdulillah. Masa pergi umrah tu je la lepas saie tiera sakit kaki sikit. Tapi cuma satu malam rehat dan telankan ostematrix sampai 12 biji dengan alfalfa 10 biji.
Lepas tu bertenaga sangat sangat dah dan siap boleh berlari kejar burung dekat belakang hotel hehe. Dan pergi ziarah pon alhamdulillah selesa nak berjalan macam biasa dah.
🤰🏼 mood swing.. Yang ini boleh tanya suami tiera. Tiera sentiasa happy je rasanya setakat ni takde pulak macam time period moody rasa macam nak makan orang je rasa haha
🤰🏼 doc sahkn tiera bebas GBS, HB cantik tekanan darah semua cantik!
Alhamdulillah sangat sangat. Tiera percaya inilah kesan dari konsistennya tiera ambil vitamin vitamin shaklee selama ni.. bila cukup semua keperluan badan, sebab tu kot tak alami perkara-perkara kurang menyenangkan? Harini pon puasa.. tiera tak rasa tiera ni seorang ibu mengandung yang sedang berpuasa.. 😅 bertenaga je. Larat je. Happy je. Sebab tu kot tak perasan kita ni pregnant
Atas sebab pengalaman inilah..Tiera yakin sangat. Untuk cadangkan set hamil lengkap pada anda.. Sebab tiera sendiri nampak kesannya..
♥️ Minum ESP doc scan kata otot rahim tiera sangat kuat. Sampai doc tanya awak ni dulu atlet ke 😂 penting minum esp supaya otot rahim kuat, bila kuat ia boleh pegang beg ketuban janin baby kuat kuat. Inshallah kurang risiko keguguran.
♥️ tiera makan multivitamin vitalea sampai doc puji HB cantik. Dan dalam vitalea ada iodin. Sangat bagus untuk IQ baby
♥️ tiera makan vitamin c untuk kuatkan sistem pertahanan badan, dan sangat penting untuk di makan bersama vitalea untuk penyerapan zat besi optimum utk HB. Dan mungkin sebab vitamin c jugak lah ramai tegur kata makin mengandung makin berseri hihi.
♥️ tiera makan bcomplex sebab memang sangat penting untuk sumber asid folik. Syukur alhamdulillah bila scan baby takde apa masalah melibatkan tulang belakang. Bahaya sangat sangat kurang asid folik baby terdedah kepada risiko spina bifida, nauzubillah 😣 dan bcomplex jugak adalah sejenis vitamin yang memberi tenAga sekaligus membantu untuk kita jadi lebih happy. Sebab ia kawal hormon stress. Sebab tu ada kawan sekolah tiera siap cakap sejak makan bcomplex dah jarang bergaduh dengan suami. Kalau tak dulu asyik nak hangin je dia cakap. Berguna bcomplex shaklee ni tau
♥️ ostematrix shaklee. Yang ni mmg wajib wajib wajibbb sangat sangat. Kalau tak mengandung pon wajib amik setiap hari kan. dah mengandung lagiii laa. Sb kita perempuan. Sekali bergerak kalsium digunakan. hilang.. Belum masuk period lagi. Kalsium hilang dari badan ikut darah yang keluar. Ni mengandung lagii la. Kita kongsi kalsium dengan baby. Baby nak develop tulang perlukan banyak kalsium. Kalau kita tak cukup pengambilan kalsium, mana baby nak dapatkan kalsium? Terpaksa la sistem dalaman kita kikis tulang belulang kita nak dapatkan kalsium. Dah tu kita complaint sakit badan.. sakit pinggang. Walhal kita yang tak supply kalsium yang mencukupi untuk keperluan badan kita dan keperluan baby kat dalam.
♥️ Peppermint Gingerplus, bila dah masuk trimester 3 ni masalah apa tau. Pedih ulu hati. Nasib baik la peppermint ginger ni ada. bayangkan baby dah besar, perut tertolak ke atas, asid reflux akan ternaik ke atas. Tak selesa sangat rasa, nak sedawa sakit, rasa pulak macam semua makanan naik atas balik huhu, serius teruk rasanya 😅 Lepas tu baru teringat pernah dengar masa kelas detoks, peppermint ginger membantu atasi masalah macam ni termasuk kembung perut. cepat cepat telan, lega! Kenit tapi power dia ni 😂 kengkawan yang pregnant pastikan ada ye peppermint ginger ni.
Masa trimester satu
(kandungan 1-3 bulan)
Pada tiera perlu untuk atasi masalah morning sickness, angin banyak, kembung perut.
Masa trimester dua
(usia kendungan dah 3-6 bulan)
Biasanya cool cool saja hehe tapi ada jugak alami masalah penghadaman, sampai sembelit. senak. Bloating. haa try lah makan jugak
Masuk Trimester tiga
(Usia kandungan 7-9 bulan)
haa ni memang sangat sangat perlu! Serius korang be prepared ok? braxton hicks, heart burn semua ni biasa. solusinya makan lah peppermint ginger ni.
♥️ omega guard untuk perkembangan otak bayi dan sekaligus sangat bagus untuk buang kolestrol dalam badan.
💕alfalfa. Tiera amik je. Sebab 10 biji dah bersamaan segelas susu kot. Then mmg nak elak sakit sakit kaki. Membantu sangat sangat alfalfa ni especially masa umrah haritu. Makan pistachio kan masin. Makan masin masin ni boleh sakit tapak kaki tau! Makan alfalfa, lega! Sb alfalfa bantu atasi masalah asid urik berlebihan dalam badan. Tiera pernah baca somewhere tak ingat. Benda masin antara sebab asid urik tinggi dan kaki akan sakit. So alfalfa bantu preggy mommy mcm tiera untuk detoks cara selamat n rasa sangat selesa.
Inshallah lebih kurang 6-8 minggu je lagi untuk tiera tempuh.. kemudian bersalin. Tiera doa mintak allah kekalkan kesihatan dan fitness tiera ni sampai bersalin dengan mudah dan selamat nanti..
Tq allah.
Tq shaklee. My pregnancy journey is so beautiful 😍
Kepada yang sedang hamil tiera seru pada anda. Ambillah satu set lengkap vitamin ketika hamil. Jangan pilih satu satu sahaja . Percayalah setiap satu vitamin ada fungsi tersendiri dan sangat membantu kita untuk melalui detik kehamilan dengan sihat cergas dan gembira , inshallah
Sekian perkongsian ikhlas tiera. gigih makyong menaip tau untuk pengetahuan korang ni hihi
Tiera memang makan shaklee, tiera juga agen yang sah. Contact tiera ya kalau rasa anda ibu hamil yang sedang berusaha untuk beri yang terbaik untuk baby anda dan untuk diri anda sendiri.
😘
Athirah Tieramiessyou
019-4120913