HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Ubat Kayap




Harini tiera tengok tvalhijrah, segmen Tanya Doktor. Okay ilmu best, tentang kayap. Dan Inshallah, jangan risau, ada caranya untuk mengatasi dan mengubati kayap dengan berkesan. Kita mesti tahu dulu apa yang kita alami pada kulit kita, ini kayap atau eczema? 


Apa perbezaaan antara eczema dan kayap?


Eczema ni lebih pada inflamasi pada kulit, bukan sebab jangkitan (infection). Dan ia tidak mengenal usia. Bayi yang kecil tu pon boleh kena eczema. Makanan yang boleh trigger eczema pulak adalah seperti makanan laut, kekacang, ada yang tak boleh makan telur, ayam dan sebagainya.



Kalau kayap (Shingles) ? Ia berpunca dari jangkitan viral. Dan ia kebiasannya terjadi kepada yang dewasa terutamanya yang dah berusia 60 tahun ke atas. Sebab biasa orang tua mula ada penyakit macam-macam, sebagai contoh penghidap kencing manis. 



Antibodi, sistem daya tahan badan atau immunity lah biasa kita sebut, mula menurun. Dan tidak ada kaitan dengan pemakanan seperti eczema. Tak ada apa perlu pantang makan seperti eczema. 



Kayap ni boleh kita katakan chicken pox part II. Jadi orang yang tak pernah kena chicken pox (cacar air), dia tak kan dapat kayap. Tapi kalau pernah kena? Katakan kita dah baik lah dari chicken pox. Sebenarnya virus tu akan kekal di situ di bahagian saraf. Hanya sistem immuniti badan kita yang akan lawan virus ni dari aktif. 



Okay, katakan immuniti kita kurang, kemudian kita terdedah semula dengan virus yang sama, maka ia akan re-activate balik dan menjadi kayap pulak. Beza chicken pox (cacar air) dengan kayap apa tau, chicken pox lebih pada rasa gatal gatal. Kayap pulak sakit arghh 😖



Bahagian yang biasa kayap ni terjadi adalah di 

- Kepala 
- Leher
- Muka
- Badan 





Jangkitan ni biasa bermula dengan bintik-bintik yang kecil. Tapi menurut doktor, pesakit akan datang beritahu sakit badan, rasa nak demam. Masa check, tak ada pon sebarang bintik atau blister (belon belon berisi air di permukaan kulit). Nanti kemudian baru muncul macam bump, bonggol dulu pada permukaan kulit. Macam bintat gitu. 



Kemudian ia akan mula develop menjadi seperti blister, belon belon, bernanah sedikit. Keadaan setiap blister itu rapat-rapat dan berair, dan ia takkan berlaku bahagian kiri & kanan badan contohnya secara serentak. kalau belah kiri, so sepanjang kiri tu je akan kena. Sebab apa? Sebab ia ikut saraf kita. One nerve root. 



Dan selepas keadaan ini, akhirnya ia akan bertukar menjadi kuping. Kering. 


tempoh masa terkena kayap. kalau pon kan kayap tu dah nampak kering, tapi jangan main main tau. Rasa sakit yang amat boleh berlarutan hingga bertahun-tahun! Tadi ada seorang pemanggil dah menanggung kesakitan dekat 3 tahun dah. Allahuakbar. 



Adakah kayap membawa maut? 



Kayap tidak membawa maut, tapi boleh menyebabkan mata buta. jika ia menyerang kawasan muka,mata seperti dalam gambar





Adakah kayap berjangkit? 


Sebenarnya macam cacar air jugak lah. Bila ada blister, blister tu pecah. Cecair tu kalau tersentuh boleh berjangkit. Dan bukan setakat sentuhan boleh bawak berjangkit, tapi melalui udara jugak Udara akan bawak virus tu masuk ke orang sekeliling. Kat sini kita boleh nampak, kita tak boleh nak jamin atau pastikan virus tak masuk badan kita lagi pulak melalui udara, memang tak nampak. Tapi apa yang kita boleh buat, kuatkan sistem pertahanan badan kita. 



Apakah langkah berjaga-jaga kita boleh ambil sebagai perlindungan supaya kita tak terkena kayap ni?



1. Suntikan imunisasi masa kecik. Suntikan chicken pox (tak wajib amik tapi kata doktor di galakkan) Biasanya di usia 12-15 bulan. Takdelah kata 100% preotection but atleast 95% kata doktor. 

2. Kalau yang dah 60 tahun ke atas, di galakkan untuk amik suntikan untuk kayap. 


3. Tingkatkan imunisasi badan. Makan vitamin c. Bersenam. Makan cara sihat. Elakkan makan makanan berminyak. 



Apa produk shaklee yang bantu atasi masalah kayap?








NUTRIFERON



Dah faham kan baca info di atas, kayap ni virus dan ia akan kekal dalam badan, hanya dengan imunisasi tinggi sahaja boleh membantu melawan virus ini. Maka, nutriferon adalah yang terbaik kerana di dalamnya ada interferon. Interferon ni akan alertkan antibodi kita untuk melawan virus. Jadi dengan pengambilan nutriferon, pertahanan badan mula berkerja keras untuk melawan virus. 




Vivix


Viviv sangat berkuasa memulihkan sel hingga tahap DNA! Gabungan vivix dan nutriferon akan membuatkan sistem pertahanan badan meningkat dengan jayanya. Vivix sangat membantu mengatasi simptom-simptom sakit saraf, atau keradangan yang di rasai oleh pesakit kayap ni. Juga memberi tenaga cepat secara semulajadi. 




Garlic Complex 

Bawang putih. Satu tablet garlic complex shaklee mengandungi segugus bawang putih! 😱 Bawang putih ni memang antibiotik semulajadi. Tapi siapa nak kunyah bawang putih seulas seulas macam tu kan 😑 so cara mudah telan je tablet garlic complex ni. Garlic sangat membantu dalam membekalkan antibiotik semulajadi kepada pesakit kayap. 


Vitamin c 

Yang ni memang doctor ada sebutkan tadi. Memang popular pon vitamin c ni sebagai penguat antibodi selain untuk kulit cantik kan? Selain itu, vitamin c juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka . Jadi selain meningkatkan sistem pertahanan badan melawan virus, ia juga membantu agar blister gelembung gelembung berair pada kulit penghidap kayap  untuk kering dan sembuh dengan lebih cepat.




So inilah dia EMPAT produk shaklee yang membantu anda untuk sembuh dari kayap. Kalau anda nak dapat konsultasi cara pemakanan berkesan dan harga istimewa untuk ketiga tiga produk ni, 


whatsapp tiera ok?  019-4120913



Tiera cover banyak tempat. 
Shaklee Setia Alam
Shaklee Shah Alam
Shaklee Melaka
Shaklee Bangi 
Shaklee Selagor 

kalau anda di luar kawasan yang tiera cover, jangan risau, boleh pos. Tiera beri FREE Postage jika anda ambil set kayap ni dari tiera. ok?


oklah sekian perkongsian harap ada manfaat. hingga kita berjumpa lagi. 😉



Doa dan Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat



Assalamualaikum seperti semua yang sedia maklum, tiera sekarang hamil 5 bulan dah alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun berusaha mendapatkan zuriat. Detik-detik tiera ikhtiar dan berusaha hingga dapat berita gembira ada tiera rakamkan di entry


👉 pengalamanku-hamil-setelah-hampir-3tahun (klik untuk baca ya)




Kalau haritu tiera kongsi apa ikhtiar kami suami isteri untuk dapatkan anak dari segi pemakanan dan sebagainya. Harini inshallah Tiera kongsikan usaha yang lain pula iaitu usaha dari segi amalan kerohanian. Tiera kongsi ni berdasarkan apa yang kami sendiri suami isteri amalkan dan tidak tiera letakkan sumber dari mana kerana semuanya adalah amalan yang di lakukan atas apa yang tiera rasa boleh menjemput rezeki (zuriat) dan atas keyakinan diri tiera sendiri. Moga ada manfaat buat anda yang sedang berusaha juga :)




Hayati makna dalam surah ke-3, iaitu surah al-imran


ayat ke 58 - Disanalah Zakaria berdoa "Ya Tuhanku berilah aku dari sisiMu seorang anak yang baik. Sesungguhnya engkau maha mendengar doa 

ayat ke 59 - Kemudian malaikat Jibrail memanggil Zakaria ketika dia sedang berdiri melakukan solat mihrab. Kata Jibrail, "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu, Yahya. Yang membenarkan kalimah dari Allah. Menjadi ikutan. Menahan diri dari nafsu dan seorang nabi yang termasuk dalam keturunan yang soleh.

ayat 40 - Zakaria berkata, "Ya Tuhanku, bagaimana aku boleh mendapat anak? Sedangkan aku sangat tua. Rambutku sudah beruban, tulang empat keratku sudah lemah, isteriku pula seorang yang mandul"


Allah berfirman, demikianlah Allah membuat APA SAHAJA YANG DI KEHENDAKINYA. 


ayat 41 - ........... dan sebutlah nama tuhanmu sebanyak banyaknya serta bertasbih di waktu pagi dan petang. 



                 💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖


Dari sini tiera nampak yang, apa jua masalah atau punca seseorang itu tidak boleh hamil, its not the end of the world pun. Bukan sesuatu yang CONFIRM pun. Maksud tiera, cuba anda lihat. 


Nabi Zakaria dah terlalu tua, isterinya pula memang mandul. Ikutkan mandul memang tak boleh dapat anak lagi kan? Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.. Sebab tu memang kita kena REDHA, tapi redha itu sendiri bukan bermaksud terima saja dan hentikan segala usaha, segala doa. Teruskan berdoa..teruslah meminta.. berusaha.. Inshallah ada jalannya, tiera nak bagi semangat ni pada anda, bila down ingat semula keajaiban yang berlaku dalam kisah Nabi Zakaria dan isterinya ni, jangan putus asa ok! 😃


Dan ayat 41 yang menyuruh kita sebut nama Allah banyak banyak, bertasbih dan ingat Allah pagi dan petang. Siang dan malam. Ini membuktikan bahawa lagi dekat kita dengan Allah, lagi Dia suka untuk beri. Tiera percaya tu 😊



So.. apa antara amalan yang boleh di amalkan... tiera kongsi ya 



1) Bersangka baik dengan Allah. Ingat Allah sayang kita, sebab tu Allah test kita dengan ujian tak dapat anak lagi. Pasti ada hikmahnya. Ingat jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah.



2) Banyakkan solat sunat taubat. Ia ibarat detoks. kalau kita detoks, tujuannya untuk apa? buang bendasing dan bahan tak elok dalam badan bagi meningkatkan penyerapan nutrient segala vitamin dalam badan kan? begitulah jugak taubat. Ibarat detoks, ia membuang, delete, hapus dosa dosa kita lantas menjadikan doa doa kita makbul inshallah. Jangan biar dosa dosa kita menyekat rezeki kita ok? Buat solat sunat taubat, hari-hari sebelum tidur kalau boleh. 


3) Amalkan membaca surah yassin setiap pagi selepas solat subuh


4) Istighfar 100x sehari, zikir ya wahhab ya razzaq 100x , selawat 100x.

Boleh guna tasbih betul untuk memudahkan kita yakin dah cukup 100 kali, nak baca lebih pun lagi bagus cuma jangan lah kurang 100 kali. Rugi. Boleh jugak install apps di hp anda tasbih digital.


 5) Banyakkan berpuasa sunat


6) Banyakkan bangun tahajud. Biar jadi amalan yang kita tak nak tinggal pun sungguh pun lepas dah dapat zuriat kelak inshallah. Solat sunat hajat sekali.


7) Banyakkan membaca alquran dan maknanya. 


8) Setiap kali ternampak kawan kawan update tentang anak mereka, be happy, raikan dan terus berdoa cepat-cepat. Ya allah izinkan aku pula untuk memiliki anak aku, zuriat aku sendiri lepas ni Ya Allah. 


9) Jika ada air zam zam, even air minum biasa sekalipon, ada makan supplement ke (tiera makan shaklee sebagai ikhtiar) Boleh bacakan yassin. Bukak penutup dan baca yassin, dan kemudian letak di tempat yang tinggi ya. Jangan letak di bawah di aras aras kaki pulak. Air tu terutamanya sangat mudah menyerap gelombang bacaan yassin kita. Mudah-mudahan ada keberkatan dan tenaga luar biasa hasil bacaan ayat-ayat Allah ni. 


10) Serah semuanya pada Allah. Boleh nak mintak Allah beri kita zuriat pada waktu bila, contoh kalau boleh nak mengandung tahun ni. Biar jelas kenapa nak tahun ni, mungkin sebab dah beli rumah, mungkin sebab usia kita, apa apa sebab yang anda ada lah. Tapi sentiasa pastikan yang kita jugak menyerahkan segalanya pada Allah. Bila waktu yang terbaik dalam ilmu Allah, dalam pengetahuan Allah untuk kita mendapat zuriat. 



Allah sahaja mengetahui APA YANG TERBAIK UNTUK KITA. Ikhtiar, yakin dan terus berdoa. Dan berdoa lah dalam keadaan kita YAKIN Allah sedang mendengar, YAKIN Allah terima doa kita. Ketahuilah Allah tidak akan memakbulkan doa dari hati-hati yang lalai. 



Itu yang tiera ingat buat masa ni. Inshallah nanti teringat lagi apa yang tiera buat, tiera tambah lagi ya.. Terima kasih sebab luangkan masa untuk habiskan baca. Tiera doakan rezeki anda pulak menyusul lepas ini dan doakan tiera dan baby sihat sihat sahaja hingga hari bersalin nanti 😉



Untuk dapatkan set ikhtiar hamil dengan shaklee, boleh hubungi tiera inshallah tiera bantu beri cadangan set yang terbaik dan konsultasi juga cara pemakanan yang berkesan. 



💝,
Athirah Tieramiessyou 
019-4120913

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...