HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Tips Bina Keluarga Bahagia oleh 4 Penceramah Hebat







Alhamdulillah, berpeluang tiera menghadiri Seminar Keluarga Sunnah yang bertempat di Dewan Besar UPM ini. 



Mulanya kami adik beradik cuma sponsor ibu dan ayah untuk pergi program ni. Tapi tak lama lepas tu hati ni macam meronta nak pergi sama. Akhirnya lepas tiera confirm kan dengan Najmi 26 mac ada ke mana mana tak untuk outstation, katanya takde. Ok nak pergi lah!


Sayangnya, dah terlambat. Harga dah naik, siapa yang daftar selepas 29 feb harga akan jadi RM180 seorang. RM360 untuk dua orang T-T 


Berbelah bagi dah nak pergi, sebab maklumlah selepas belajar buat balance sheet, cara uruskan kewangan segala. Memang tiera bertekad nak berjimat dan bijak uruskan duit. Tapi Alhamdulillah atas kasih sayang Allah jua lah, di izinkan dan di bawaNya tiera dan suami pergi juga. 


Kebahgiaanku
Pemilik cintaku, setelah Allah dan Rasul


Okay, boleh tiera mula kan perkongsian? Moga ada manfaat untuk tiera mahupun buat anda yang membaca.. sama sama kita berusaha membina keluarga idaman, keluarga sunnah.

1) Ustaz Ebit Lew

- Sentiasa lah berterima kasih pada Allah. Bila kita belajar berterima kasih pada Allah, kita akan belajar menghargai pasangan kita. Ya Allah terima kasih kau masih bagi aku peluang hidup hari ini. Terima kasih ya allah kau jodohkan aku dengan pasangan yang baik (cuba cari sisi yang baik-baik pd pasangan kita) Sebut apa saja nikmat yg kita dapat dan berterima kasih pada allah 



- Isteri nak bersalin, andai punya peluang untuk bersama menemani isteri. Pasti kita (suami) akan jatuh cinta pada isteri sekali lagi. Melihat sendiri betapa sakit isteri berjuang melahirkan zuriat kita (suami). Susah kan, kita bersama isteri seronok-seronok, dia sakit. Sebab tu Allah tulis dalam alquran, tentang wanita mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari. 



- Jangan biar isteri sedih. Jangan biar air mata isteri menitis sebab kesalahan kita. Hargai isteri.



- Isteri pun sama, jangan lupa, hargai suami. Arwah mak ustaz ebit pernah beritahu, harapannya adalah supaya dapat masak untuk suami (ayah ust ebit) hingga ke akhir hayatnya. sweet kan?


- Biasakan mandi sekali suami isteri. Tapi jangan mandi jauh-jauh, mentang bilik air besar kan. "Abang mandi sebelah sana saya mandi sebelah sini"

😂

- Memang riwayat, kata Aisyah, isteri nabi saw "aku selalu mandi bersama rasul dalam bekas yang sama.." Tapi jangan ajak mak ayah mertua mandi sekali (ustaz buat lawak haha)


- Wujudkan taklim di rumah. Iaitu susana menimba ilmu bersama di rumah. Baca quran sama-sama, beli buku hadith, ceritakan kisah-kisah hebat , sifat-sifat sahabat pada anak-anak. Supaya ank kita mencintai sahabat. Sampai anak kejut tengah malam, 


"ayah saya rindu nak jumpa khadijah.."
"ayah, rasulullah macamana muka dia?"
"Ayah nanti kalau dapat masuk syurga, saya nak berkawan dgn fatimah"

- Bila dugaan datang menimpa, kita rasa Allah macam tak adil, rasa nak salahkan tuhan je. Tanya diri sendiri, salah Allah atau hati aku sendiri yang tak kenal Allah?


- Solat jaga kalau nak keluarga bahagia. Sangat bagus utk suami dirikan solat subuhnya di masjid/surau. Dunia ini memenatkan, dan solat itu adalah HADIAH DARI ALLAH. Masa untuk kita rehat dari segala perkara yang memenatkan. 


Tiera kongsikan doa yang ustaz ebit bacakan ya, boleh ambil dan jadikan amalan doa kita setiap hari setiap kali selepas solat. Jangan lupa, doa selepas solat fardhu itu adalah antara doa yang mustajab. Jadi jangan lepas solat terus nak cepat baca doa laju-laju atau even worst, tak berdoa langsung. Ustaz baca guna 'kami' tiera tukar jadi aku ya


"Ya Allah, tuhanku yang sayangkan aku. 
Ya Allah tuhan yang sedang tengok aku. 
Ya Allah aku hambamu, engkau tuhan aku.
Terima kasih Ya Allah kerana kutip aku dari longkang tempat yang kotor, dari kesempitan, kesedihan, dan kau telah hadiahkan aku dapat kenal kau sebagai tuhan. Terima kasih kerana kenalkan aku dengan nabi Muhammad saw. Terima kasih Ya Allah kerana hadiahkan aku islam. Terima kasih kenalkan aku jalan untuk dekatkan diri pada engkau. Aku tahu, takde sesiapa yang sayang aku seperti kau sayang pada aku. Ya Allah jangan marah kalau aku alpa, ampunkanlah aku, maafkanlah aku. Aku banyak kesalahan, aku banyak buat dosa, aku tak sempurna. Aku banyak kekurangan dan kelemahan. Ampunkan aku Ya allah


Wahai Allah, aku benar-benar beriman kepadamu. Dan aku gembira dapat mengaku bahawa tiada tuhan melainkan engkau Ya Allah Nabi Muhammad itu pesuruh engkau. 


Ya Allah terima kasih beri ibu ayah aku islam. Ya Allah aku sayangkan ibu dan ayah aku. Aku nak layan ibu dan ayah aku seperti raja dan permaisuri. Aku berusaha keras, rajin-rajin, aku nak tengok ibu ayah tersenyum bahagia. Ya Allah tuhan yang baik dan penyayang. Tolong aku ya Allah, berilah kejutan buat ibu ayah di sana, hadiahkan ibu dan ayahku syurga firdausiMu. Ampuni dosa mereka, jangan lah engkau susahkan mereka di akhirat. Ya Allah aku rindu nak peluk cium ibu ayah aku. Aku nak cakap pada ibu dan ayah terima kasih, sebab doa mereka aku dapat segala kebaikan yang aku miliki. 


Wahai Allah kau ampunkan lah dosa suami/isteriku. Kau maafkanlah salah silapnya. Aku redha dengan suami/isteriku ya Allah, aku sayang suami/isteriku, aku sedar dia (isteri) adalah amanah aku, bukan sebab dia memilih aku atau aku memilih dia, tapi sebab kau yang takdirkan kami dapat bersama. Bantu aku untuk menghargai suami/isteriku ya Allah. 


Ya Allah, engkau baik. Aku yang tak baik.  Tak dapat memimpin isteriku ke syurgamu dengan sempurna. Tolonglah aku ya Allah, aku sayangkan dia keranamu. Dia banyak bersusah untuk aku, siang dan malam. Kadang tak berehat, penat menguruskan rumahtangga dan anak-anak. ampunkan dosanya, maafkan salah silapnya, mudahkan segala perkerjaannya. 


Ya allah, ampunkan dosa suamiku. Dia seorang suami yang baik. Dia bersusah payah menguruskan keluarga mencari rezeki. Engkau yang takdirkan dia untuk aku, dia lah yang terbaik untuk aku. Aku sayangkan dia ya allah.  



Ya Allah ampunkan anak-anak aku, mereka anak-anak yang baik. Betapa aku gembira saat kelahiran anak-anakku. Ya Allah mereka amanah dari engkau buat ku. Ya Allah kau pimpinlah anakku untuk menjadi seperti anak nabi Muhammad (saw). Ampunkan aku ya allah, aku tak sempat beri masa untuk bimbimg mereka dan menyayangi mereka. Kadang-kadang aku marah mereka, aku tengking mereka, hingga aku lupa mereka adalah amanah dari engkau. Tolonglah bimbing mereka ya allah, aku tak pandai nak bimbing anak-anak aku. Bimbing anak-anak ku menjadi da'i, hafiz hafizah ya allah.


Ya Allah, aku tak ada apa-apa ya allah. Semua kau bagi pinjam. 


Ya Allah, ada 7 billion manusia dalam dunia. Ada 7 billion manusia yang tak kenal kau sebagai tuhan. Ya allah mereka mati tanpa agama. Ya Allah berilah orang (di sebut nama nama negara luar) datang pada islam. Ya Allah beri orang indonesia datang pada islam. Ya allah, ada beribu pulau dekat indonesia, kristian telah sampai kepada mereka dan mereka telah memeluk kristian, kerana kesalahan kami sendiri (tidak berdakwah) ampunkanlah dosa kami ya allah.


Ya Allah pilih lah diriku, keluargaku untuk berdakwah. Aku tak sanggup melihat air mata dan darahku mengalir sia-sia tanpa kami berjuang untuk agamamu.


Ya Allah di luar sana, ada yang ditimpa kesusahan, kesedihan, masalah rumah tangga, tolonglah selesaikan buat saudara-saudara ku itu ya allah. Mudahkan bagi mereka. Ada yang sakit, engkau sihatkanlah. 


Ya Allah kami terhutang budi pada Siti Khadijah. Beliau melayan dan berjuang bersama nabi ketika tiada seorang bersama nabi. Ya Allah temukan ibuku, mak mertuaku, isteriku, dengan khadijah. Temukan anak-anakku dengan ruqayyah, umi kalsom, fatimah. Ya Allah temukan anak-anak lelaki kami dengan ibrahim, uthman, ali.

Ya allah aku belajar berkasih sayang, aku buat semua ni kerana nak engkau sayang pada aku. aku tak nak pujian dari siapa-siapa,  aku tak nak penghargaan dari siapa-siapa. aku cuma nak engkau redha dengan aku. Ya Allah aku tak peduli pon apa aku dapat dalam dunia ini, aku cuma nak engkau maaf dan redha diriku. Ya Allah jangan lah humban aku ke dalam nerakamu, Ya Allah kalau engkau tolak aku, mana aku nak pergi.. ampunkan aku, maafkan aku. Redhai aku. Rabbana atina fiddunya wal akhirah wafil akhirati hasanatau waqina azaabannar


Bestkan doanya? Ustaz menangis masa baca doa.. Tiera menangis jugak, tak tahan sebak :')


2) Ustaz Haryanto


 Sangat kelakar ok. Selalu tengok kt tvalhijrah, tv9. Sekali tengok live, memang lain macam auranya. Cool dan mudah di fahami. 


Bila ramai tengok skrin, ustaz kata "nak jugak dia tengok saya yang kat situ, ni yang duk depan sekali ni saya ada kat depan ni, nak jugak dia tengok kat situ.." (ketawa satu dewan) haha



Isteri rasul saw seorang yang cemburu, tapi bagaimana rasul saw menangani karenah isteri rasul saw. Rasul saw mempunyai isteri-isteri berbagai watak, tapi baginda sangat super flexible. Inilah yang menarik dalam rumah tangga rasul saw, baginda adalah PROBLEM SOLVER, bukan PROBLEM SEEKER



Ustaz banyak tekankan bahawa isteri rasul saw juga seorang manusia, seperti kita. Baginda ,  juga manusia. Berkahwin dengan? Manusia. Tujuan ustaz berkata begini adalah untuk kita semua masuk dunia yang realisitik. Ramai memandang hidup nabi sebagai satu kesempurnaan total. Tiada cemburu, tiada marah. Menjadikan kita rasa susah nak ikut cara baginda lantas merasa gagal. Padahal nabi juga manusia seperti kita, ada kala ada je cubaan mengelak dari memberi jawapan 'straight forward' demi menjaga hati isterinya (Hafsah)



Pernah satu hari, sahabat nabi datang. Dan Saidatina Aisyah tidak semena-mena sengaja memecahkan satu mangkuk sebab cemburu isteri lain menghantar makanan. Sure sahabat pelik kan, nabi jawab apa tahu?


"ibumu sedang cemburu.."

ustaz kata, bayangkan, kalau kita suami hari ini, isteri buat mcm tu, mau tak dalam hati "Siap kau kejap lagi. Malukan aku depan kawan aku eh.." (dengan muka ustaz buat mmg kelakar haha)

Tapi nabi saw? Siap senyum beritahu sahabat, bahawa aisyah tengah cemburu tu. Kita para suami mesti tak cakap dengan kawan-kawan macam tu, kang kawan kata "aih takut bini ke?" 

"bukan takut bini, bini yang tak takut dengan aku.." 
(burst out laughing satu dewan)


Pernah satu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, baginda ajak saidatina aisyah berlumba lari. Dan baginda menang, kata baginda 

"yang harini, balas balik yang haritu.. " 

(dulu masa Aisyah kurus lagi, bila berlumba Aisyah menang, so kali ni Aisyah dan berisi sikit, nabi pulak kalahkan Aisyah..aah sweetnya main balas membalas!)


INILAH DIA SUASANA KELUARGA SUNNAH > ADA GURAUAN. 


Tapi kita ni tersilap, dok fikir kesempurnaan yang tahap, kalau nak dekat dengan agama, dalam rumah memanjang tazkirah. 


Ok kita masuk sharing ustaz antara yang nabi buat sebagai idea untuk kita ikut buat sama ok. 


  •  Panggillah pasangan dengan nama manja berbeza-beza. Sekali sekala panggil lain plk, sayang, baby, darling, cantik, hensem, putera, hero. Hubby, comot banyak boleh kan. Contoh nabi saw panggil Aisyah , humaira. Direct translation kemerahan-merahan, ustaz kata takkan lah nak panggil, "Kemerah-merahan, ooo kemerah-merahan.." (ketawa satu dewan)
Apa yang saya faham, benda yang kemerah-merahan ini comel. Jadi mungkin nabi maksudkan comel. Jadi abang-abang, balik ni cuba buat, panggil, comel..comel...

Sekali bini kat dapur tak datang-datang, kucing yang keluar haha


  • Banyak perkara kita elak buat sebab kita sangka, haish barat semua ni. Tapi sebenarnya itulah yang nabi buat!
  • Tarik kerusi persilakan isteri/suami duduk. Apa salah kita        buat?
  • Ada satu kisah, nabi rendahkan lutut untuk bagi isteri pijak pehanya untuk naik atas tunggangan unta. Sweetnya! kita harini tak payah lah baring depan kereta suruh isteri pijak, haha contoh boleh apply bukak kan lah pintu kereta. Simple tapi beri kesan tau.
  • Sapu minyak wangi di tempat yang isteri suka cium
  • Mandi bersama
  • Minum air guna cawan yang sama, tempat mulut yang sama.
  • Suap-menyuap. Jangan lah cakap mengada-ngada lah, barat lah. hei ni nabi saw buat, faham tak? Kenapa taknak ikut?
  • Baginda rajin baring atas riba isteri
  • Ketika isteri baginda marah, baginda saw picit hidung baginda (memujuk). Eh ni kan isteri nabi, takkan lah ada bini nabi merajuk mcm ni? ye, inilah realiti, mereka manusia seperti kita,  sebab tu baginda bawak contoh pada kita sebagai manusia.
  • Berlaku bukan tak berlaku segala cemburu, salah faham, tapi nabi saw meminimakannya dengan bijak
  • Baginda suka memberi hadiah. Nak beri hadiah tak payah tunggu birthday, anniversary. Surprise itu sentiasa ada dalam kehidupan nabi saw. 
  • Nabi manusia biasa. Ada nafsunya juga. Apabila baginda tergerak nalurinya terusik terlihat perempuan misalnya, dengan segera nabi saw balik ke rumah isteri. 

"Apa yang engkau cenderungkan itu ada di rumah"


  • Tak kira anda yang membaca ni. Kalau ada yang bercakap "gelilah, dah tua tua ni.." Hei hei, anda ingat nabi saw buat semua tu masa umur berapa? bukanlah time muda 25 tahun ok. Kenapa nak bina keluarga sunnah perlu berdasarkan usia? Ada satu sesi semalam kami perlu hantar sms/whatsapp pada pasangan ketika itu jugak. Seorang makcik mendapat balasan emoticon lidah terjelir dr suami haha comelkan? Malu letteww isteri cakap i love you abang haha

Okay lah, yang terakhir dari ustaz haryanto adalah, 3 ciri yang perlu ada pada si suami dan isteri. 

SUAMI 

  1. Berpegang pada agama. Jaga solat dan jaga lah semua.
  2. Kena ada akhlak yang baik termasuk amanah
  3. Alqawwamah iaitu bersifat kepimpinan. 
ISTERI

  1. Solaaah (Kebaikan).Lihat agamanya, bonus bila dapat yang cantik,keturunan yang baik dan berharta
  2. Aljamal (Berhias). Jaga penampilan. Kata austaz, apa salah sekali sekala sambil potong ikan, pakai kasut tumit tinggi hahaha
  3. Isteri yang memudahkan suami




3) Prof Muhaya


Macam biasa prof ada formula yang beliau suka kongsikan contohnya Ada, Beri, Dapat. Dunia luaran di tentukan oleh dunia dalaman, Baik dengan Allah, baik dengan semua orang, delete file lama, optimis masa hadapan. 


Salah satu kisah yang prof nak kata dia pon kadang-kadang ada rasa syakwa sangka dengan suami, cemburu  dan sebagainya. Tapi apa pesan suaminya, bila syaitan datang menggangu, sebut auzubillahiminassyaitanirrajim. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam. Kenapa?

Bila kita nampak anjing nak kacau kita, kita nak lawan dengan anjing atau panggil tuan dia ikat dia? baik panggil tuan dia kan? Macam tu lah syaitan, nak lawan dia dulu atau panggil Allah Tuhan kepada syaitan, yang mencipta syaitan itu sendiri? Itulah analoginya


Anda suka orang sayang anda atau hormat anda? Prof bertanya. 
Kata prof, kebiasannya lelaki suka dihormati wanita pula suka di sayangi. Jadi?


Lelaki yang jenis suka bila dia di hormati, akan menyayangi pasangannya. Wanita yang suka di sayangai, akan menghormati pasangannya.


So.. lelaki kalau nak isteri hormat, kena sayang isteri. Isteri kalau nak suami sayang, kena hormat suami. 


Prof kongsi kan juga apa yang anak prof cerita tentang buku yang dibaca, iaitu 5 languages of love by Garry Chapman. 

  1. Words of affirmation. Means cara nak tunjuk rasa sayang kita sebut I love you. I adore you dan sebagainya.
  2. Quality time. Ada yang tak reti nak lafaz lafazkan ni, tapi dia jenis tunjuk rasa cinta dengan habiskan masa berkualiti dengan kita, contoh nak lunch sama.
  3. Act of service. Suka perbuatan contohnya tolong buatkan air, tolong bantu apa yang patut. Ringankan tanggungjawab.
  4. Physical touch
  5. Receiving gift

Kita jenis mana satu? Pasangan kita pulak? 




The power of dream. The power of.. Kuasa minda.. Kuasa percaya.. Ibu.. Nak sangat jumpa prof muhaya in person.   Masa seminar ni. awal pagi sesi bersama ust ebit lew, kemudian ust haryanto. Selepas lunch dan solat zohor, baru lah sesi bersama prof muhaya. Dalam kereta ibu cakap, "nak sangat peluk prof muhaya, bergambar dengan dia.tapi dapat ke ye. Dia turun pentas dah tak dapat jumpa dah.."


I told her, inshallah dapat. Then as usual I know ibu akan senyap dan bayangkan yg indah-indah. Bayangkan ibu dapat, ibu dapat, ibu dapat. Ibu programkan minda ibu utk percaya yang ibu akan dapat. Siapa sangka Allah bawak ibu naik pentas dan prof berkali kali peluk ibu. Hebat bukan kuasa minda? Ini lah dia the power of visualisation 

 😊



Kita mesti apply dalam kehidupan seharian kita. Patut lah mentor-mentor bisnes tekankan bab visualisation ni kan. 


Ok tengok gambar ni. 




Tengok gambar ni. Wanita yang berdiri menghadap ibu di bisikkan sesuatu ke telinganya. Untuk memandang ibu dengan dua perasaan.  Dan ibu akan angkat tangan begitu, prof muhaya akan tolak tangan ibu ke bawah uji kekuatan ibu menahan tolakan prof. 


Ibu tak tahu pandangan pertama dengan pandangan perasaan apa, apa yang pasti bila di uji, kali pertama tangan ibu begitu lemah, tangan ibu mudah jatuh ke bawah. 


Pandangan kedua, tiba-tiba tangan ibu menjadi lebih kuat. 


Kemudian prof dedahkan, kalau nak tahu, prof suruh wanita itu beri pandangan pertama dengan penuh rasa benci pada ibu. Disini kita boleh nampak, walaupon kita tak tahu orang sekeliling kita ada yang rasa benci pada kita, ia begitu memberi kesan pada kekuatan diri kita. Kita jadi lemah! 


Kemudian pandangan kedua prof minta wanita itu memandang ibu dengan perasaan penuh kasih sayang. Tanpa sedar, ia memberi kekuatan pada ibu. Maka, amat penting mendapatkan pandangan kasih sayang dan positif dari orang sekeliling kita agar kita menjadi kuat. 


Tapi mustahil kita mampu kawal kan apa perasaan dan pandangan orang lain terhadap kita? Bukan semua orang suka pada kita. 


Di sesi seterusnya, prof minta wanita tersebut sekali lagi memandang ibu dengan perasaan penuh benci. Cuma kali ini, ibu di minta untuk ingat kebesaran Allah dan lafazkan subahanallah berkali2. Amazingly, dengan pandangan penuh kebencian itu, ia tidak memberi kesan lemah pada ibu bilamana ibu mengingati Allah. Tangan ibu begitu kuat dan prof tak dapat jatuhkan tangan ibu seperti kali pertama tadi. Hebat nya kuasa mengingati Allah!


Ada lagi situasi lain prof mintak orang lain buat. Bayangkan Hitler, tangan jadi lemah. bayangkan sheikh yusor alqardawi.. tangan lebih kuat!


Bayangkan ular tangan jadi lemah. Bayangkan bunga ros yang banyak dan cantik, tangan jadi kuat!


Nampak tak penting kita jaga apa yang kita nampak, kita dengar, kita baca. 


BENDA BAIK, IMEJ POSITIF, AKAN BUAT KITA JADI KUAT.
BENDA NEGATIF, TAK BAIK, BUAT KITA LEMAH.
BERPEGANG TEGUH PADA ALLAH, KITA JADI KUAT


Penting kita jaga minda kita. Kuasa minda ni is very powerful. Sebut susahnya, tangan jadi lemah. Sebut senang, senang, senang, tangan jadi kuat. 


Jadi buat benda baik, cakap baik-baik, fikir baik-baik tentang rumahtangga kita, inshallah yang datang baik-baik, kita juga punya kekuatan untuk bersabar, jadi lebih baik etc.



ok best tak? hehe


4) Ustaz Pahrol



Ustaz kurang sihat, dalam proses nak sembuh. Tapi apapun alhamdulillah berjaya sempurnakan tugasnya dengan sempurna. Syabas dan terima kasih ustaz! Kami hargai..


ok make it short. Dalam rumahtangga, kalau kita nak kasih sayang, kita start beri dulu. Jangan ego. Ego itu adalah lawan bagi kasih sayang.

Ego hanya akan luntur, bila Allah itu di rasakan besar dari kita. 

Jagalah akhlak kita, akhlak itu bunga diri. Jangan tinggikan suara pada pasangan kita, kadang-kadang pelik. Duduk bukan jauh, dekat je, tapi nak jugak tinggikan suara. Kuatkan volume. kenapa? sebab ketika itu, hati kita jauh. walau jasad dekat. 

Bila perkahwinan itu adalah perkahwinan jarak jauh, sentiasalah berhubung dan sentiasa cerita kebaikan suami pada anak-anak. Biar anak tetap hormat si ayah walau jauh. 


Dan buat ayah-ayah, ingatlah hadiah terbaik seorang bapa kepada anak-anak adalah menyayangi ibu mereka. :)


Ketahuilah , hidup ini bukan untuk kalah atau menang, tapi apa sebenarnya yang Allah nak dalam hidup kita. 



Ok, macamana best tak? sebelum tiera mengundurkan diri, tiera share satu lagi perkara terakhir. Iaitu isi kandungan khutbah terakhir nabi muhammad saw sebelum baginda wafat. 




Baginda berpesan untuk kita semua, agar kita tidak asyik mencari dan menuntut hak, tapi bagaimana kita menyempurnakan hak. Allahuakbar. 



Semoga kita mampu membina keluarga idaman, keluarga sunnah. Keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang, keluarga yang Allah redhai. 


amin. 

Sekian, moga bermanfaat. 

2 comments:

LD said...

Saya pun teringin nak jumpa Prof Dr Muhaya. Wanita yg penuh dengan inspirasi :))

Madam N said...

alhamdulillah... majlis ilmu yang bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...