HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Dia tengah bercuti dekat Maldives, aku tunggu dia balik :')

Assalamualaikum

Walaupun blog ku habis kehilangan gambar utk 3-4 tahun punya entry gara-gara google photos, tapi mana mungkin aku tinggalkan terus diari kesayangan aku ni. Sedikit sibuk dan tak sempat mencari tukang edit blog semula, inshaAllah nanti blog aku elok semula ok?

Entry kali ni izinkanlah aku menggunakan ganti diri sebagai 'aku' bukan saya bukan tiera. Ada sesuatu yang hendak aku luahkan.

Aku sebenarnya, rindu. Rindu pada satu nama yang teramat berjasa. Suatu ketika dulu, melihat gambarnya cukup membuat aku bersemangat. Apatah lagi berjumpa dengannya, mendengar suaranya, memeluk tubuhnya.

Selalu aku dengar, cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia kan pergi. Harini, aku betul-betul rasakannya, manusia yang aku sayang, sayang yang terlalu-lalu sayang.. seolah telah tiada. telah pergi entah ke mana.. 

Dia yang sekarang, bukan lah dia yang dulu.. Banyak perubahan.. Yang aku sendiri susah nak faham dan ungkapkan.. Semalam, aku mimpikan dia. Aku kejar dia, peluk dia. Dan menangis. Kami borak dan berbual panjang.. Aku tahu, mimpi mainan tidur. Tapi sekurang-kurangnya, rindu aku pada dia terlerai, lepas la jugak dapat jumpa dalam mimpi dalam keadaan dia yang dulu, bukan keadaan yang sekarang. Bangun tidur, eh ada air mata pulak. Ingat tadi taik mata hehe.. :')

video

Ya Allah rindunya. Kadang bila rasa terlalu sesal dengan kehilangannya, aku pujuk diri aku. Dia ada lah, dekat maldives sekarang tengah bercuti.. Nanti dia balik la..

Tapi sampai satu masa yang lain. Aku sedar. Aku mesti terima hakikat ni.. Aku sedar, yang aku harus merelakan pemergiannya. So okay, I am letting her go   :'(

Pinta aku pada Allah..

Agar Allah sentiasa pelihara insan yang pernah jadi lilin buat kami.. selama ni, tiap hari aku mintak agar Allah beri aku hidayah dan jangan bolak balikkan hati aku setelah diberi aku hidayah, hari ini. Perkara yang sama utk diriku , aku doakan untuk dirinya juga. Aku mintak sungguh-sungguh jugak supaya Allah kirimkan pahala berterusan buatnya, kerana sesungguhnya sampai hari ini aku masih amalkan apa yang di ajar olehnya, termasuk baca yassin setiap pagi, tahajjud, almulk sebelum tidur, bagaimana untuk recharge , pentingnya membuat journal kesyukuran dan  banyak lagi.

Lagu ni, aku tujukan khas untuk dia. Tapi mungkin tak boleh play kalau bukak guna smartphone, guna laptop mungkin keluar. Dengarlah, mana tahu kau pun suka.. :)



Ok lah, dah luahkan yang terbuku. Masa utk kembali fokus. Tanggungjawab menanti. Wahai guru yang aku sayang, semoga Allah mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menjagamu dirimu, keluargamu dari segala perkara yang tidak elok. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...