HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Diet cara Rasulullah

Assalamualaikum 
(haa jawab terus,pahala! hee )

Hari ni saya nak share lagi tentang diet. No,no,no.. bukan hi-protein diet , bukan jugak low-carbo tapi diet cara Rasulullah. 

Saya tengok Tvalhijrah few days ago, program favourite pagi-pagi. alaa yang "Assalamualaikum" tu.. Jemputan kali ni ialah pakar terapi dari Kementerian Kesihatan Malaysia, (kesihatan & kecergasan) @ putrajaya, Ahmad Redza Ab Rahman. Penyampaian yang agak cool, best :)

Cara diet Rasululah (s.a.w) adalah cara pemakanan berlandaskan al-quran dan sunnah. Diet yang menggunakan bahan2 natural dan tidak memerlukan resipi, contohnya macam diet atkins kita kene makan lebih protein dan kurangkan pengambilan karbohodrat kan?..tapi diet Rasululah s.a.w lebih pada teknik, tiada sebarang resipi kene makan sekian sekian, tak boleh makan itu ini. yang tak boleh cuma apa tau, tak boleh membazir.haa okay2, jom kita start! :)



1) Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Kenapa?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)


Dari segi scientific, bila kita lapar kan, ada sejenis hormon (maaf saya x ingt nama) yang mana bila kita lapar hormon ni akan hantar terus ke otak utk bgth kita, "hey perut kita LAPAR la!" hehe buat dialog sikit. Ok ini arahan yang sampai kat otak, sila patuhi, jika tidak boleh kene gastrik!


Kenapa pulak kene berhenti sebelum kenyang? Ok, kita ada satu lagi hormon yang fungsinya menghantar maklumat ke otak bahawa kita sudah kenyang. Malangnya, hormon ni ambil masa 20 minit untuk sampai ke otak. See? Meaning to say that, kalau kita rase kenyang gila-gila, actually 20 minit yang lepas kita dah kenyang dah! Tapi kita dok sedap sapu lagi makanan atas alasan "lapar lagi la", "tak kenyang la" etc. So ini lah cara Rasulullah s.a.w, makan dlm kuantiti yg munasabah, and then stop. Insyaallah 20 minit lepas kita stop kita akan sedar yang kita sebenarnya dah kenyang :)


2) Kunyah sampai 30-40 kali. Kenapa?

Pertamanya, kunyahan yang banyak merupakan senaman bagi mulut. Otot kita berkerja dan ini mengurangkan terbinanya dagu berlapis (double chin) yang mana saya saaangat tak suka! ye saya ada double chin :( 

Kedua, bila kita kunyah dan kunyah sampai hancur, makin byk air liur dirembeskan maka makin basah makanan yang akan di bawa masuk ke dalam perut. Penting ye mknn tu basah sebab..bila mknn yg kita kunyah betul2 basah then baru telan masuk perut, kita tak kan rasa haus, jadi takdelah masalah asyik nak minum air je!


3) Minum air hanya 15-30 minit lepas makan. Kenapa?

Ye, makan jgn bersulamkan air. Nak makan, fokus la makan. Air kemudian. Tak pelu air kalau kita berjaya telan makanan yang basah sbb kunyah 30 kali :)

Ini teknik utk perut cantik ok uols. Kenapa tak boleh mnum air, sebab kan.. dalam perut kita ada asid, yang dirembeskan bila terima makanan. Setiap asid ada level pH dia. Air ni, bertindak sbg agen pencair. Time kita makan, perut kita meng- acidic, asid keluar dan keluar utk cerna makanan.

So takleh kacau, biarla asid-asid tu terus pekat utk cerna makanan. tapi kalau kita minum air? asid td jadi cair balik, pH rendah. Camne nak buat kerja2 pencernaan? kene keluarkan asid lagi spy jd pekat. pastu dah pekat, kita minom lagi air. Berapa kali dah asid keluar dan keluar lagi? bila keluar byk kali, rosak tau perut. Dinding perut jadi kedut dan buncit la err sedihnya..jadi, kalau asid keluar nak buat kerja dia, jgn kacau. Air tu kemudian ok, lepas asid dah habiskan tugas dia.

psst..yang kata perut buncit, sbb minom air dan mkanan jd kembang tak, tak.teori salah tu. ngee..


4) Minyak zaitun. Kita kat Malaysia ni? Minyak jagung pun bole :)

Dalam Quran ada cakap kebaikan minyak zaitun. Boleh atasi masalah darah tinggi, membantu penghadaman dan mengurangkan gastrik, bantu kita mengurangkan pengambilan dalam lemak, rendahkan tahap kolestrol merbahaya. Minyak zaitun xde kolestrol mcm minyak2 biasa, jadi dah guna leh simpan lebihan minyak tu dan guna balik, jgn risau, selamat takde kolestrol!

Tapi menurut pakar ni, ada satu hadis mengatakan  "makanlah mengikut keadaan tempatan kamu". So boleh la ganti dgn minyak jagung, mahal kalau nak banding dgn minyak biasa, tapi lebih murah dari minyak zaitun. lepas ni dah boleh tukar jenis minyak dah kalau nak masak :)


5) Berus gigi sebelum tidur. Kenapa eh?

Haa jgn tak tahu ye, Allah hadiahkan kita satu enzim ni kat mulut kita, waktu bangun tidur. (dengan syarat malam sebelum tidur dah gosok gigi/ bersugi) Enzim ni tlg hadam dan cuci perut kita. So bila bangun pagi,  minum la segelas air, terus minum tapayah gosok gigi dulu. Cara nak dapatkan enzim tu, kumur-kumur dan kemam dulu then baru telan.gulp. yayy dah dapat enzim yang Allah hadiahkan! 

Ingat, tu kalau berus gigi waktu malam tau,br dapat enzim tu. So rajin-rajinkan bersugi before tidur okih. dua fungsi enzim ni, satu untuk hadam makanan, yang kedua tingkatkan metabolisme badan, ok ini best! pakar tu cakap, kalau amalkan stp hari pun dah boleh turun berat badan. Baiknye Allah hadiahkan kita enzim ni :)


6) Minum air masak, banyak2. Cara nak minum air masak?


Teknik dia, minum every 15 minutes. Seteguk demi seteguk. Kita disarankan ambil air ikut berat badan, stp 25kg, 1 litre air diperlukan. Jadi sukat la pengambilan air stp hari. mcm saya, saya tau size botol besar 100plus 1.5 litre, dan ia bersaman dgn 9 gelas air (ni size gelas saya) korg sukat la guna glass yg korg suka. pakar tu ada cakap pasal metabolic syndrome, tapi saya lupe, so sorry :( nanti saya cari k.

7) Kopi dan Teh


Teh yang bagus adalah green tea, tanpa gula. TANPA GULA ok! hihi. Seram dgr tanpa gula hewhew. so kalau nak jugak buh gula, guna gula perang. White sugar tu bahaya ooo ( ok teringat pavlova yg byk gula tu sob sob) kebaikan teh hijau ni, dia leh control paras gula dalam darah, elakkan tekanan darah tinggi, turunkan aras kolestrol dan menggalakkan pembakaran lemak! tp saya blm pernah cuba lg green tea ni,tak tahu rase dia cmne. loser kan :p

Okay, kopi. kafein dalam kopi bantu untuk larutkan lemak. Dan lemak boleh terbakar 3 kali ganda wohoo!  Tapi sgt bahaya minum kopi kalau tak exercise. Tau kenapa? sbb kafein akan buat jantung berdegup dgn lebih kencang, so imagine jantung dup dap dup dap laju tapi kita duduk saje2? kolestrol wooo..


8) Minuman kultur sebelum tidur

Vitagen,atau nutrigen atau yakult ke..haa elok kalau kita minum sebelum tidur. Ade bacteria nama Lactobacillus (ha yg ni sempat salin hihi) efungsi, dia akan pilih bacteria baik untuk diserap dan bacteria buruk dibuang. yang ni pakar tu la cakap, tp mungkin yang ini lari sikit dr tajuk 'diet cara rasululah' tu huhu.


9) Makanan yang orang hidang jangan ditolak, nanti rezeki kita mahal

Bila orang hidangkan kita makanan, especially waktu malam kan, camne nak elak? makan, jangan tolak. tapi, sebelum makan sila minum air masak segelas dulu. Kenal pasti lapar kita skg lapar ape? Lapar utk perut kita panggil hunger dan lapar utk otak appetite. Kalau lepas minum perut mmg rasa lapar, ok itu lapar utk perut, badan perlukan energy maksudnya. sila lah makan dgn senang hati :D


tapi kalau lepas minum rase kenyang, tp nk mkn jugak, itu namanya lapar ngade-ngade haha. gelak saya dengar tp betul la kan? its ok, makan la, tp kuantiti sedikit dan kunyah lumat-lumat.

banyak lagi benda lain yang diselitkan tapi tak detail sgt penerangannya. Contohnya minum/makan kene duduk, ade kaitan ea dgn diet ingat! lagi ape ea, erm..kecilkan suapan, jilat jari lepas makan.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkahan.” (HR. Muslim)


ok, setakat ini dulu perkongsian saya. saya salin satu kertas A4 penuh hihi. Nasib baik astro ni boleh record,play,rewind and pause. makanya mudah nak salin ;) cuma nama enzim tak clear, jadi tak salin and lupe terus kui3.

alright, jom sama-sama amalkan teknik yang sihat. Jaga makan kita setiap hari, ingat penting jaga makan.
 tengok surah Taha ayat 121, kesalahan pertama yang dilakukan oleh nabi adam adalah kesalahan dari segi pemakanan. huhu. Sama-sama ambil iktibar. wallahua'lam.


hihi grilled ostrich, kat windmill. suka tak?  
ye, saya berazam nak ikut teknik rasulullah & teruskan ikhtiar untuk sihat dgn tiga-tiga vitamin shaklee ni!
semangat! wink3 ;)


7 comments:

~Queen Q~ said...

love this entry tiera! dlu q pernah bc kat fb.. tp ingat2 lupa.. bila minun kena duduk tu sebab bila duduk nnt ade filter yg dibuka.. klau berdiri filter tu mcm tutup.. mcm tu la dr pemahaman q.. tapi seriously x ingat ayat yg lebih scientific .. sorry

Athirah Tieramiessyou said...

thank you que! seronok dpt tau jwpn knp kita kene minum duduk.


korg kalo nk tau leh baca terus kt cni

http://laskarpewlangi.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

mls nk edit post.ni cik que kita yg share link ni,toceh2!

syasya said...

thumbs up!

Anonymous said...

nice one!!! ^_^

Anonymous said...

plg suka part mknn org bg jgn ditolak...hohoho~ yup, i've a frenz yg mmg amalkn 15 minit pas mkn br minum air..n mmg dy slim melim..hiii~

Athirah Tieramiessyou said...

jom kite amalkan dayah! hihi

Unknown said...

erm nk tnye, coffee yg caner tu? ske hati je ke nk pilih kopi pape? yg pnting xcercise??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...